Selalu stokin hilang sebelah? Cuba check dalam mesin anda seperti ini, anda pasti terkejut!

Macam kelakar cerita dekat bawah ini tapi ia kisah benar! Jom baca untuk tahu apa sebenarnya yang terjadi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah tak anda alami pakaian yang kecil-kecil asyik hilang? Contoh macam stokin, bra, seluar dalam dan sapu tangan. Nak-nak pula sarung tangan bayi, fuhh menyirap je kalau hilang!

Sebelah ada sebelah lagi tak tau dekat mana. Tapi hari ini kami nak cerita pasal stokin hilang. Tiap kali beli, kemudian bila sudah basuh, mesti hilang. Macam pelik bin ajaib! Agak-agak mana stokin hilang itu? 

Ha…jangan tak tahu, cuba pergi tengok di celah-celah mesin basuh anda. Mesti ada terselit satu atau dua atau beribu-ribu stokin hilang atau benda-benda lain. Tak percaya juga? Mari lihat kisah ini.

Stokin hilang ditemui ketika baiki mesin basuh rumah 

Kejadian ini berlaku di California di mana pasangan suami isteri ini sedang membaiki mesin basuh yang rosak. Ketika sedang membaiki mesin basuh itu, pasangan ini mendapati ada beribu stokin hilang dan seluar dalam. Bukan itu saja, kredit kad pun ada dekat dalam tu! Haha

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cathy Hinz dari California berkata pada Bored Panda, suaminya cuba membaiki mesin basuh itu kerana ia secara tiba-tiba rosak dan tak boleh digunakan. Ketika membaiki, suaminya mendapati terdapat beribu stokin hilang di celah-celah mesin basuh itu. Sebab itulah, mesin basuh tu pun jammed! Hehe

Kisah lucu mesin basuh dengan stokin hilang ini viral di laman sosial miliknya apabila dia berkongsi gambar  dalam Twitter.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 “Ha…cuba lihat, percaya tak anda mesin basuh rumah boleh “makan” pakaian anda yang kecil-kecil. Malah ia dibuktikan sendiri mereka yang professional untuk baiki mesin ini!”

“25 tahun dah saya guna mesin basuh ini. Dia berkhidmat untuk saya sudah lama dengan membasuh, menyuci dan mengering. Tapi tak sangka pula dia lapar dan nak makan semua pakaian ini,” katanya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 Tips: Cara basuh stokin bayi dengan betul 

  • Jangan guna berus basuh baju. Ia akan menyebabkan stokin cepat rosak dan benang-benang mudah tercabut. 
  • Untuk basuh stokin, sebaiknya menggunakan air sejuk kerana getahnya tidak akan mereput. 
  • Ketika sidai stokin untuk kering, sebaiknya sidai di tempat yang teduh dan berangin kerana jika sidai di tempat panas ia menyebabkan fabrik rosak. 
  • Sekiranya anda ingin membasuh stokin kerja yang terlalu busuk, sila jangan bercampur dengan pakaian bayi anda agar kuman tak merebak. 
  • Ketika menyidai stokin bayi, kepilkan dengan pengepit supaya tidak bertebaran jatuh ketika ditiup angin dan stokin pun tak kotor. Anak juga selamat untuk memakainya.
  • Ketika membasuh stokin atau pakaian bayi, sila menggunakan sabun pencuci khas bayi.

Sumber: Dailymail 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comcuci-baju-dalam