Risau Anak Gemar Makan Sosej? Boleh Buat Sendiri Versi Sihat Dan Sedap!

Kalau anak gemar makan sosej, apa kata ibu buat sendiri di rumah? Bahan-bahannya pun mudah disediakan bahkan lebih sihat dan mengenyangkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebanyakan kanak-kanak sangat suka makan sosej atau hot dog bahkan ibu bapa juga sering menyimpan stok makanan segera ini dalam peti sejuk kerana ia mudah disediakan untuk anak makan.

Biarpun ramai ibu bapa tahu bahawa makanan ini tidak berkhasiat namun mereka masih tidak mengendahkan risiko ini kerana beranggapan tidak makan hari-hari jadi tidak mengapa.

Tahukah anda, sosej mengandungi kandungan garam dan lemak tepu yang tinggi yang boleh menyebabkan masalah obesiti, kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.

Bukan itu sahaja, kebanyakan makanan proses lain diketahui menyebabkan kanser usus. Dari 2008- 2013, terdapat 4501 kes kanser usus di Malaysia terutamanya dalam kalangan kaum Cina dan ia merupakan antara pembunuh utama di Malaysia.

Namun, ada cara lain yang boleh anda kenalkan sosej kepada anak-anak anda malah lebih sedap! Anda boleh buat homemade sausage menggunakan ayam segar tanpa sebarang lemak, kandungan garam yang sedikit dan tanpa masukkan sebarang perasa yang berbahaya kepada kanak-kanak.

Resepi daripada Puan Norhidayah Mohd Aripin menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni..(MAHN) juga sangat mudah dan tidak mengambil masa yang lama untuk membuatnya. 

Bahan-bahan :

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 4 ketul bahagian isi ayam
  • 2 sudu kecil serbuk bawang putih
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 batang lobak merah
  • 1 batang saderi
  • 2 sudu kecil mushroom seasoning
  • 1 tin cendawan butang
  • Mixed shredded cheese
  • 3 sudu besar butter yang sudah dicairkan
  • Garam secukupnya

Cara penyediaan:

1. Kisar semua bahan di atas kecuali cheese.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Bila dah hancur baru tambah cheese. Gaul sebati.

3. Kemudian, masukkan dalam piping bag dan paipkan ke dalam sausage mould. Kukus sehingga masak.

4. Bila nak guna, boleh goreng atau lebih sihat sekiranya grill di atas kuali.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mudah kan? Boleh buat dalam kuantiti yang banyak dan disimpan frozen untuk kegunaan masa akan datang. Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Resepi Jajan Sedap & Rangup Berasaskan Makaroni, Guna Satu Bahan Boleh Jadi 5 Perisa!

Baca juga : Mengapa Anak Saya Obses Dengan Snack? Adakah Ini Akan Ganggu Pola Pemakanan Hariannya?

Baca juga : Resipi snek untuk anak: Nugget pisang yang anak pasti berselera makan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi