Terlalu Rindukan Isteri, Suami Menyusul 'Pergi' Selepas 14 Hari Isteri Meninggal Ketika Bersalin

Isteri meninggal bersalin anak keempat membuatkan suami berubah sikap dan kerap mimpikan arwah. Dia akhirnya 'menyusul' selepas 14 hari rindukan isteri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

SANDAKAN – Pasangan sehidup semati bersama. Itu yang dapat digambarkan apabila seorang lelaki menyusul ‘pergi’ selepas dua minggu isterinya meninggal dunia di Kampung Seaview di sini pada Selasa.

Safry Roslan, 35, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.50 pagi di Hospital Duchess of Kent (HDOK) selepas ahli keluarganya mendapati dia tidak sedarkan diri.

Isteri Meninggal Ketika Bersalin 2 Minggu Sebelumnya

Sementara itu, isterinya pula, Airyn Darwisa Rudy, 25, meninggal dunia pada 30 Julai lalu ketika melahirkan anak keempat mereka.

Adiknya, Jefrie Roslan, 29, berkata, arwah abangnya dalam keadaan sihat tetapi sehari sebelum meninggal dunia dia bersikap luar biasa dengan ahli keluarga dan rakan sekerja.

“Pada Isnin lalu, arwah kelihatan sihat saja dan pergi kerja seperti biasa. Cuma ada kawan-kawan memberitahu dia bersikap pelik apabila sepanjang hari itu dia bersalaman, meminta maaf dan memeluk rakan-rakan sekerja.

“Ketika di rumah pula, dia bawa kami sekeluarga makan bersama-sama dan turut meminta maaf jika ada salah dan silapnya.

“Pada awalnya saya tertanya-tanya tetapi saya menganggap mungkin dia rindukan arwah isterinya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Arwah Berubah Sikap Selepas Isteri Meninggal

Bercerita lanjut, Jefrie berkata, arwah abangnya berubah sikap selepas isterinya meninggal dunia.

“Pada malam sebelum dia ‘pergi’, kami bersembang dan dia bercerita arwah isterinya ada bertemu dan mengajaknya ke ‘rumah’ baharu mereka yang cantik.

“Saya anggap mungkin arwah terlalu rindukan isterinya kerana selepas isterinya meninggal, dia kerap bermimpi dan mengigau,” katanya.

Katanya lagi, arwah abangnya tidur sekitar hampir jam 12 tengah malam dan beberapa kali mengigau sehingga terpaksa dibangunkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Dia mengigau sekitar jam 1 lebih pagi, kami bangunkan dia dan duduk sekejap sebelum baring semula tetapi dia terus mengigau.

Tidak Sedarkan Diri Sebelum ‘Tiada’

“Tidak lama kemudian, tiada kedengaran suara dia mengigau dan terus senyap. Kami pantau keadaannya tetapi dia seperti tidak sedarkan diri.

“Dia sedar sekejap dan menarik nafas kemudian diam. Dalam tiga kali dia begitu,” katanya.

Jefrie berkata, memandangkan keadaan abang agak teruk dan bibirnya mulai pucat, keluarga membawanya ke hospital.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Kami kemudian dimaklumkan dia sedang kritikal dan meminta kami terus berdoa sementara doktor berusaha tetapi sekitar jam 2.50 pagi, akhirnya abang disahkan telah tiada,” katanya.

Dikuburkan Sebelah Isteri

Jefrie berkata, arwah abang dikebumikan di sebelah kubur arwah isterinya di Tanah Perkuburan Islam Jalan Aman Sandakan.

“Alhamdulillah, semuanya telah selesai jam 8 malam tadi.

“Kami tidak mengharapkan apa-apa, kami hanya harap jika ia telah tular sebelum ini, berilah komen yang baik-baik supaya anak-anak arwah sudah besar nanti tahu kisah ibu bapa mereka,” katanya.

Ditanya nasib empat anak arwah yang kini telah menjadi yatim piatu, Jefrie berkata, bayi yang baru dilahirkan itu kini dalam jagaannya bersama isteri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Walaupun saya anak keempat dan arwah anak sulung, tetapi kami sangat rapat kerana tinggal bersama-sama.

“Jadi sebelum dia pergi, dia ada berpesan meminta saya menjaga anaknya yang baru dilahirkan itu.

“Tiga lagi anaknya masing-masing berusia lima, empat dan dua tahun kini dijaga oleh nenek mereka,” katanya.

Arwah Menaiki Van Jenazah Yang Sama

Sebelum itu, pemilik akaun TikTok Abam Botak atau nama sebenarnya, Yunizam Yusop, 36, menerusi satu video yang dimuat naiknya pada Selasa memaparkan van jenazah yang dikendalikannya terlibat dalam pengurusan jenazah arwah.

“Dua minggu lepas si isteri pergi buat selamanya saat melahirkan anak mereka, hari ini suami pula menyusul sama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Moga ALLAH jaga anak mereka,” kongsinya dalam video berdurasi 36 saat itu.

Ketika dihubungi, Yunizam berkata, dia tidak menyangka arwah yang menghubunginya dua minggu lalu juga turut menyusul pergi meninggalkan ahli keluarga yang lain.

“Minggu lalu isterinya meninggal dunia, arwah yang hubungi saya untuk pengurusan jenazah isterinya. Saya tidak sangka si suami menyusul pula hari ini.

“Van jenazah yang sama juga digunakan pada dua minggu lalu untuk arwah isterinya dan kali ini untuk membawa Allahyarham,” katanya.