Adakah suami/pasangan anda merokok?
Ramai isteri di Malaysia tidak senang apabila suami merokok. Ini sebab kita sedar tiada faedah pun datang daripada perbuatan merokok itu.
Merokok bukan saja meningkatkan risiko masalah jantung dan kanser paru-paru, malah ia juga boleh menjejaskan gaya hidup anda – terutamanya jika anda sudah berkahwin!
Kalau anda tertanya-tanya mengapa isteri selalu sangat berleter bila suami merokok, ini antara 5 sebab yang membuktikan bagaimana merokok boleh meruntuhkan rumah tangga anda:
#1 Merokok sebabkan anda dan pasangan kurang rapat
Kalau anda yang merokok, pasti anda tak sedar bau yang terhasil dari kesan perbuatan itu. Si isteri yang akan bau semuanya. Bau asap rokok akan melekat di pakaian, rambut dan kulit.
Kalau anda merokok dalam rumah, asap itu boleh melekat di perabot pula. Jika isteri jenis tak biasa dengan asap rokok, mereka pasti akan rasa tak selesa.
Sebab itu nanti mulalah mereka enggan memegang, mencium atau berada berhampiran anda. Lama-lama kalian akan jadi kurang rapat.
#2 Suami merokok membahayakan kesihatan isteri
Merokok bukan saja meningkatkan risiko masalah kesihatan pada penghisapnya. Malah yang terkena dan menghidu bau asap rokok juga boleh terkesan.
Secondhand smoke masih mengandungi toksin berbahaya yang mampu menyebabkan penyakit jantung atau paru-paru.
Hmmm… jadi ini buat kita berfikir, kalau suami merokok dan asyik menghembus asap rokok depan isteri, adakah itu tanda-tanda dia mahu isteri cepat sakit?
#3 Prestasi seks menurun
Merokok boleh menjejaskan prestasi anda di ranjang. Ini kerana merokok akan mengganggu keupayaan paru-paru untuk bernafas.
Apabila anda sukar untuk mengawal pernafasan, maka anda akan “berhenti-henti” ketika melakukan senggama. Hal ini boleh menyebabkan pasangan tak puas.
#4 Isteri rasa tidak dihargai
Mempunyai suami merokok sering membuatkan isteri rasa tidak dihargai. Mana tidaknya, merokok menghantar signal mengatakan individu tersebut tidak kisah tentang masa depan diri dan keluarganya.
Malah, suami yang merokok juga mengambil keputusan untuk tidak menghiraukan tabiat buruk ini demi keseronokan yang sementara.
#5 Suami merokok ada jangka hayat lebih pendek
Kajian telah membuktikan bagaimana rokok mampu buat jangka hayat seseorang individu menjadi 10 tahun lebih pendek.
Ini bermaksud suami yang merokok berisiko untuk “pergi dulu” 10 tahun lebih awal. Kurang 10 tahun untuk hidup dengan anak-anak dan isteri… tengok anak-anak membesar.
Anda mahu ke macam itu?
Bagaimana anda boleh bantu pasangan berhenti merokok?
Jadi, bagaimana seorang isteri boleh membantu pasangannya berhenti merokok? Kita harui mengakui dan memahami bagaimana susah untuk seorang perokok ingin membuang tabiat ini.
Sebab itu isteri harus ada di samping suami. Beri sokongan pada mereka. Mereka boleh pilih untuk berhenti merokok secara drastik atau secara perlahan-lahan.
Berhenti secara drastik mungkin akan buat badan anda terkejut, tapi ia terbukti lebih berkesan berbanding berhenti secara perlahan-lahan.
Apapun, cubalah cara yang bersesuaian dengan kemampuan pasangan. Jangan paksa mereka berhenti dengan ugutan. Anda kena bersabar dan memimpin tangan pasangan untuk sama-sama melalui fasa ini.
Sumber rujukan: YourTango.com, New England Journal of Medicine, Centers for Disease Control and Prevention
Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Philippines
Kredit gambar: Daily Star
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.combayi-meninggal-aqiqah-rokok/