Kajian: Suami Kacak Punca Wanita Makan Secara Tak Sihat Untuk Kurus

Kajian membuktikan wanita yang ada suami kacak cenderung untuk makan secara tak sihat seperti over makan atau taksub nak kurus! Hah betul ke? Jom tengok apa penerangan pakar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak semua perempuan memandang rupa ya. Namun jika anda bertuah dan dikurniakan dengan suami kacak, baik hati serta mampu memberikan segala-galanya pada anda, anda seorang wanita yang sangat bertuah!

Apabila suami kacak, kita sebagai seorang wanita akan rasa tidak tenang dan cemburu lagi-lagi apabila ramai yang cuba mendekatinya atau follow si dia di laman sosial. Biasalah lumrah manusia kan? 

Jadi mulalah kita fikir akan penampilan kita pula. Adakah kita tidak cukup lawa? Adakah kita tidak pandai beraksi di ranjang? Atau adakah kita berisi? Haish… macam-macam fikir ni ha!

Menurut kajian Florida State University, memiliki pasangan yang menarik mengakibatkan masalah pemakanan secara tak sihat dan mengganggu kesihatan mental wanita!

Ini semua sebab wanita terbabit akan “menganggap” dirinya kurang menarik berbanding suami. 

 

Apa itu masalah pemakanan tak sihat?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Redaksi

Menurut EatingDisorders.org, masalah pemakanan tak sihat ini tak sama dengan gangguan pemakanan tak normal lain.

Masalah pemakanan tak sihat melibatkan makan secara berlebihan (seperti asyik nak menguyah), terlampau taksub untuk mengira kalori (nak kurus cepat), salah guna ubat diet dan paksa muntah.

Macam mana masalah ini terjadi? 

Anda pasti tertanya-tanya, macam mana wanita ini boleh menghadapi masalah pemakanan pula? Apa pula kena mengena dengan suami kacak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebenarnya begini, apabila wanita bersama lelaki kacak, mereka akan mula rasa kurang keyakinan diri. Sekaligus mengambil langkah ekstrem dengan harapan untuk mengurangkan berat badan.

Mula-mula mereka akan lebih peka tentang berat badan. Kemudian mereka akan tertekan untuk turunkan kalori, terlebih makan dan sebagainya hingga paksa-paksa muntah. Masalah ini serius sampai doktor kajian Tania Reynold mengeluarkan kenyataan pada Medical Daily untuk lebih memahami kesan hubungan ke atas wanita.

Kajian ini mengumpul data dari lebih 113 pasangan baru berkahwin. 

Tanggapan ini sebenarnya salah sama sekali! Kurus tidak bermakna cantik, sama juga berbadan berisi tidak bermakna anda buruk. Masyarakat sentiasa menekankan perihal ini dengan mengejek-ejek wanita atau lelaki berisi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walhal mereka sempurna sahaja!

 

Apa nak buat jika anda syak diri anda, atau isteri dan rakan baik anda mengalami masalah pemakanan tak sihat?

Jika anda syak isteri atau kawan baik anda mengalami masalah pemakanan tak sihat ini – perkara penting anda kena tahu: ia boleh menjejaskan fizikal dan mental mangsa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, tangani masalah ini dengan bijak. Tegaskan apa erti kecantikan dan kepentingan dirinya pada mata anda. Biar mereka rasa dihargai.

Lagipun, kecantikan bukan datang dari luaran saja! Jadi seorang suami yang penyayang, mengambil berat dan tak pernah penat untuk memuji isteri. 

Selain itu, anda juga boleh bawa isteri anda untuk berjumpa dengan pakar bagi mendapatkan bantuan lebih lanjut. Pemakanan tidak sihat bukan sahaja akan menjejaskan perkembangan minda mereka, malah fizikal mereka juga terjejas.

Dengan bantuan pakar, nescaya suatu hari nanti masalah ini akan selesai. Anda si isteri pula, kalau anda menghadapi masalah ini – cepat-cepat tag suami untuk beritahu mereka yang kalian perlu sama-sama mengatasi masalah ini.

Barulah sweet couple!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Okay ibu bapa semua. Jaga diri, ya!

Sumber rujukan:  Medical DailyPsychology TodayEatingDisorders.org

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 7 perkara dibuat oleh suami yang baik pada isteri

Baca juga: 5 Nafkah Suami Wajib Bagi Walaupun Anda Isteri Yang Mempunyai Kerjaya Sendiri

Baca juga: Sering Selisih Pendapat dan Persetujuan Dengan Pasangan? Cuba Tips Komunikasi Berkesan Ini

Penulis

Ayu Idris