"Saya bukan penjaga, tapi ayah mereka!" ucap lelaki ini tentang tugas menjaga anak

Mesej bapa ini tentang tugas menjaga anak sungguh bernas. Tugas suami jaga anak sama penting seperti ibu menjaga anak. Tugas ayah kena mendidik malah menjaga anak juga!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tugas suami jaga anak selepas isteri ke luar bandar kerana kerja

Selepas isterinya, Jessica menaiki kapal terbang, Jeremy Martin-Weber sedar banyak benda beliau perlu lakukan untuk menjaga 6 orang anak mereka, selepas ketiadaan si isteri ini. Ketika ini, bermulanya tugasnya sebagai seorang suami jaga anak kerana isteri bekerja. 

Kemudiannya, Jeremy pulang ke rumah dan menyenaraikan tugasan yang perlu dilakukannya selepas ini. Dalam senarai tersebut, Jeremy perlu memilih setiap tugasan berikut, siapa yang kena buat. Antara tugasan itu adalah:

  • siapa akan beri anak-anak makan?
  • siapa akan bawa mereka ke sekolah tepat pada masanya?
  • siapa akan pilih baju untuk si kecil pakai?
  • siapa akan membantu mereka dengan rutin harian?
  • siapa akan memeluk mereka apabila mereka memerlukan pelukan dan ciuman kerana terluka?
  • siapa akan merawat luka mereka?
  • siapa akan tenangkan mereka apabila mereka bermimpi ngeri dan siapa akan pujuk mereka untuk tidur semula?
  • siapa akan membantu apabila mereka gaduh sesama mereka?
  • siapa akan mendengar setiap perincian cerita mereka?
  • siapa akan bacakan cerita dan galakkan mereka bermain di luar atau bermain dengan mereka?
  • siapa akan memberi sokongan kepada masalah kewanitaan mereka atau masalah hubungan mereka?
  • siapa akan menunjukkan contoh kebaikan, kasih sayang, mendengar, empati, kekuatan, keberaniaan dan semua perkara baik kepada mereka?

Jeremy ada jawapan ringkas kepada semua soalan ini. Jika dulu sebelum isterinya ke luar bandar atas urusan kerja, tugas ini semua diuruskan oleh si isteri. 

Tapi oleh sebab kini tugas menjaga anak dilepaskan pada dirinya, Jeremy tahu yang semua tugasan ini terletak di bahunya kini. Dan Jeremy tidak mengeluh! Mengapa? Ia sebab Jeremy faham tugas seorang ayah yang perlu menjaga anaknya.

Kredit: Whole Parent

Lelaki yang memahami tugas suami jaga anak

Dia telah mendedikasikan pos di Facebooknya yang dia yakin dia juga boleh melakukan itu semua. Dia bukanlah hanya penjaga atau kawan bermain kepada anak-anaknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jeremy menegaskan yang dirinya adalah ayah mereka dan dia akan menjaga serta mendidik mereka. Ini kerana itu semua adalah tanggungjawabnya juga. Bukan hanya terletak pada isterinya.

Dia juga menerangkan yang dia suka menjadi bapa kepada enam anak gadisnya, walaupun terdapat cabarannya juga. Dan sebagai bapa mereka, Jeremy lebih dari mampu mengendalikan semua itu.

Betul kan ibu-ibu? Sebenarnya pasangan kita itu seperti ‘superdad‘ juga dengan cara mereka mengendalikan anak-anak. Walaupun cara suami jaga anak agak (atau memang) berlainan, tetapi ia berkesan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini kerana mereka ada cara mereka sendiri untuk mengendalikan anak-anak.

Jadi marilah berhenti bersikap skeptikal terhadap para bapa, kerana mereka juga sama hebatnya. Tanpa mereka, siapa yang akan mengajar anak-anak kita peranan sebagai seorang lelaki?

Setiap dari mereka mempunyai kelebihan dan cara mereka sendiri, di mana mereka berusaha sehabis teruk untuk menjadi bapa yang terbaik pada anak dan keluarga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kita sama-sama saling melengkapi di dalam membesarkan anak-anak dan menguruskan perihal rumah.

Saya tahu ramai bapa yang handal mengendalikan anak tantrum. Kongsikan apa kehebatan pasangan anda 🙂

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Sumber: Popsugar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comvideo-lucu-suaminya-berjanji-tidak-akan-memarahi-isterinya-bersiap-lambat-lagi/

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma