Perubahan tingkah laku suami selepas tempoh pantang boleh menjadi perkara yang membingungkan dan menimbulkan kebimbangan. Jika suami anda tiba-tiba menjauh atau tidak menunjukkan keinginan untuk bersama, ia mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor, sama ada fizikal, emosi, atau situasi semasa.
Menerusi komuniti theAsianparent, seorang ahli telah berkongsikan masalah yang dihadapinya iaitu suami berkelakuan pelik selepas bersalin dan enggan bersama dengan alasan ‘tunggu anak besar sikit’. Adakah situasi ini normal? Jom kita baca apa kata ibu-ibu yang lain.
Isi Kandungan
Suami Enggan Bersama Selepas Bersalin
Suami saya sekarang, selepas saya habis berpantang, langsung tidak mahu bersama. Saya sudah memberikan “green light,” tetapi dia tetap memberikan alasan dengan mengatakan mahu menunggu anak besar sedikit.
Saya risau dia mempunyai sebab-sebab tertentu yang bukan-bukan, tetapi saya tidak pasti apa sebenarnya. Sekarang anak sudah berusia lebih tiga bulan, namun dia masih kelihatan menjauhkan diri daripada saya. Saya benar-benar tidak faham apa sebenarnya yang sedang berlaku.