Pernah tak kadang-kadang ibu yang terlalu stress menjaga anak mencapai tahap, “sudahlah, apa nak jadi, jadilah.”
Kalau itu pernah berlaku, awas ya ibu-ibu itu adalah petanda ‘burnout’. Anda sudah buat semampu yang boleh, namun keadaan tetap berada di luar kawalan anda.
Stress sehingga ‘Burnout’
Menerusi laman Facebook Pakar Psikiatri, Dr Rozanizam Zakaria, beliau menjelaskan ibu ayah jangan biarkan diri ‘burnout’ dek kerana kepenatan menguruskan anak-anak kecil, sebaliknya dapatkanlah bantuan dari orang terdekat. Bimbang hal sebegini menjadi ‘pintu’ kepada penyakit mental yang lebih serius.
“Mama tak larat dah…apa nak jadi jadilah…”
Stress adalah sebahagian lumrah kehidupan kita sebagai ibu dan ayah. Namun stress sifatnya datang dan pergi. Adapun yang lebih merisaukan sebenarnya adalah fenomena burnout di kalangan ibu bapa.
Burnout ni bahasa mudahnya ‘dah rapat ke dinding!’, dah habis daya nak melawan. Ia boleh jadi pintu kepada penyakit mental yang lebih serius.
Burnout boleh berlaku kerana faktor individu, pasangan, anak, persekitaran ataupun kombinasi semua faktor ini.
Simptom burnout
Kenalpasti siapa yang berisiko dan beri sokongan. Terutama ibu bapa yang bersendirian, menghadapi tekanan kewangan, atau anak yang mencabar.
Ia berlaku apabila ibu ayah mula berkelakuan begini:
- Terus menyendiri atau spaced out dari huru-hara yang berlaku
- Memandang ke satu arah dan kaku
- Mengunci diri dalam bilik dan menangis
- Tidak lagi mengendahkan apa yang anak-anak mahu
Tips cegah dan atasi ‘burnout’
- Dapatkan bantuan, jangan takut untuk menyuarakan masalah anda kepada orang sekeliling
- Sediakan ruang untuk penjagaan diri sendiri seperti tidur yang mencukupi, makanan teratur, masa untuk riadah (mengikut kemampuan anda)
- Amalkan Teknik relaksasi secara berkala.
- Tetapkan had berdasarkan kemampuan anda seara realistik, contohnya jujur untuk menolak tugasan yang dirasakan tidak mampu, tak apa jika ada kalanya rumah bersepah.
- Perbaiki perspektif terhadap masalah, contohnya melihat hikmah dan kebaikan yang datang dari sesuatu ujian.
- Belajar mengendalikan stress.
- Menyusun tugasan mengikut prioriti.
- Bersifat realistik dan praktikal dalam sesuatu tugas – jangan terlalu mengejar kesempurnaan, terlalu mengambil perhatian kepada kritikan.
- Orang sekeliling juga main peranan dengan berkongsi bebanan secara bersama.Hubungi rakan-rakan yang juga mempunyai anak dan luahkan masalah, insyaAllah mereka juga ingin berkongsi penyelesaian.
- Bina kekuatan spiritual untuk membina ketahanan diri.
Punca stress
Stress sering berlaku kepada orang yang tidak tahu tahap kemampuan mereka. Yang mana mereka selalu berasakan mereka boleh tanganinya sendiri dan tidak memerlukan bantuan orang lain.
Itulah silapnya, kita hanya manusia biasa, sampai satu tahap kita akan keletihan. Dan apabila tiba saat itu, anda akan mula give up. Lantas tidak mengendahkan apa yang berlaku pada anak-anak.
Sekiranya anda mempunyai keluarga yang tinggal berdekatan, mintalah pertolongan mereka sudah tentu mereka sudi membantu.
Dan berbincang dengan pasangan mengenai apa yang masing-masing boleh lakukan. Selalunya ia berlaku kerana hanya si ibu yang melakukan semua benda.
Jangan menolak apabila anda dicadangkan untuk berjumpa dengan Pakar Psikiatri, ia sebenarnya sangat membantu.
Atasi masalah stress untuk ibu-ibu baru
#1. Amal sikap toleransi
Apabila bayi anda dilahirkan, ia tidak hanya melibatkan suami dan anda sendiri saja. Ia melibatkan anda berdua malah juga kedua-dua pihak keluarga.
Kadang-kadang, kekecohan yang terlalu banyak dari kedua-dua pihak keluarga boleh menambahkan stress ibu baru.
Seorang memberi pendapat yang lain tentang cara menjaga bayi anda, atau seorang pula beri petua berlainan mengenai pantang bersalin. Memang susah apabila ibu baru rasa terperangkap di antara kedua-dua keluarga!
Jadi, semua orang perlu bersikap bertoleransi antara satu sama lain biarpun mereka tidak bersetuju dengan cara tertentu.
Anda dan suami anda juga perlu berpegang teguh kepada keputusan diri sendiri. Kadang-kadang kata-kata orang perlu masuk telinga satu, keluar telinga yang lain untuk mengelak rasa ditenggelami.
#2. Minta bantuan
Sama ada ibu sendiri aau ibu mertua, mana-mana yang selesa mintalah bantuan mereka. Jika mempunyai duit lebih ambillah ‘confinement lady’ ia dapat membantu hidup ibu jadi lebih mudah. Dan fokus untuk pemulihan badan sendiri.
Apa-apa pun ibu-ibu kena terima hakikat tidak mengapa untuk berasa tidak berdaya, anda berhak untuk rasa marah, menyinga pada anak-anak. Jangan simpan, itu yang bahaya! You got this ibu-bu!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman
Sumber: Dr Rozanizam Zakaria
Baca Juga: Ibu Dua Kali Ganda Lebih Stress Dengan Suami Daripada Anak