Isteri “chubby” lebih membahagiakan suami
Yay! Akhirnya ada juga penghargaan pada wanita yang tak “berapa nak kurus” atau orang selalu panggil chubby macam kita ini.
Baru-baru ini, sebuah kajian yang dijalankan oleh jabatan psikologi UNAM mendedahkan suami yang mengahwini isteri yang chubby lebih bahagia.
Malah, bukan bahagia biasa-biasa saja tau, tapi 10 kali lebih bahagia berbanding jika mengahwini wanita yang kurus!
Tapi mengapa? Dan bagaimana suami boleh lebih bahagia pula?
Begini – menurut Dr. Filemon Alvarado dan Dr. Edgardo Morales, suami yang mengahwini pasangan chubby lebih banyak senyum, gembira dan lebih mudah menyelesaikan masalah.
Ha… jadi sebab itu mereka lebih bahagia.
Jadi, tak kisahlah ada berapa banyak lemak dekat perut, paha atau selulit sekalipun, kita pasti akan buat suami lebih bahagia, kan!
Tapi, ada juga isteri tak chubby yang membahagiakan suaminya
Walaubagaimanapun, lain orang lain citarasanya. Betul tak?
Kadang-kadang, ada saja suami yang kahwin dengan isteri yang kurus dan bahagia hingga sekarang.
Kajian ini hanya ingin membuktikan perbezaan psikologi di kalangan lelaki apabila memiliki pasangan masing-masing.
Pakar menjelaskan, wanita yang kurus didapati lebih “menyimpan rasa” dan kurang ramah. Sebab itu mereka sukar untuk didekati.
Malah, kajian juga mendedahkan wanita yang kurus lebih senang untuk “jatuh” ketika mengalami tekanan dan boleh melalui datang haid yang tak normal.
Lalu, mereka akan cepat moody, atau tak berjaya untuk memberi zuriat (selalu bab menggembirakan suami ini berbalik pada anak, kan?)
Jadi, kalau anda ada “beberapa lemak lebih”, tak payahlah risau lagi, okay! Janji suami bahagia.
Akan tetapi, janganlah juga kita mendeskriminasi wanita-wanita lain di luar sana yang kurus dan berusaha untuk menaikkan berat badan.
Kita semua sama saja (yang penting kita superwomen kot!).
Kaitan antara isteri yang chubby dengan fikiran seorang suami
Ini bukan kali pertama kajian terhadap psikologi seseorang suami dan ciri-ciri isterinya dikaji.
Sebelum ini, kajian pada tahun 2012 mendedahkan lelaki budiman lebih suka perempuan kurus. Namun, lelaki yang selalu tertekan menggemari perempuan yang sedikit chubby.
Eh, kenapa lelaki yang selalu tertekan tertarik pada wanita chubby pula?
Ini kerana tekanan menukar “streotype klasik” yang menganggap lelaki hanya suka perempuan yang kurus, ramping dan cantik. Sebenarnya, tak!
University of Westminster di London telah menyoal 41 sukarelawan lelaki dalam subjek mengatasi tekanan.
Setelah kajian hampir selesai, mereka disoal untuk memberi ukuran berapa menarik seseorang wanita – berdasarkan bentuk badan mereka.
Keputusan kajian menunjukkan 40 lelaki memilih wanita yang bertubuh lebih gempal itu lagi menarik berbanding yang lain.
Pakar mengkonklusikan perkara ini sebagai semakin tertekan seorang individu, semakin dia boleh mengubah persepsi biasa yang dibuatnya.
Ha… semoga perkongsian ini boleh menangkis fikiran wanita-wanita di luar sana yang kurang yakin dengan diri sendiri.
Percayalah, walau bagaimanapun rupa bentuk dan tubuh badan anda, pasangan yang sebenar takkan pandang semua itu.
Yang penting adalah kerjasama kalian untuk membina keluarga bahagia, dan masing-masing menjaga kesihatan diri malah juga keluarga.
Jom kongsikan hasil kajian ini dengan semua wanita chubby di luar sana!
Sumber rujukan: Your Tango dan Rebel Circus
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comsurat-cinta-suami-indah/