Haruskah Suami Curang Dimaafkan? Amalkan Tips No 2 Pasti Bahagia Milikmu Isteri

Dicurangi oleh suami sendiri bukan perkara main-main buat wanita. Bayangkan saja orang yang diharapkan dapat sehidup semati, mencurangi diri yang setia.

“Sedangkan Nabi pun maafkan umatnya, inikan pula kita sebagai manusia biasa.” Ungkapan ini sering kita dengar bila berkait isu suami curang mula insaf dan mahu dimaafkan kerana menyesali perbuatan lalu.

Tapi sebagai isteri, mampukah kita memaafkan? Ikhlaskah anda dalam memaafkan suami? Sedangkan pada anda curang itu satu pilihankan? Jawapannya hanya anda yang tahu.

Mungkin di mulut berkata ‘ya’ tapi dalam hati siapa tahu? Mungkin tiada maaf bagimu yang terdetik.

Suami curang mula insaf, maafkan saja? 

Dicurangi oleh suami sendiri bukan perkara main-main buat wanita. Bayangkan saja orang yang diharapkan dapat sehidup semati, akhirnya mencurangi diri yang setia.

Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Mahligai yang dibina sudah dibina selama 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun atau lebih lagi mungkin boleh runtuh sekelip mata akibat kecurangan dilakukan si suami. 

Tetapi wanita, tegarkah anda melihat mahligai impian runtuh begitu saja tanpa sedikit pun usaha untuk mempertahankannya? Hanya menyerah kalah begitu saja? Ya, cakap memang mudah. Tapi ibaratnya jika tidak bercakap, langsung tidak mendengar bukan?

Cuba tips ini untuk maafkan suami curang

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Luka dicurangi bukan luka biasa, ia mungkin langsung tidak dapat diubati. Tapi sekurang-kurangnya jika tak dapat diubati sepenuhnya,  sembuh sedikit pun jadilah. 

Jadi apa yang boleh anda buat untuk memaafkan si suami yang curang?

#1. Terima hakikat

Mahu tidak mahu, suka atau tidak hakikatnya anda sudah dicurangi. Sakit memang sakit, tapi jangan terlalu meratapi kerana bukan itu tujuan ibu anda lahirkan anda ke dunia ini. Bangkitlah kerana anda berhak untuk bahagia.

Terima ia sebagai satu dugaan untuk menjadikan anda isteri yang lebih baik dan isteri yang lebih sempurna di mata suami. Apa yang penting, transform diri kepada yang lebih baik. Jika dulu, baju tidur pun berlubang, bersolek apabila keluar saja, berbaju kelawar hingga ke tengah hari di hari minggu. Cuba transform diri. Beli baju tidur baru atau buat apa saja yang anda suka untuk membahagiakan anda.

Yang penting sayangi diri anda dulu sebelum mahu orang lain menyayangi anda. Bukan menyalahkan baju kelawar punca suami curang, tetapi jika anda buat perubahan pada diri, kebahagiaan anda akan datang sendiri.

Ingat kegembiraan wanita bahagia adalah ketagihan paling hebat buat suami!

#2. Fokus dan rawat emosi diri

Tidak salah menangis. Menangislah sepuas-puasnya tetapi jangan terlalu lama, cukuplah seminggu. Selepas itu bangkitlah. Fokus dan rawat emosi anda supaya orang di sekeliling tidak terkena tempias ‘bara api’ terutamanya anak-anak.

Wanita yang bijak adalah wanita yang tahu apa yang dia mahu. Wanita yang sanggup berusaha untuk perbaiki diri dengan ilmu.

Jadi bagaimana menyuntik elemen ranggi dalam jiwa untuk meniti cabaran berubah tangga di abad ini? Jangan biarkan diri anda terus sendu tidak bertepi. 

Fokus kepada merawat hati anda, sayangi diri anda sepenuhnya malah lebih dari apa pun di dunia ini kerana getaran positif dan kasih sayang yang melimpah ruah dalam diri anda ini sebenarnya berjangkit. Tak percaya? Cuba dulu ya.

#3. Buang persepsi negatif terhadap suami

Curang. Mendengar saja penuh aura negatif, apatah lagi jika pernah ada sejarah hitam dengan perkataan itu. Persoalannya bagaimana mahu membuang persepsi negatif terhadap suami selepas si dia berlaku curang?

Pasti terbayang-bayang di mata apa yang dilakukannya di belakang anda. Tapi belum cuba belum tahu ya. Berusaha buang persepsi negatif itu, 

Keputusan akhir di tangan anda

Jika tidak merasa, memang tak tahu. Jadi orang sekeliling memang boleh bercakap tetapi yang merasainya adalah anda. Persoalan sama ada perlukah memaafkan suami yang curang itu jawapannya hanya terletak pada anda. 

Bukan semua luka boleh disembuhkan dengan peredaran masa, ada yang terlalu dalam hingga bernanah dan terlalu parah. 

Jika rasa bersedia dan sanggup menerimanya kembali, teruskan. Jika rasa nak pandang muka pun tak mampu dan mahu teruskan hidup tanpa kehadirannya, teruskan langkah anda usah toleh ke belakang lagi.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sudah Berkahwin Pun Ramai Suami Rasa Nak Curang, Ini 6 Sebabnya!

Penulis

Lala Annuar