Spa Bayi Tengah Trending Dan Nampak Comel, Tapi Adakah Ia Selamat?

Spa bayi atau baby spa menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan untuk si manja. Tapi, adakah ia selamat? Adakah spa bayi boleh membahayakan bayi anda?

Trend spa bayi atau baby spa

Trend dalam dunia keibubadapaan tidak kurang hebatnya. Ada banyak gambar yang sering dikongsi dan kemudian menarik perhatian lebih ramai ibu bapa untuk mencuba.

Kita suka spa dan layanan dimanja untuk relaks. Jadi mengapa tidak beri keseronokan yang sama pada bayi anda?

Malah mereka kelihatan sungguh comel terapung di atas air!

Tapi mungkinkah pengalaman spa bayi yang menyeronokkan ini boleh membawa bahaya kepada si kecil anda?

Ini penjelasan pakar.

Kredit: Time Out

Fikir dulu jika ingin ke spa bayi atau baby spa

Dua badan utama yang terlibat dalam pengajaran bayi berenang di UK, iaitu STA dan Birthlight menggesa ibu bapa untuk fikir semula jika ingin ke spa bayi atau baby spa

Fikir tentang keselamatan pelampung yang diguna, lebih-lebih lagi jika anda ingin menggunakan pelampung leher.

Bila fikir balik, dapat lihat si kecil tidak berbaju terapung secara menegak dengan hanya pelampung plastik tersekat di lehernya, nampak tak comel pun kan?

Dalam laporan terperinci yang dikeluarkan pada awal April, kedua-dua STA dan Birthlight telah memberi amaran kepada ibu bapa tentang keburukan spa bayi – terutamanya berkenaan penggunaan pelampung leher kepada perkembangan fizikal, neurologikal dan emosional bayi.

Ini ringkasan laporan tersebut:

1) Pelampung buat pergerakan bayi tersekat

Kredit: kepomagz.com

Baby spa telah dipromosikan sebagai menguatkan ikatan antara bayi dan ibu bapa, namun pakar renang menerangkan sebaliknya.

Kaylë Burgham, Pengurus Akuatik STA yang telah mempromosikan aktiviti akutik untuk menyokong pertumbuhan bayi berkata –

“Terapung membuatkan orang dewasa relaks, tapi bukan untuk bayi yang ada keperluan fizikal atau emosional.

“Aktiviti terasing ini benar-benar berlainan dari keperluan bayi untuk berenang, iaitu sentuhan manusia, ikatan dengan anak supaya mereka boleh meneroka air dalam keadaan selamat dan menyeronokkan.”

Sementara itu, pengasas Birthlight, salah seorang pakar renang bayi di dunia, Francoise Freedman pula berkata – 

“Air sangat bagus untuk bayi meneroka refleks, pergerakan, corak dan laluan untuk perkembahan sensori dan motor.

Bayi yang diletakkan dalam pelampung kehilangan apa yang air boleh beri mereka dan menghalang hubungan dinamik antara ibu bapa dengan bayi.”

Malah terdapat risiko penggunaan alat leher yang berbahaya dan membuatkan bayi tidak selesa, serta menyekat kebebasan mereka untuk bergerak.”

2) Pelampung leher di spa bayi boleh membahayakan bayi 

Pertumbuhan, leher dan kepala 

Pergerakkan bayi terhad. Kredit foto : the sun

Freedman menulis apabila bayi (terutamanya bawah 5 bulan) tergantung secara menegak dalam air dengan hanya disokong oleh pelampung, tekanan pada vertebrae yang lembut di belakang leher dan otot serta ligamen mereka tersekat.

Juga, apabila bayi berusia 3 bulan diletakkan dalam pelampung leher, ia akan mengganggu proses semulajadi refleks kepala yang membantu bayi duduk.

Tulang belakang

Laporan menerangkan penggunaan pelampung leher oleh kebanyakkan spa akan memberi impak kepada tulang belakang bayi.

Apabila bayi dilahirkan, tulang belakangnya berbentuk C dan tidak ada lumbar atau lekuk serviks. Ia terbentuk semasa bayi membesar. Ini akan membantu mereka duduk, diri dan berjalan.

Walaubagaimanapun, pelampung leher membuatkan tulang belakang mereka lebih lemah dan bukannya semakin kuat.

Untuk membaca laporan penuh, tekan sini.

Ibu-ibu, bapa-bapa, bawa pulang mesej dalam artikel ini sebagai langkah berhati-hati dan bukanlah mengelakkan spa bayi sepenuhnya.

Tetapi,

  • Cari syarikat yang dikenali jika ingin bayi anda mempunyai pengalaman ini
  • Tanya soalan kepada pekerja spa tentang keselamatan dan alatan mereka gunakan dan latihan mereka sendiri
  • Paling penting, jangan jadikan membawa bayi anda ke spa bayi sebagai kelaziman.

Sumber: theAsianParent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Seorang Kanak-Kanak Hampir Mati Lemas Di Baby Spa

Insiden Di Spa – Kepala Kanak-Kanak Perempuan Tersekat Di Lubang Kepala Katil Urut

 

Penulis

Aqma