Pernah tak terfikir apa yang pasangan anda mahukan sepanjang perkahwinan? Selain suami isteri yang menjaga dan menyayangi sesama sendiri, apa lagi yang sebenarnya pasangan ‘harapkan’?
Persoalan ini sebenarnya selalu berkait dengan si suami. Mana tidaknya, setiap salah faham dalam rumah tangga mesti akan bermulanya ‘silent treatment’ oleh si isteri.
Dan dari situlah si suami mula tertanya-tanya “apa yang aku buat silap? Apa yang bini aku mahukan sebenarnya?.” Puas jugalah si suami memikirkan kerana bila ditanya, si isteri masih lagi berdiam diri.
Tidak kiralah punca perselisihan faham itu dari mana sekalipun. Tapi percayalah bila si isteri mula berdiam diri adalah sesuatu yang telah mengguris perasaannya.
Tapi yang paling penting untuk semua para suami, ketahui lima perkara asas yang isteri anda mahukan! Dan lima perkara ini percaya atau tidak, ia bukan memerlukan perbelanjaan yang tinggi pun. Ada antaranya cukup mudah dilakukan. Jom baca!
Isteri cuma mahukan…
#1. Perhatian
Ini adalah yang paling utama isteri mahukan, malah percaya atau tidak memang semua suami pun sudah tahu. Tapi masih sukar untuk beri!
Kenapa? Ini kerana para suami masih memikirkan perhatian ini satu benda yang remeh. Maklumlah fikiran lelaki ini ‘allergic’ memikirkan benda-benda remeh. Mereka selalu fikirkan benda yang penting saja bagi mereka, jika perkara itu remeh temeh, bukan setakat mereka tak ingat, malah untuk lalu di fikiran mereka pun agak mustahil.
Sedangkan hidupan seperti pokok pun perlu perhatian, mesti disiram setiap hari, apatah lagi seorang yang bernama isteri. Mereka mestilah dibelai, ditanyakan khabarnya setiap hari. Malah bukanlah sukar, waktu makan tengahari anda hanya perlu mesej isteri anda dan bertanya pada dia sudah makan ke belum.
Jika sibuk sangat pun, sebaik pulang ke rumah, tanyalah “bagaimana hari awak sayang?” tentu bermacam-macam cerita ingin dikongsi. Malah sedikit sebanyak kuranglah sikit bebannya menjaga anak, jika isteri juga bekerja, hilanglah kerunsingan kerjanya sedikit.
#2. Suami yang sabar
Setiap orang memang ada barannya dan ada juga egonya. Apatah lagi sang arjuna. Lelaki memang mudah untuk dikaitkan dengan baran. Tapi alangkah indahnya dunia kalau mendapat suami yang bersabar dan sentiasa tenang.
Isteri atau perempuan lumrahnya memang kuat berleter, kalau bukan waktu mudanya, dah tua-tua nanti mulalah tabiat meleternya. Tapi suami kena pandai ‘tackle’ isteri bila berleter atau bila dia marah. Anda tidak bolehlah turut naik marah sama.
Kata Imam Ghazali, suami perlu ada sifat ‘Halim’. ‘Halim’ ini bermaksud sabar. Jadi suami patut bersabar dengan isteri terutama sekali apabila isterinya sedang marah.
Dengar luahan hatinya, walaupun waktu itu dia kemarahannya membuak-buak. Kadangkala isteri ini hanya mahu didengari dan ingin luahkan emosinya. Sebaik selesai dia meluahkan segalanya dia akan berasa lega.
Dan waktu itulah suami isteri boleh mulakan perbincangan. Walaupun anda tidak mempunyai jawapan, dengan saja dan sentiasa menunggu keadaan reda untuk bertanya dan berbincang.
#3. Gentleman
Maksud gentelman ni bukan sekadar bukakan pintu kereta, tolong bawakan barang berat isteri saja tau. Dalam perkahwinan penting untuk anda sebagai suami sentiasa bersifat lemah lembut dengan isteri.
Memanglah perempuan suka lelaki yang gagah dan kuat, tapi bila bercakap dan beramah mesra dengan mereka, mereka suka sangat lelaki yang manja. Itulah kunci kebahagiaan suami isteri!
#4. Pandai bergurau
Boleh bayangkan tak betapa sugul dan bosannya sesuatu perkahwinan jika tanpa gurau senda? Jadi janganlah jadikannya realiti! Sentiasa bergurau senda dengan isteri.
Kalau si suami jenis yang memang bukan pelawak atau kelakar orangnya, cuba cari cerita-cerita lawak dari internet. Kalau tak kelakar pun sekurang-kurang usaha kamu untuk mencari lawak di internet pun sudah agak kelakar sebenarnya!
#5. Penghargaan
Dalam kesemua ‘points’ tadi, ini saja yang memerlukan anda berbelanja sedikit. Memang banyak caranya untuk anda tunjukkan penghargaan anda pada si isteri. Tapi percayalah kalau anda bawa isteri bercuti, dia akan seronok sangat!
Tak perlulah nak pergi sampai ke luar negara, ambil peluang waktu pandemik ini nak bawa isteri atau keluarga berjalan. Isteri nak minta lebih-lebih pun tak boleh, bukan boleh merentas luar negara lagi kan. Jadi, inilah masanya bawa isteri cuti-cuti Malaysia.
Kalau ‘staycation’ pun sedang elok dah. Buat tempahan hotel-hotel di Kuala Lumpur, dan jadikan ia satu percutian yang cukup bermakna! Malam-malam boleh pergi jalan-jalan sekitar ibu kota dan makan malam di tempat yang menarik.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Aku Islam
Baca juga:
5 Tanggungjawab Suami Dalam Islam, Ingat Suami JANGAN Ambil Lewa Tau!