Pada Mulanya Ibu Sangka Kudis Biasa, Rupanya Anak Telah Dijangkiti Sporo Kucing

Sporo kucing adalah jangkitan kulit yang disebabkan oleh kulat “sporothrix schenckii. Ia mudah menjangkiti haiwan peliharaan terdedah dengan aktiviti luar

Jangkitan Sporotrichosis atau lebih dikenali sebagai Sporo kucing adalah penyakit yang bahaya kerana ia boleh mengakibatkan maut bagi haiwan peliharaan khususnya kucing.

Tidak dinafikan bahawa kucing merupakan haiwan peliharaan Nabi yang comel dan manja sehingga manusia menjaganya dengan penuh kasih sayang.

Haiwan peliharaan yang disimpan di dalam rumah perlu ditekankan aspek kebersihan dan lebih berhati-hati kerana anak berkemungkinan dijangkiti pelbagai jenis penyakit.

Baca juga: Waspada Anak Sakit Telinga, Ia Menyebabkan Jangkitan Kuman & Demam Berterusan!

Dijangkiti penyakit Sporo kucing

Mengikut perkongsian seorang ibu di akaun peribadi Facebook, dia menghadapi detik cemas apabila bayi yang berumur 9 bulan, Faris, telah dijangkiti kulat kucing (Sporotrichosis)

Dikatakan masalah ini berlaku ketika tahun lepas. Penyakit Sporo kucing ini boleh berjangkit dari haiwan dan manusia samada melalui cakaran, air liur kucing, gigitan atau darah kucing terbiar.

Ia yang telah menitik pada suatu tempat dan bakteria disebarkan melalui udara dengan mudah.

 ‘’Pada minggu pertama, timbul bintik merah seperti terkena gigitan nyamuk, namun lama kelamaan ia makin membesar menjadi kudis api,’’ kongsinya.

Tanpa berlengah, dia terus mendapatkan rawatan segera di klinik swasta yang berdekatan.

‘’Pada waktu tersebut, doktor hanya mengatakan anak terkena kudis api. Ubat yang diberikan adalah krim sapu dan antibiotik.’’ Ujarnya.

Namun, keadaan bayinya tidak pulih dan dilihat semakin merebak menjadi lebih serius. Biji-biji kecil bertukar makin besar dan bernanah.

‘’Nanah tu bukan nanah berwarna kuning, tetapi ia adalah nanah yang mengandungi darah. Silap juga saya pada waktu itu telah mencucuknya sehingga menyebabkan kuman boleh merebak.’’ tambahnya.

Penyakit jarang terjadi pada bayi

Setelah minggu kedua, dia menyedari bahawa kawasan urat lengan bayi lelakinya seperti naik isi. Seterusnya, dia sekali lagi membawa anak kesayangannya untuk rujukan doktor pakar kulit.

‘’Terus dia mengatakan bahawa Faris telah terkena kulat kucing. Doktor juga keliru penyebab utama bayi terkena jangkitan ini kerana ia jarang berlaku.

Kebiasaannya, kulat kucing akan menyerang terhadap orang dewasa atau kanak-kanak 10 tahun yang pencinta kucing.

‘’Kami diberi dua pilihan untuk membeli ubat luar negara atau ubat tempatan. Atas nasihat doktor, kami telah mendapatkan ubat import berkenaan.’’ Katanya.

Setelah dua hari memberikan Faris makan ubat berkenaan, tangannya bukan beransur pulih namun menjadi lebih teruk. Lengannya semakin membengkak dan biji-biji nanah tersebut makin bertambah.

Lagi sekali, pasangan suami isteri ini bergegas ke hospital bagi mendapatkan rawatan segera buat anak kesayangan mereka.

‘’Doktor terkejut melihat keadaan tangan Faris kerana kali pertama melihat penyakit Sporo ini. Tanpa berlengah dia terus mengeluarkan surat untuk rujukan doktor pakar kanak-kanak.’’

Penyakit ini cukup berbahaya kerana kuman cepat merebak dalam darah dan boleh berisiko untuk maut.

‘’Pakar telah menahan Faris dalam wad untuk diberikan ubat antibiotik dan melakukan pembedahan kecil bagi mengenalpasti ketepatan adakah ia penyakit Sporo kucing,’’ ujarnya.

Selepas sebulan, keputusan telah keluar. Muka terasa seperti ditampar seseorang dan kaki menjadi lemah apabila doktor mengesahkan bahawa bayi berkenaan terkena Sporo kucing.

Ubat percuma yang mujarab

‘’Doktor ada memberikan ubat, tapi penyakit ini tidak surut. Biji semakin bertambah di sepanjang lengan. Nasib Faris baik kerana kesan sampingan ubat ini boleh merosakkan hati.’’tambahnya.

Setiap minggu Farahin telah ulang alik berjumpa dengan pakar. Pilihan terakhir yang doktor berikan adalah ubat asli anti kulat kerana kulat ini dilihat semakin aktif dan cepat merebak di luar jangkaan.

‘’Bukan itu sahaja, kes terkena kulat kucing ini adalah sangat rumit kerana ia jarang berlaku. Kos ubat sahaja hampir RM2 000 kerana kerajaan tiada peruntukan untuk ubat berkenaan,’’ kongsinya

Hanya yakin terhadap kuasa dan ketentuan yang ditetapkan Allah, doktor telah memberikan ubat tersebut dua botol secara percuma.

Namun, jika memerlukan botol ketiga pasangan malang ini dikehendaki membayarnya.

‘’Alhamdulillah keadaan Faris semakin sembuh. Biji pada tangannya sudah mula surut dan pudar. Nanah yang banyak makin berkurang. Syukur untuk semuanya.’’ Kongsinya.

Biarpun sudah kelihatan makin sembuh,namun Faris perlu mengambil ubat berkenaan selama tempoh 6 bulan bagi memastikan dia benar-benar bebas dari penyakit ini.

Oleh hal yang demikian, kepada anda yang pencinta kucing, perlulah sentiasa  menekankan langkah keselamatan dengan membawa binatang peliharaan anda memperoleh vaksin.

Barulah seisi keluarga selamat dari sebarang jangkitan kuman penyakit!

Sumber: Nurfarahin Mahamad

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jangkitan Rotavirus Boleh Tersebar Bukan Saja Dari Air, Tapi Juga Dari Makanan!