Enam belas tahun menyediakan rawatan penjagaan peribadi (intim) yang unggul, serta menjadi pelopor dalam mengikuti perkembangan terkini bidang penjagaan vulva, adalah hanya sebahagian daripada pelbagai sebab mengapa STRIP merayakan ulang tahunnya.
Berdedikasi sejak mula lagi untuk menghapuskan salah tanggapan berkenaan subjek penjagaan vulva dan meningkatkan keyakinan pengguna dalam pemerkasaan yang dirasai daripada penjagaan diri secara terperinci, pencapaian enam belas tahun sebagai pakar penjagaan vulva sememangnya satu kejayaan yang amat indah.
Sejak STRIP diperkenalkan di Malaysia dari Singapura di mana ia diasaskan pada tahun 2002, pakar penjagaan intim ini telah menjadi pemangkin pembaharuan dalam bidang tersebut.
Ini dapat dilihat apabila ia membuka pintunya sebagai salun pertama yang berdedikasi kepada rawatan penyingkiran rambut di Malaysia, dengan setiap cawangan STRIP menampilkan reka bentuk dalaman yang unik dan bukan diseragamkan semuanya, dan menjadi salun pertama dalam industri ini yang mengamalkan peraturan Tidak Celup Semula (No Double Dipping), dan memperkenalkan Pek Kebersihan Peribadi STRIP (Personal Hygiene Pack).
Kedua-dua ciri tersebut adalah sebahagian daripada mantera HSQ STRIP – Kebersihan, Kepantasan, Kualiti (Hygiene, Speed, Quality), dan STRIP kekal berteraskan HSQ dalam cara ia berfungsi serta dalam produknya, rawatannya, dan juga latihan khusus yang dilalui oleh ahli terapi dalam kecekapan dan kemahiran teknik.
Sembilan cawangan yang luas, masing-masing dilengkapi bilik rawatan yang luas agar pelanggan dan ahli terapi selesa semasa melaksanakan rawatan, adalah bersesuaian dengan keadaan sekarang yang menggalakkan kedekatan minima antara individu.
Kini, STRIP tidak berbelah bahagi dalam usahanya untuk membawa teknologi terkini dan tercanggih dalam rawatannya. Dengan mengatasi batasan, STRIP telah merevolusikan cara wanita dan lelaki menjaga penampilan diri mereka, bukan sahaja demi kelihatan menarik tetapi lebih daripada itu, untuk menimbulkan keyakinan diri dan berasa hebat.
Selain itu, digandingkan pemerhatian teliti keperluan industri dan kehendak pasaran selama bertahun-tahun, kepakaran STRIP berkembang pesat dan kini, suatu rangkaian perkhidmatan dan produk komprehensif tersedia di STRIP untuk menangani keperluan penjagaan intim.
Teknologi terkini dilihat dalam rawatan pengurangan rambut jangka panjang yang unggul, AFT (Advanced Fluorescence Technology), rawatan revolusioner penjagaan vulva yang pertama seumpamanya, Rosebud Vajuvenation, dan rawatan kontur badan untuk bahagian perut, belakang, pinggang, punggung dan paha, Thermal Shape; kesemuanya menggunakan mesin proprietari dan selesa, bukan invasif, tidak memerlukan sebarang tempoh pemulihan, dan berkesan.
Untuk memastikan pemeliharaan menyeluruh terhadap kulit halus vulva melangkaui salun, pakar global penjagaan vulva berpengalaman 20 tahun dalam industri ini, telah membangunkan jenama penjagaan intim mewah pertama di dunia, TWO L(I)PS, yang berkeupayaan menangani pelbagai masalah kulit.
Koleksi penjagaan kulit ini mencabar dan mendefinisikan semula bidang penjagaan intim dengan produk termaju, diformulasikan oleh para petugas yang berdedikasi, bebas sulfat dan paraben, dan telah diuji secara dermatologi dan ginekologi.
Produk sulung dalam koleksi ini – Blackout – masker arang aktif yang mungkin pertama seumpamanya di dunia untuk bahagian intim, jelas menunjukkan kepintaran jenama tersebut.
