Parut stretch mark selepas bersalin wanita ini dihina jijik dan salahnya kerana banyak anak!

Stretch mark biasanya muncul apabila perut wanita hamil semakin mengembang tapi selepas bersalin, parut itu tak nak hilang pula, pasti ada ibu yang alami nasib sama seperti wanita ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu malu parut stretch mark selepas bersalin dikecam. Wajarkah dia dipersenda sebegitu?

Seorang ibu muda yang mempunyai 4 orang anak baru-baru ini telah menunjukkan gambar perutnya yang dipenuhi dengan stretch mark selepas bersalin.

Selepas gambar stretch mark itu di muatnaik, ia lantas menjadi tular di media sosial dan ramai yang mengatakan parut stretch mark selepas bersalin itu adalah kesalahannya kerana ada ramai anak! 

Doreen Ching berkata parut di bahagian perutnya itu semakin ketara selepas melahirkan anak, lantas ia membuatkan dirinya berasa cemas. Wanita berusia 23 tahun ini berasal dari negeri selatan Malaysia, Johor.

Dia mempunyai 3 orang anak lelaki dan seorang perempuan. Wanita ini juga terpaksa menerima suratan takdir bahawa tubuhnya tidak akan kembali seperti dahulu.

Gambar stretch mark selepas bersalin Doreen menerima respon negatif dan positif dari pengguna Facebook.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu muda ini berkongsi gambar parut stretch mark itu di Facebook kerana merasakan tubuhnya tidak akan pulih seperti sebelum melahirkan anak. Selepas itu, beliau mula mendapat komen negatif. 

Foto yang dimuat naik mendapat 12,000 komen dan 23,000 likes.Walaupun ramai yang telah memuji dia kerana bersikap jujur menunjukkan stretch mark selepas bersalin tetapi ada juga yang mengecam teruk.

Doreen juga turut menerima komen bahawa tiada pembedahan dilakukan untuk menghilangkan stretch mark selepas bersalin itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Foto diambil yang ditulis Bahasa mandarin mendapat sokongan baik dari penceramah Cina di Malaysia, Singapura dan Taiwan.

Mereka mengatakan Dorren begitu berani berkongsi gambar tersebut walau menerima kecaman jahat seperti kelihatan hodoh, menjijikkan dan terasa mahu muntah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kenapa stretch mark selepas bersalin muncul, apakah cara atasi terbaik?

  • Stretch mark terjadi tidak hanya kerana kenaikan berat badan yang mendadak tetapi penurunan berat yang terlalu drastik juga boleh menimbulkan parut stretch mark ini.
  • Wanita hamil mudah mendapat parut stretch mark terutama di kala berada di trimester kedua kehamilan.
  • Ahli kesihatan mendapati stretch mark terjadi kerana turun temurun, namun tiada kajian tepat bagi membuktikannya.
  • Jika sedang mengandung, gunakan krim khas untuk melembabkan kulit supaya stretch mark dapat dicegah awal.
  • Minum banyak air supaya tubuh dapat dihidrasi dengan baik.
  • Elakkan krim atau lotion yang mampu menghilangkan parut stretch mark kerana jarang menunjukkan hasil yang nyata. Sebelum beli lihat dahulu testimoni dari pengguna lain.

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Sumber: Dailymail, merdeka.com

Foto kredit: Dailymail

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.comsecret-fears-pregnant-women