Usah Kecewa Jika Suami Mati Pucuk, Ini Ubat & Rawatan Yang Sesuai Untuk Mereka

Jangan kecewa bila suami mati pucuk, ini cara dan jalan penyelesaian yang boleh doktor bantu

Pernah tak anda mendengar tentang istilah suami mati pucuk? Ia dikaitkan dengan kelemahan lelaki semasa melakukan hubungan badan.

Kalau anda nak tahu, mati pucuk ini lebih dikenali sebagai lemah tenaga batin iaitu penyakit semula jadi yang berlaku pada zakar seorang lelaki yang tidak dapat menegang ketika hubungan seks.

Dalam bahasa lebih mudah, ia merupakan ketidakupayaan seseorang lelaki untuk mengekalkan ketegangan alat kelaminnya semasa bersama isteri di atas kamar tidur.

Rawatan untuk suami mati pucuk

Walau bagaimanapun, usah gusar sekiranya anda mengalami masalah ini kerana ia boleh diubah dengan dua rawatan iaitu ubatan dan gaya hidup.

Antara ubat yang sesuai dan selamat di pasaran seperti Viagra, Iqnyde, Cialis dan Levitra. Selain itu, pesakit juga boleh menggunakan ubat sapu krim bernama alprostadil yang selamat digunakan.

Apa itu ubat Alprostadil?

Aprostadil merupakan ubat yang membantu menambah diameter saluran darah pada zakar bagi meningkatkan perjalanan darah ke kawasan tersebut.

Ubat ini perlu disapu di bahagian hujung zakar dan sekelilingnya selama lima hingga 30 minit sebelum hubungan seks dilakukan.

Alprostadil juga terdiri dari dua jenis iaitu:

1. Suntikan ubat Alprostadil: Pesakit diajar cara menyuntik ubat di pangkal zakar yang dapat membantu aliran darah ke bahagian tersebut dan seterusnya ereksi akan berlaku dalam masa 15 minit.

2. Ubat pelet Alprostadil: Berbentuk peluru kecil yang digunakan dengan cara memasukannya ke dalam bukaan saluran kencing . Ubat ini serap dengan cepat dan ereksi boleh berlaku dalam masa 15 minit.

Selain ubatan, pesakit juga boleh merawatnya dengan pengubahsuaian gaya hidup seperti bersenam lebih kerap, mengamalkan diet yang sihat dan menguruskan stres dengan baik.

Punca mati pucuk

  • Aliran darah yang tidak mencukupi seterusnya terdapat halangan yang menyebabkan aliran darah berkurangan atau tersekat.
  • Penyakit mental seperti kemurungan dan kebimbangan.
  • Kegagalan hati atau buah pinggang
  • Gangguan hormon
  • Penyakit Parkinson yang boleh menyebabkan hormon Dopamine berkurangan seterusnya mengakibatkan gangguan kepada pengekalan ketegangan zakar.
  • Penggunaan ubat terlarang seperti Amphetamines, Barbiturates, ganja dan cocain.

Mereka yang berisiko mendapat mati pucuk

Risiko mati pucuk ini adalah sama dengan penyakit yang berkaitan dengan Kardiovaskular (Jantung dan saluran darah).

  • Kurang bersenam
  • Obesiti
  • Merokok
  • Hiperkolestrolemia (tinggi kolestrol dalam darah)
  • Tekanan darah tinggi
  • Sindrom metabolisme
  • Kencing manis

Sekiranya anda berisiko untuk terkena mati pucuk sebaiknya ubah gaya hidup bermula sekarang dan berjumpa doktor untuk mendapat nasihat serta rawatan yang sesuai. Semoga bermanfaat.

Artikel ini telah disadur dari Doctor On Call atas kebenaran mereka. Maklumat lanjut dan pertanyaan kesihatan mahupun ubat-ubatan juga boleh didapati di www.doctoroncall.com.my

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysi

Baca juga

https://my.theasianparent.commati-pucuk-ereksi-tidak-tahan-lama