Rawatan ‘wax’ di STRIP juga tidak kurang mengagumkan, dengan pelbagai adunan ‘wax’ STRIP sendiri, terdiri dari bahan-bahan yang menenangkan kulit serta wangian memikat seperti Chocolate Berry, dan pelbagai ‘wax’ edisi terhad seperti Vanilla Cupcake, Strawberry, Desert Rose, Cherry, Gingerbread dan Forest. Kepelbagaian ‘wax’ kreatif ini disediakan pada tahun-tahun yang lalu untuk menunjukkan bahawa rawatan ‘wax’ boleh manjadi pengalaman yang menarik.
“STRIP Malaysia amat berbangga kerana dapat meraikan ulang tahun ke-16 kami, satu kejayaan penting untuk dicapai walaupun kami semua melalui masa yang sungguh mencabar selama dua tahun yang lalu. Pada masa pembukaan stor STRIP Malaysia pertama pada Julai 2006, yang juga merupakan cawangan STRIP pertama di luar Singapura, perusahaan perkhidmatan penyingkiran rambut di sini hampir tidak wujud.
Oleh itu, penubuhan sebuah salun kecantikan yang berdedikasi sepenuhnya dalam rawatan penyingkiran rambut pada masa itu, adalah langkah berani. Namun, dengan galakan daripada rakan sekerja kami di Singapura, konsep dan rawatan baharu dan segar yang kami perkenalkan diterima dengan baik,” kata Puan Pua Lee Lan, Pengarah Urusan, STRIP: Ministry of Waxing, Malaysia.
“Ia sesungguhnya mengujakan untuk meraikan ulang tahun ini kerana masa depan perkhidmatan kami dalam penjagaan intim premium dan sempurna terus kelihatan cerah. Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami, dari dulu hingga kini, atas kepercayaan mereka yang teguh kepada kami.”
Tahun ke-16 ini adalah satu dorongan gembira dan STRIP menjemput semua pelanggan serta mereka yang inginkan pengenalan kepada pengalaman STRIP, agar tidak ketinggalan beberapa peluang ganjaran yang berlaku dari sekarang hingga 30 September 2022, sempena pesta hari jadinya.
Tawaran peluang yang dibariskan adalah kepelbagaian. Spin-The-Wheel kegemaran ramai diaturkan dengan mudah secara dalam talian dan memberi peluang untuk memenangi rawatan percuma, diskaun sehingga 80%, serta harga terendah untuk menebus rawatan.
Sempena tahun ke-16 ini, pada tarikh 16 bulan Julai, Ogos dan September, tawaran harga yang khusus untuk satu hari akan didapati di semua salun STRIP, dan ini akan diumumkan di ruang dalam talian STRIP sebelum tarikh tersebut.
Hadiah yang pastinya paling diidamkan adalah rawatan Wax Brazilian atau Boyzilian percuma sepanjang satu tahun untuk tiga pemenang. Dengan pembelian jumlah tertentu selama tiga bulan ini, penyertaan ke “16th Lucky Draw” (Cabutan Bertuah Ke-16) akan memberi peluang untuk memenangi hadiah ini. Cabutan akan dibuat pada awal bulan Oktober. Ini hanyalah sebahagian daripada ganjaran dan hadiah bernilai lebih RM750,000 sempena perayaan ulang tahun, yang menanti mereka yang bermotivasi untuk menikmati kelebihan kepakaran STRIP.
Semua tawaran ganjaran tertakluk kepada terma dan syarat.
Sila ikuti https://www.facebook.com/StripMalaysia/ dan instagram.com/stripmalaysia untuk sentiasa dimaklumkan tentang tawaran ulang tahun ke-16 yang sedang berlangsung. Layari https://www.strip-my.com/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang rawatan dan produk STRIP.
Untuk menandakan tahun ke-16 ini, STRIP menawarkan harga istimewa RM16 untuk satu rawatan Waxing ‘a la carte’ dengan pembelian minima tertentu, sah sepanjang sambutan ulang tahun dari sekarang hingga 30 September, di mana-mana cawangan STRIP Malaysia.
Alami kepakaran STRIP dengan menempah sesi rawatan melalui Pusat Panggilan kami:
- WhatsApp: 012-9286 310;
- Tel: 03-2201 6310 / 6311; atau
- Emel: info@strip-my.com.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia