“Kerap Makan Sosej Boleh Undang Kanser”
Sosej – makanan ringan kegemaran semua, senang dihidangkan dan murah.
Namun, sosej sebenarnya sangat berbahaya untuk kesihatan.
Menurut doktor Dr Zubaidi Hj Ahmad – kanak kanak yang yang sering makan sosej melebihi 12 batang setiap hari selama sebulan, mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kanser, terutamanya leukaemia.
Pasti anda tertanya-tanya…
Mengapa sosej berbahaya untuk kesihatan?
#1 Mengandungi garam yang berlebihan
Doktor itu mengulas, sosej mengandungi nitrite, heterocyclic amines (HCAs), kandungan garam yang tinggi, gula, kandungan MSG yang tinggi, pewarna, pengawet dan lain lain.
Kajian saintifik mendedahkan bahan-bahan yang terkandung dalam sosej sangat memudaratkan kesihatan terutamanya meningkatkan risiko kanser pankreas dan usus, serta meningkatkan risiko sakit jantung.
#2 Beri kesan pada ibu hamil dan bayi
Jika dimakan secara berlebihan oleh ibu mengandung, ia akan memudaratkan bayi dalam rahim.
Sosej sangat berbahaya kepada kesihatan kerana ia adalah makanan proses yang kaya dengan asid lemak omega 6.
Asid ini adalah asid lemak yang tidak baik untuk badan kerana ia adalah punca inflamasi dan penghasilan kolestrol dalam salur darah.
#3 Semua makanan segera tak sihat
Jika anda berasa lapar dan memerlukan makanan segera, adalah lebih elok untuk makan telur yang penuh dengan khasiat dan vitamin.
Sebiji telur penuh dengan Omega 3 yang berupaya untuk memulihkan sel dan lebih murah berbanding dengan sosej!
Isu sosej ini menjadi viral di laman media apabila dakwaan sebuah sekolah di daerah Paris Mas yang telah menghidangkan nasi kosong dengan separuh sosej dalam program Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
Penyiasataan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas mendapati menu harian yang dihidangkan di kantin sekolah tersebut ialah nasi goreng Cina, tembikai dan Milo.
Namun, Kementerian Pendidikan masih menunggu laporan penuh.
Makanan segera biasanya tidak berkhasiat dan mengandungi bahan bahan kimia yang lain. Bukan sahaja sosej, tetapi juga nuget, ham dan lain lain.
Seeloknya, hidangkan makanan yang berkhasiat, murah dan senang dimasak – seperti sandwich telur, ayam panggang, jagung, salad atau bijirin dengan buah yang enak, berkhasiat dan yang juga senang dimasak.
Rujukan artikel: Oh Bulan dan Dr. Zubaidi.com