8 Selebriti Kahwin Dengan Suami Muda, Jarak Usia Bukan Penghalang Untuk Bahagia!

Memilih suami muda bukanlah penghalang kepada kebahagiaan. Contohnya seperti lapan selebriti popular ini yang memilih berkahwin dengan suami pucuk muda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di zaman serba moden ini, tidak mustahil ramai wanita yang memilih untuk berkahwin dengan suami muda sebagai teman sehidup semati.

Bukan kata orang biasa saja, tapi golongan selebriti ini juga membuat keputusan untuk berkahwin dengan suami muda yang memiliki jarak umur berbeza.

Apa ingat orang yang kahwin suami muda tak boleh bahagia ke? Hmm, janganlah beranggapan sebegitu kerana kadang-kadang umur saja muda tapi pemikiran dan tingkah laku mereka jauh lebih matang berbanding lelaki yang umurnya lebih tua.

Walau apapun, umur bukanlah segala-galanya dan bukan penentu kepada kebahagiaan. Mari kita lihat lapan selebriti ini yang memilih suami muda sebagai pilihan untuk melayari bahtera rumahtangga.

8 Selebriti Popular Yang Berkahwin Dengan Suami Muda 

1) Ayu Raudhah, 33 & Zaquan Adha, 30 

Selepas hangat bercinta beberapa tahun, akhirnya Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryaan, Laura Zuleykha dan Muhammad Aisy Al-Khaliq.

Seperti yang diketahui umum Zaquan Adha mempunyai seorang kembar iaitu Aidil Safuan yang kedua-duanya merupakan bintang bola sepak kebangsaan Malaysia.

2) Rozita Che Wan, 44 & Zain Saidin, 33 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ahli perniagaan dan pelakon popular, Rozita Che Wan memilih Zain Saidin sebagai pilihan hatinya selepas beberapa tahun mengenali hati budi. Kemudian mereka dikurniakan seorang anak perempuan comel bernama Aaisyah Dhia Rana. 

Malah, Zain Saidin juga menerima dua orang anak lelaki Che Ta hasil perkahwinan dengan bekas suaminya dahulu. Hubungan anak beranak itu kelihatan cukup akrab. 

3) Ella, 51 & Azhar, 35

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penyanyi yang popular dengan lagu irama rock, Ella memilih Azhar sebagai teman hidupnya. Untuk pengetahuan Azhar merupakan seorang juruterbang. 

Meskipun jarak umur antara mereka sangat jauh berbeza, namun pasangan ini tetap bahagia menempuhi kehidupan dalam berumahtangga. 

4) Fazura, 34 & Fattah Amin, 27 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika pasangan ini dikatakan sedang hangat bercinta, peminat kedua-duannya meletakkan hashtag #Fattzura setiap kali update gambar mereka di Instagram. 

Apatah lagi, bibik cinta itu mulai terbit ketika Fazura dan Fattah Amin bergandingan buat pertama kali dalam Drama Hero Seorang Cinderella. 

Akhirnya, cinta Fazura terbukti buat Fattah Amin. 

5) Awin, 35 & Izzue Islam, 27 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semasa ingin berkahwin, nama Izzue Islam pada ketika itu sedang meningkat naik hingga dia terlalu berahsia untuk tidak berkongsi siapa pemilik hatinya. 

Namun akhirnya segala persoalan terjawab apabila Izzue berkahwin dengan Awin yang juga merangkap sebagai pengurus peribadinya dalam industri hiburan ini. 

6) Linda Onn, 40 & Ungku Azhar, 38

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nama Linda Onn pernah sedikit suram suatu ketika apabila tiada lagi gosip tentang dirinya kedengaran.

Namun dalam diam-diam, rupanya dia menjalin cinta dengan jejaka bernama Ungku Azhar sehingga berkahwin. 

Perkahwinan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Ungku Zara Ungku Azhar. 

7) Mia Ahmad, 31 & Izham Tarmizi, 28 

Semasa detik perkenalan, Izham memulakan langkah pertama dengan menghubungi Mia menerusi aplikasi laman sosial Twitter meskipun pada mulanya Mia tidak memberi sebarang respon.

Namun setelah melihat kesungguhan Izham, maka Mia menerimanya sebagai rakan sehingga setahun perkenalan.

Resepsi kedua-duanya diadakan di Taiping sebelah keluarga Mia manakala Marang Terengganu bagi sebelah keluarga lelaki.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang bayi comel yang diberi nama Sayf Issa

8) Sheila Majid, 54 & Acis, 48 

Ratu Jazz, Datuk Sheila Majid berkahwin dengan Hashridz Murshim Hassim atau Acis, seorang bekas pemain keyboard untuk Kumpulan Gersang selepas dua tahun menjalin cinta.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Khadeja Zaireen Murshim dan Khalefa Laila Murshim.

Buat anda yang mungkin belum tahu, Datuk Sheila Majid pernah berkahwin dengan pemuzik terkenal Roslan Aziz dan dikurniakan dua cahaya mata Wan Nur Khaleda dan Megat Abdul Majid Aziz.

***********

Semoga mahligai cinta lapan selebriti ini berkekalan abadi hingga ke Syurga.  

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga 

https://my.theasianparent.comperkahwinan-artis