Kenapa suami nak kahwin lagi?
Kadang-kadang, perkahwinan yang bahagia pun boleh dilanda badai. Ada yang dicabar dengan dugaan dalam bentuk suami nak kahwin lagi.
Kes seperti ini pasti akan melukai hati setiap isteri. Mulalah para isteri akan tertanya-tanya, apa salah mereka? Kenapa suami nak kahwin lagi? Adakah suami sudah tidak mencintai mereka lagi?
Sebenarnya, untuk soalan pertama: ini bukan salah anda.
Ia bukan salah anda jika anda sudah cuba menyelamatkan rumah tangga dan berusaha untuk bercakap dengan suami.
Ada banyak sebab lain kenapa suami nak kahwin lagi. Salah satu daripadanya adalah kerana 9 sebab ini:
9 sebab kenapa suami nak kahwin lagi
1. Dia rasa serba kekurangan dengan diri
Biasanya, suami akan mula buat perangai dan mahu kahwin lagi apabila berganjak ke usia pertengahan. Ramai orang cakap ini kerana mid-life crisis.
Suami mungkin rasa dia tidak cukup kacak, kaya atau bijak kerana dia semakin tua. Jadi dia cuba untuk mencabar dirinya dan mendapatkan perhatian atau penghargaan dari wanita lain.
Dia tak mahu penghargaan dari isteri kerana dia tidak mahu orang yang sama.
2. Dia mahu kawan (lain)
Kita tak boleh nak memenuhi kehendak semua orang. Bagi suami nak kahwin lagi, mereka ini sebenarnya mungkin mencari sesuatu yang “hilang” dalam pasangan mereka.
Oleh sebab dia tak mampu nak ucapkan benda itu pada isteri, dia pilih jalan untuk kahwin lain.
Benda yang hilang ini mungkin benda berkaitan emosi atau keinginan seksual.
3. Dia keliru antara tanggungjawab dan rasa dilamun cinta
Ada suami nak kahwin lagi semata-mata kerana tertipu dengan rasa dilamun cinta. Rasa dilamun cinta dengan wanita lain akan mencetuskan samaran yang mengatakan itu “cinta”.
Tapi sebenarnya dia lupa yang sesebuah perkahwinan bukan hanya bergantung pada cinta semata-mata. Ia melibatkan tanggungjawab juga.
4. Suami tidak matang
Ada sesetengah lelaki yang suka rasa spontan dan bebas. Jadi apabila dia terikat dengan perkahwinan, dia rasa dirinya tidak lagi seperti dulu.
Oleh sebab mahu kembali bebas, dia mungkin lupa yang dia sudah beristeri, maka mulalah perangai “bujang” itu keluar.
Selepas jatuh cinta dengan wanita lain, dia akan ambil keputusan untuk mengahwininya pula, tanpa menyedari dia sedang berputar dengan perbuatan yang sama!
5. Dia mahu memutuskan hubungan dengan anda
Dia sebenarnya memilih untuk berkahwin lain kerana dia mahu memutuskan hubungannya dengan anda.
Tapi dia tidak berani untuk memberitahu anda. Jadi sebab itu dia curang. Tidakpun, dia ingin memastikan lepas dia menceraikan anda, dia ada pengganti.
6. Harapan yang setinggi gunung!
Suami nak kahwin lagi kerana dia menganggap pasangan harus memenuhi kehendak dan keperluannya 24/7, 365 hari setahun!
Apabila harapan yang setinggi gunung itu tidak dicapai, dia mula merasai wanita yang dikahwininya itu adalah wanita berbeza yang bukan untuk dirinya.
7. Dia mementingkan diri sendiri
Dalam kebanyakan kes, suami nak kahwin lagi hanya akan memikirkan tentang dirinya saja. Dia takkan kisah dengan perasaan si isteri.
Sebab itu dia senang-senang boleh menipu dan menyimpan rahsia tanpa rasa bersalah.
8. Dia rasa dia istimewa
Mungkin si suami merasakan dia terlalu istimewa dan unik sehingga dia sepatutnya berkahwin satu lagi, walaupun ketika dia tidak mampu.
Dia menganggap berkahwin satu lagi ada kuasa sebenar seorang lelaki dan dia harus mencapainya.
9. Dia marah dan mahu membalas dendam
Suami nak kahwin lagi juga mungkin sebab dia memarahi dan mahu membalas dendam pada pasangannya.
Apa yang dia fikir sekarang adalah untuk “melukakan” hati pasangan sepertimana hatinya terluka. Jadi dia ambil keputusan itu.
Kita memang tak boleh halang kes curang dalam perkahwinan daripada berlaku. Jika pasangan ingin curang dan berkahwin satu lagi, walau apapun yang kita buat, dia akan buat kehendaknya juga.
Tapi kita juga boleh menyelamatkan rumah tangga yang dibina ini. Bagaimana caranya? Caranya dengan berkomunikasi secara mendalam bersama pasangan.
Dekatkan kembali diri anda dan dirinya. Berbincanglah demi keluarga kalian.
Artikel diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore
Kredit gambar: BetterMe.tips
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comtanda-suami-curang-perempuan-simpanan/