Kisah Benar Apabila Suami Mengaku: "Saya Ada Perempuan Simpanan"

Ikuti kisah benar di sebalik pengakuan seorang suami yang ada perempuan lain ini. Tiada siapa bahkan isteri dan keluarganya sendiri pun tahu tentang hal ini. Kasihan si isteri dan anak-anak...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Isteri mana yang mahu mengetahui rahsia suami ada perempuan simpanan lain di belakangnya. Pasti retak hati apabila tahu tentang benda itu.

Tapi, ikuti pengakuan jujur seorang lelaki yang berlaku curang di Batam dan mengaku dia ada perempuan simpanan di belakang isterinya ini. 

Suami ada perempuan simpanan di belakang isteri

Saya seorang lelaki berumur 47 tahun, dan telah berkahwin dengan isteri selama 15 tahun. Kami ada 2 anak lelaki yang berusia 11 dan 13 tahun.

Isteri saya kerja sebagai seorang guru, sementara saya seorang jurutera.

Kami kelihatan cukup gembira dan amat menikmati kehidupan seharian.

Rakan-rakan kami yang baca tentang kisah saya yang ingin mengaku “ada perempuan simpanan” ini, pasti tidak akan percaya yang saya curang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kisah benar disebalik pengakuan suami ada perempuan simpanan

Setiap Jumaat, kami sekeluarga akan keluar makan malam di luar. Sedangkan setiap Sabtu, saya akan pergi ke Batam untuk bermain golf dengan rakan-rakan dan kembali ke rumah pada malam Ahad.

Sebenarnya, setiap hari Sabtu saya tidak bermain golf dengan rakan-rakan saya.

Anak dan isteri saja yang fikir begitu, padahal saya melawat perempuan simpanan dan anak saya yang tinggal di Batam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tiada seorang pun yang tahu.

Kisah cinta sejati di seberang lautan

Pertama kali saya bertemu dengan **”Wati”(nama perempuan simpanan saya) ialah ketika saya pergi ke Batam pada hujung minggu untuk berehat.

Pada masa itu, isteri dan anak-anak telah ke Malaysia untuk melawat bapa mertua saya.

Sebaik saja mereka pergi, saya terus memandu ke terminal feri yang menuju ke Batam untuk menikmati hujung minggu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sampai di Batam, saya memutuskan untuk mengurut kaki.

Sebenarnya, saya telah meminta tukang urut lelaki, tapi hanya seorang gadis muda sahaja yang tidak sibuk hari itu.

Apabila dia masuk ke dalam bilik, saya tahu saya akan menghadapi masalah. Dia cantik sekali dan masih muda!

Setelah selesai mengurut, saya tanya sedikit tentang dirinya.

Dengan berani dia memberitahu saya yang dia datang dari Jawa Timur ke Batam untuk memulakan kehidupan baru. Keluarganya hanya ada kakak seorang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Isteri tidak pernah tahu suami ada perempuan simpanan

Saya mengajaknya makan malam bersama, namun dia ragu-ragu.

Akhirnya, dia bersetuju selepas saya memberi jaminan yang kami hanya akan makan malam saja, kerana saya tidak mahu makan seorang diri.

Saya meninggalkan wang tips yang banyak lalu kembali ke hotel.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malam itu, saya terasa seperti seorang remaja yang baru ingin dating kali pertama. 

Saya pergi ke kedai di hotel untuk membeli coklat untuknya. Ketika kami bertemu buat kali kedua, saya tahu saya sudah jatuh cinta.

Dia kelihatan terlalu cantik…

Saya terus mencubit diri kerana takut ini hanyalah mimpi. Kami berbual-bual sambil minum, bertukar maklumat dan menceritakan kisah tentang masa lalu.

Saya berterus terang tentang kerja dan keluarga saya.

Saya tidak mahu menyimpan apa-apa rahsia darinya. Saya dapat melihat kekecewaan di matanya ketika saya memberitahu yang saya sudah ada isteri dan anak.

Selepas makan malam, kami menuju ke bilik saya dan kami telah melakukan perkara yang mengubah hidup saya.

Kelahiran seorang bayi perempuan

Suami ada perempuan simpanan dan anak haram

Empat bulan selepas berjumpa dengan Wati itu, saya memutuskan untuk beli sebuah rumah di Batam. Wati telah menjadi perempuan simpanan saya.

Tidak lama selepas itu, Wati melahirkan seorang bayi perempuan yang cantik dengan kulit halus sama seperti ibunya.

Saya sangat gembira kerana saya benar-benar inginkan seorang anak perempuan. Kini, dia sudah berusia 5 tahun, dan Wati sedang mengandung anak ke-2 kami.

Saya bukannya “seorang suami yang ada perempuan simpanan”, sebaliknya saya juga mempunyai 2 anak yang tidak sah taraf.

Sehingga ke hari ini, saya masih melawat Wati dan anak perempuan saya pada hujung minggu.

Isteri saya tidak tahu main golf itu cuma bohong saja. Dia tidak pernah mengesyaki saya ada perempuan simpanan dan dua anak yang tidak sah taraf.

Saya masih menampung keperluan keluarga saya dan menyara kehidupan Wati dan anak di Batam. Wati pun tidak perlu bekerja lagi.

Saya ada impian untuk hidup hingga ke akhir hayat saya bersama Wati, tapi saya tidak berani untuk memberitahu isteri saya yang saya ada sebuah keluarga lain dengan seorang perempuan simpanan.

Apa yang harus saya buat?

** Nama telah ditukar untuk melindungi identiti penulis.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Anda Syak Pasangan Mungkin Curang Guna Facebook? Lihat 7 Tanda-Tandanya!

Penulis

Rosanna Chio