Spectra Wearable: Pam Susu Elektrik Mudah Alih Berpiawaian Emas

Histopoint (M) Sdn Bhd mengumumkan pelancaran Pam Susu Elektrik Spectra Wearable, pam susu mudah alih 100% kualiti premium dari Korea.  

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Petaling Jaya, 4 Julai 2024 – Sebagai jenama pam susu premium dan terkemuka di seluruh dunia, Spectra telah membuatkan para  ibu ternanti-nanti akan pelancaran pam susu elektrik mudah alih tanpa tiub.

Pam susu Spectra  terkenal dengan kualiti dan ketahanan pam, ia membuatkan para ibu berasa yakin dan selesa untuk  menjadikan Spectra sebagai jenama pilihan selama bertahun-tahun.

Spectra juga adalah salah satu  jenama pam susu yang menjadi pilihan pertama dan disyorkan oleh profesional terkemuka di  seluruh dunia seperti Forbes, The New York Times, Healthline, Time Magazine, Babylist, New  York Magazine dan WIRED.  

Setelah sekian lama menunggu, Histopoint (M) Sdn Bhd akhirnya mengumumkan pam susu terkini  dari Spectra iaitu Spectra Wearable. Ia dilengkapi dengan ciri-ciri yang sesuai untuk ibu zaman  sekarang.  

Ciri-Ciri Produk

  1. Reka Bentuk ‘Water-Drop’ 

Spectra Wearable mempunyai reka bentuk yang inovatif, menetapkan standard baharu dalam  teknologi penyusuan susu ibu. Reka bentuknya yang unik berbentuk titisan air memastikan pam  susu kekal bersahaja di bawah pakaian sementara memberikan prestasi yang efisyen. Reka bentuk  tanpa wayar dan tiub memberikan kebebasan yang tiada tandingannya serta menghapuskan  keperluan aksesori penyusuan yang membebankan dan membolehkan para ibu mengepam susu  pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada.  

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Kapasiti Bateri dan Pengecasan Type-C 

Salah satu ciri utama Spectra Wearable adalah kapasiti baterinya. Dengan sekali pengecasan, bateri  pam susu ini mampu bertahan sehingga 4 jam penggunaan berterusan. Oleh itu, pam susu ini merupakan pilihan yang ideal bagi para ibu  

yang mempunyai gaya hidup yang aktif. Tambahan pula, Spectra Wearable dilengkapi dengan  pengecasan Type-C yang sesuai digunakan bersama power bank dan pengecas kereta, ini  memberikan kemudahan tambahan buat para ibu. 

  1. Tahap Sedutan yang Kuat  

Spectra Wearable direka dengan tahap sedutan yang kuat sebagai keutamaan. Ia bertujuan untuk  memberikan kuasa sedutan yang mencukupi untuk para ibu yang memerlukan kuasa sedutan yang  tinggi dan ia juga sesuai bagi para ibu yang sukakan sedutan yang lembut.

Ini kerana Spectra  Wearable dilengkapi dengan 5 tahap mod urutan untuk keperluan rangsangan, 5 tahap mod ekspresi  untuk keperluan pengepaman dan menyediakan pilihan untuk memilih daripada 3 gaya sedutan  yang berbeza mengikut kesukaan anda.  

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Sangat Ringan Hanya 305g  

Spectra Wearable turut direka dengan kemudahan penggunaan. Pemasangan aksesori adalah mudah,  dengan bilangan komponen yang sedikit memudahkan proses pembersihan dan pemasangan  semula. Walaupun saiznya kompak, ia memberikan prestasi yang hebat, memastikan para ibu dapat  mengekspreskan susu dengan selesa dan efisyen. Pam ini juga dilengkapi dengan fungsi “auto-off”,  ia memberikan keselamatan tambahan dengan mencegah penggunaan yang berlebihan. 

  1. Jaminan 2 Tahun 

Dilengkapi dengan jaminan dua tahun, merupakan jaminan yang terpanjang di pasaran. Ini  menunjukkan kualiti dan kebolehpercayaan yang tinggi terhadap Spectra Wearable. Sebagai produk  yang diperbuat sepenuhnya di Korea, ia menunjukkan standard tertinggi dalam kemahiran dan  inovasi. Dengan ciri-ciri canggih dan reka bentuk yang teliti, Spectra Wearable dijangka menjadi  piawai emas dalam pengalaman penyusuan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Spectra Wearables akan dilancarkan pada harga RM1399 sepasang, dan boleh didapati di seluruh  negara mulai 8 Julai.  

Untuk maklumat lanjut mengenai Spectra Wearable, sila layari www.spectrababy.com.my 

Mengenai syarikat pengedar:  

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Spectra dipasarkan secara eksklusif oleh Histopoint (M) Sdn Bhd di Malaysia, sebuah syarikat yang  telah beroperasi lebih dari 30 tahun dan memegang tunggal pembekalan jenama antarabangsa  berkualiti premium. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :  

HISTOPOINT (M) SDN BHD (182163-V)  

Contact No: +603-5569 6122  

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Email: info@histopoint.com.my