Kes Bunuh Di Selangor Makin Membimbangkan, Adakah Persekitaran Kita Tidak Lagi Selamat?

Perasaan takut pasti akan menyelubungi diri setelah mengetahui statistik jenayah di malaysia. Ketahui beberapa jenayah yang berlaku di sekeliling anda!

Apabila meneliti kembali statistik jenayah di Malaysia, pastinya setiap hari akan berlaku pelbagai jenis kes yang ringan dan kejam seolah-olah ia menjadi suatu kebiasaan.

Statistik jenayah di Malaysia

Kata orang, malang tidak berbau. Begitu juga dengan kejadian ancaman jenayah.

Ia boleh berlaku di rumah, sekolah, pusat beli-belah atau di mana saja – jika ada ruang dan peluang, terutama apabila anda berseorangan dan jauh daripada kelompok orang ramai.

#1. Wanita ditemui mati di tempat letak kereta 

Kes kematian seorang wanita telah dilaporkan berlaku di sebuah tempat letak kereta di Puchong. Manakala, bekas suami mangsa berjaya di tahan untuk bantuan siasatan jenayah bunuh ini.

Mangsa adalah wanita berusia 50-an, ditemui dengan kesan darah di tempat letak kereta di Pusat Bandar Puchong Jaya pada pukul 10.20 petang Rabu.

Menurut Penolong Pesuruhjaya Polis daerah Serdang, ACP Ismadi Borhan berkata suspek yang merupakan bekas suami wanita berkenaan ditahan di Genting Highlands kira-kira jam 2 pagi pada 20 Februari 2020 lalu.

“Mangsa adalah warga China dengan status Penduduk Tetap. Anggota keluarga iaitu anak perempuan dan adik perempuannya telah mengenal pasti mayat di Hospital Serdang,” katanya ketika dihubungi.

 tambah ACP Ismadi, hasil pembedahan di badan mendapati punca kematian disebabkan oleh pelbagai luka dari objek yang tajam.

“Terdapat luka di leher,  kepala dan di bahagian depan serta bahagian belakang tubuhnya, kami percaya senjata pembunuhan itu menggunakan sebilah pisau,” katanya.

Bukan itu sahaja, suspek turut ditahan reman sehingga 26 Februari ini untuk siasatan sepenuhnya.

“Kami menolak kecurian sebagai motif pembunuhan kerana barang milik mangsa tidak hilang,” katanya.

ACP Ismadi juga menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di 03-8074 2222 atau balai polis terdekat.

#2. Kes pembunuhan ahli perniagaan

Statistik jenayah di Malaysia turut melaporkan siasatan kes pembunuhan ahli perniagaan Malaysia membawa kepada penangkapan anak dan menantunya.

Pasangan itu ditangkap oleh polis pada 17 Feb di Taman Puchong Perdana oleh polis Subang Jaya. Kedua-duanya telah direman sehingga 24 Feb.

Pada hari kejadian, seorang ahli perniagaan berusia 65 tahun meninggal dunia selepas dipercayai telah dibunuh oleh individu yang tidak dikenali dalam perjalanannya untuk menunaikan solat Jumaat.

Difahamka, mangsa diserang ketika dia melepasi stesen LRT di Puchong Perdana ketika perjalanan ke masjid.

“Kami masih menyiasat motif itu dan tidak menemui sebarang senjata,” kata ketua kanan Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat.

SAC Fadzil berkata suspek lelaki yang berusia 37 tahun memiliki dua rekod polis kerana jenayah lampau sebelum ini.

” Statistik jenayah di Malaysia bagi kawasan Sepang 2019 menunjukkan bahawa kadar jenayah berkurangan sebanyak 2.58 peratus dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ACP Abdul Aziz atas kerja kerasnya dan juga dari orang-orangnya,”kata Comm Noor Azam.

Kedua-dua kes pembunuhan ini berkemungkinan besar melibatkan ahli keluarga atau suspek yang ada hubungan rapat dengan mangsa.

Justeru, bagi memastikan kejadian sama berulang pada diri, anda perlulah mengelakkan dari sebarang konflik kekeluargaan.

Pastikan untuk duduk berbincang dengan baik sesama ahli keluarga menggunakan kata-kata yang baik. Ingat, orang yang berdendam mampu melakukan pelbagai perkara di luar kawalan diri mereka!

Menjadi mangsa jenayah

credit to sources

Disebabkan keselamatan diri adalah tanggungjawab sendiri, anda perlu sentiasa bijak dan mengambil berat mengenai kaedah yang boleh dilakukan ketika berdepan situasi mencemaskan.

Apabila berdepan situasi bahaya, jangan fikir untuk melawan sebaliknya gunakan cara yang bijak dan mudah.

Pastikan diri dalam keadaan yang tenang sebelum mencari peluang untuk melarikan diri ke tempat selamat berbanding menunggu atau bertindak mempertahankan diri.

Bukan itu sahaja, lengkapkan diri anda sekeluarga mengenai nombor telefon balai polis berdekatan untuk meminta bantuan jika berlaku kejadian jenayah yang tidak disangka.

Sekiranya anda menjadi mangsa jenayah, elakkan daripada menggunakan perkataan yang boleh membangkitkan kemarahan penjenayah.

Hal ini kerana ia bukanlah tindakan bijak dan hanya menyebabkan suspek menjadi lebih agresif sehingga mendatangkan kecederaan kepada anda.

Sumber: Asia One, Harian Metro

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

https://my.theasianparent.compenyebab-susah-hamil-padahal-haid-lancar