Pengalaman Ke Splash Mania, Ada 24 Gelongsor Air Yang Best Untuk Kanak-Kanak & Dewasa!

Splash Mania Gamuda Cove, Banting adalah taman tema air yang terbaharu di Malaysia. Ia menjanjikan keseronokan luar biasa untuk seisi keluarga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila tibanya cuti hujung minggu atau persekolahan, pasti ibu ayah merancang untuk healing bersama keluarga kan? Apa kata kali ini anda berkunjung ke taman tema air Splash Mania, Gamuda Cove yang terletak di Banting.

Memandangkan baru-baru ini kami diberikan peluang untuk menjadi orang terawal berkunjung ke Splash Mania, apa yang boleh dikatakan adalah taman tema air ini tidak akan sama dengan tempat lain dan ia amat sesuai untuk semua lapisan usia!

Splash Mania menjanjikan keseronokan luar biasa

Splash Mania sedia menerima kunjungan orang ramai bermula 6 Februari 2023 ini.  Tiket Early Bird* bermula pada:

• RM63 untuk kanak-kanak (di bawah 120cm, di bawah 90cm percuma)
• RM79 untuk dewasa (melebihi 120cm)
• RM63 untuk warga emas (60 tahun ke atas)

*Istimewa Early Bird sah dari 26 Januari hingga 31 Mac 2023. Untuk membeli tiket, layari glplay.com.my/SplashMania

Selepas tempoh promosi harga tiket tamat, ia akan kembali kepada harga asal iaitu RM125 bagi dewasa, RM95 untuk kanak-kanak, dan percuma untuk kanak-kanak berketinggian 0.9 meter ke bawah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk ke sini, anda hanya perlu exit persimpangan Bandar Gamuda Cove. Apabila masuk sedikit ke dalam, mata akan terpukau melihat replika kapal lanun yang begitu besar dan gah.

Setelah parkir kenderaan, anda tidak perlu berjalan jauh kerana adanya servis buggy yang akan menghantar ke bahagian daftar masuk taman tema.

Kemudahan yang mesra keluarga

Seperti taman tema air yang lain, makanan dan minuman dari luar tidak dibenarkan masuk. Di bahagian daftar akan ada staf Splash Mania membuat pemeriksaan setiap beg.

Setelah selesai, beg dan barangan berharga boleh disimpan di locker dengan saiz kecil (RM15), sederhana (RM35) dan besar (RM40).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda datang bersama keluarga dan memerlukan ruang kabin peribadi, ia tersedia di hadapan pantai buatan Omba King Cove dengan bayaran tertentu. Tapi siapa cepat, dia dapat kerana jumlahnya agak terhad.

Kemudahan tandas dan tempat tukar pakaian amat besar dan bersih. Anda tidak perlu menunggu lama. Bukan itu sahaja, tersedia surau serta bilik keluarga bersebelahan dengannya yang begitu selesa.

Di sini juga menyediakan beberapa restoran yang menjual makanan tempatan dan barat. Rasanya juga sedap!

Pengalaman merasai gelongsor air Splash Mania

Taman tema air seluas 18 ekar ini menyediakan sehingga 39 gelongsor air. Terdapat tiga tarikan menarik buat pengunjung iaitu Shaka Waka, Wild Rush dan Atlantis VR.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Paling menjadi tarikan utama ialah gelongsor air yang dinamakan Atlantis VR, yang mana dilengkapi dengan sokongan realiti maya (VR Waterslide) yang dikatakan pertama kali diperkenalkan di Malaysia.

#1. Bahagian kanak-kanak dan dewasa

Jika ini adalah pengalaman kali pertama anda menaiki gelongsor air, kami mencadangkan untuk anda ke bahagian Mini Mania, Treasure Tower, Mini Monsta / Tiny Twister. Di sini tersedia banyak gelongsor air yang tidak begitu tinggi dan ekstrem.

Orang dewasa dan kanak-kanak boleh bermain di sini taman had. Sekaligus nanti boleh menguji keyakinan dan keberanian si kecil anda terhadap tinggi dan gelap.

Jangan risau kerana setiap gelongsor air di bahagian atas dan bawah akan dijaga oleh ramai life guard yang terlatih. Paling penting, ikuti sahaja arahan mereka.

Untuk kanak-kanak bawah 2 tahun, anda boleh membawanya bermain di bahagian Splash Sploosh kerana ada pancuran air dan tidak bahaya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Bahagian dewasa

Seterusnya kami berpeluang merasai setiap gelongsor air yang ada di Splash Mania iaitu Wild Rush, Maniac Racer, Rush Havoc, Shaka Waka, Whoopa Loopa dan Whacka Boom Boom yang dikhaskan pada orang dewasa naik secara berseorangan atau berdua.

Untuk ke atas, semestinya anda perlu mendaki tangga yang agak tinggi. Justeru pastikan awal-awal anda sudah sarapan pagi kerana setiap permainan memerlukan tenaga.

Untuk mereka yang ingin mencabar diri sendiri atau takut tempat tinggi, kami mencadangkan anda mencuba gelongsor air paling tinggi di Malaysia iaitu Plunge dengan kecondongan 75 darjah. Ia memberikan pengalaman yang sememangnya tidak akan dilupakan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk aktiviti santai dan tidak ekstrem, anda boleh bawa anak-anak bermain di pantai buatan Omba King Cove yang luas dengan pemandangan kapal lanun begitu besar.

Selain itu, rasai pengalaman berbeza menyusuri laluan sungai iaitu Ravage River sepanjang 400 meter bersama anak-anak dengan menaiki pelampung.

Tips jika datang ke Splash Mania, Gamuda Cove Selangor:

  1. Pastikan setiap ahli keluarga memakai pakaian mandi yang bersesuaian
  2. Untuk merakam gambar dan video, anda boleh beli siap-siap waterproof pouch untuk telefon
  3. Pastikan datang awal dan sudah bersarapan
  4. Tanggalkan barangan berharga seperti emas dan jam
  5. Pakai selipar atau kasut lembut untuk kanak-kanak
  6. Paksa diri untuk mencuba setiap gelongsor air yang disediakan. Barulah nanti tak rugi bayar tiket!
  7. Pakai krim sunblock untuk lindungi kulit anda dan anak-anak dari matahari

Kesimpulannya, Splash Mania Gamuda Cove merupakan taman tema terbaharu di Malaysia. Bagi kami ia amat menyeronokkan bukan hanya untuk orang dewasa, malah kanak-kanak.

Justeru dapatkan tiket anda sekarang di laman rasmi Splash Mania gamudaland.com.my/gamudacove/splashmania/