Isu kecurangan dalam rumah tangga amat digeruni oleh setiap pasangan yang berkahwin. Masalah kesetiaan ini sering dikaitkan dengan kaum suami. Sehinggakan ada kajian yang mengkaji tentang masalah suami curang dalam diam!
Antara persoalan yang ingin diketahui jawapannya adalah: kalau lelaki curang, mereka suka curang dengan wanita yang bagaimana?
Suami curang dalam diam dengan wanita bagaimana?
Walaupun seseorang lelaki itu mungkin ada banyak sebab mengapa mereka sanggup curang dengan pasangan, tapi antara aspek penting dalam isu kecurangan adalah dengan wanita bagaimanakah yang mereka akan curang?
Anda nak tahu jawapannya? Baca dengan lebih lanjut.
Ada satu kajian yang telah dijalankan oleh Yahoo bersama dengan Ashley Madison bagi mengetahui apa yang difikirkan oleh mereka yang sudah berkahwin dan juga berlaku curang.
Kajian tersebut menemuramah 1,300 orang lelaki dan wanita. Yang mengejutkan, mereka mendapati hampir 400 orang lelaki mengaku yang mereka pernah berlaku curang kepada isteri mereka!
27% daripada lelaki yang berlaku curang mengatakan mereka tidak gembira dalam rumah tangga. Jadi, mereka memilih untuk menjalinkan hubungan sulit. Dengan siapa? Dengan sahabat rapat mereka!
Hanya 23% lelaki saja mengaku yang mereka akan berlaku curang dengan wanita asing yang baru saja dikenali.
Hasil kajian tentang suami curang dalam diam yang mengejutkan!
Ada beberapa perkara yang menarik perhatian kami tentang kajian temuramah ini.
- Sebahagian besar lelaki yang menyertai survey tersebut mengaku mereka pernah menjalinkan hubungan affair dengan wanita lain atau pernah berfikir untuk curang
- Sebahagian besar lelaki yang menyertai survey tersebut mengaku curang dengan rakan mereka sendiri
Moral daripada kajian isu suami curang dalam diam
Amat penting untuk kita perhatikan dari kajian ini yang apabila seseorang lelaki itu menjalinkan hubungan sulit, ia adalah kerana mereka rasa ada kekurangan dalam rumah tangga yang terbina.
Mungkin mereka rasa tiada lagi seri atau kasih sayang dalam perkahwinan sekarang.
Mereka kemudiannya memilih untuk menjalinkan secret affair dengan sahabat wanita mereka, sama ada yang telah lama dikenali sewaktu sekolah ataupun rakan pejabat.
Suami curang untuk mengisi kekosongan emosi
Lelaki ini mencari seseorang untuk mengisi kekosongan yang dirasakan tiada di dalam perkahwinan mereka. Jadi ibu sekalian, amatlah penting untuk kita memastikan kita, serta suami, gembira dalam rumah tangga kita.
Salah seorang antara kita amat mudah untuk terfikir mengadakan hubungan sulit di luar jika mereka rasa terabai atau terasing.
Mungkin pada kita, segalanya lengkap dan sempurna. Namun, perkara yang sebaliknya dirasakan oleh pasangan.
Sebab itulah, komunikasi amat penting dalam rumah tangga. Apa yang kurang dan apa yang tidak cukup; semua itu perlu diberitahu, dikongsi, dan diperbaiki.
Ya, ia bukanlah salah si isteri semata-mata
Tapi, masih amat penting untuk kedua-duanya berusaha untuk memperbaiki diri dan berusaha mengharmonikan rumah tangga supaya kedua-duanya rasa dihargai dan disayangi.
Jangan kerana kita terleka atau terlalu sibuk dengan urusan anak-anak, keperluan suami sendiri dilupa atau diabaikan.
Ibu pula bagaimana? Apa pendapat anda tentang isu suami curang dalam diam ini? Mari berkongsi pandangan di ruang komen.
Sumber: Yahoo.com, theAsianparent Philippines
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Kenapa Suami Mudah Curang Ketika Isteri Sedang Mengandung? Apa Salah Kita?