Ingatkan Suami Sibuk Bekerja, Hancur Hati Isteri Dapat Tahu Suami Nikah Lagi Hanya Melalui IG!

Setelah perkahwinan dilalui selama 7 tahun dengan seorang anak, isteri ini terpaksa menerima hakikat yang si suami menduakannya...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkahwinan yang bahagia ke akhir hayat dan tanpa kehadiran orang ketiga menjadi dambaan setiap pasangan suami isteri. Tetapi apa yang akan berlaku sekiranya suami menikah lagi tanpa pengetahuan isteri, tambahan pula si isteri tahu dari media sosial?

Tapi pelik bagaimana sistem poligami di Indonesia, prosedur poligami di Malaysia, perlu dapat persetujuan isteri dulu.

Nah, pasti hati seorang isteri akan hancur remuk, sedih, kecewa dan marah pada masa yang sama membuatkan perasaan tidk dapat diungkapkan. Mana-mana perempuan pun akan tidak tahu bagaimana untuk respon sekiranya ini terjadi.

Isteri Minta Maaf Atas Kelemahannya, Ini Mungkin Sebab Suami Menikah Lagi

Inilah kenyataan yang terjadi kepada seorang wanita yang menggunakan akaun Facebook Ochy Amay.

Berdasarkan satu posting di Facebook peribadinya, Ochy yang merupakan seorang warga Indonesia meluahkan apabila mengetahui si suami menikah lagi dengan wanita lain tanpa pengetahuannya.

Sebaik sahaja mengetahui suaminya menikah tanpa pengetahuannya, wanita ini terus berasa ada banyak kesalahan yang menyebabkan suaminya kahwin lagi. Ochy meminta maaf kepada suaminya namun mengakui berasa patah hati setelah mengetahui kenyataan yang terlalu sedih itu.

“Tidak ada manusia yang sempurna, jadi saya minta maaf sekiranya selama menjadi isteri saya banyak membuat awak kecewa dan sakit hati. Kerana Allah,  saya mengetahui yang awak berkahwin lagi.” kata Ochy.

“Isteri mana yang tidak ahncur hatinya. Saya sangat percayakan awak tapi saya dikhianati sebegini. Tetapi ini semua mungkin kerana sikap saya yang membuatkan awak memilih wanita lain, saat saya nak betulkan kesalahan. Nampaknya semua sudah terlambat.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ochy turut mendoakan agar suami hidup bahagia dengan wanita pilihannya. Dia harus akur dan mengharapkan dia boleh redha dan bertahan bersama anak-anaknya.

Dapat Tahu Suami Kahwin Menerusi Instagram Sahaja

Tambah sayu, Ochy mendapat tahu mengenai pernikahan suaminya melalui Instagram sahaja. Semasa itu, wanita itu hanya ingin untuk mengakhiri hidupnya dan tidak sanggup menanggung patah hati akibat suami yang selama ini dipercayai.

“Kali pertama saya buka Instagram dan jumpa gambar awak kahwin lagi, saya rasa tangan bergetar dan tidak sangka sama sekali. Hati saya hancur, saya fikir lebih baik mati daripada terus sakit hati macam ni,”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Kenapa awak boleh menipu saya, sedangkan awak pun tak mahu ditipu. Saya rasa kalau curang itu boleh dimaafkan lagi, tetapi kalau sampai bernikah ini sememangnya tidak wajar kerana sayaa juga ada hati!”

Ochy merasa sungguh kecewa, apatah lagi dia dan suaminya sudah berkahwin 7 tahun malah sudah ada anak bersama. Sebelum kejadian ini, Ochy hanya mengetahui suaminya bekerja mencari nafkah untuk dia dan si anak.

“Kalau semua ini tidak terbongkar, mesti saya masih fikir awak masih bekerja sebab itu belum pulang. Tetapi kenyataannya awak tak pulang sebab menemani isteri baru di sana…”

Suami Nikah Lagi Tanpa Pengetahuan Isteri Dari Segi Undang-Undang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Suami berpoligami tanpa pengetahuan atau izin isteri bukan lagi satu isu yang baru di dalam masyarakat Islam. Persoalan yang sering ditimbulkan adalah sama ada izin isteri untuk suami berpoligami adalah suatu kemestian atau sekadar pemberitahuan semata.

Merujuk kepada perundangan undang-undang Islam di Malaysia berkaitan isu poligami adalah masih lagi longgar dari segi prosedur dan praktis.

Seksyen 23 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan bahawa suami perlu mendapatkan dan mengemukakan satu kebenaran bertulis di mahkamah untuk berpoligami.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Manakala seksyen 23 (4) Enakmen tersebut menggariskan beberapa prosedur untuk suami yang ingin berpoligami. Mahkamah akan meneliti mengenai alasan-alasan yang dikemukakan oleh suami untuk berpoligami, antaranya ialah seperti :-

  1. pendapatan suami pada masa itu
  2. butir-butir tangungan kewangannya
  3. bilangan orang yang ditanggungnya
  4. izin atau pandangan isteri yang sedia ada diperolehi.

Manakala seksyen 23 (5) Enakmen tersebut menyatakan apabila menerima permohonan itu, mahkamah akan memanggil suami, isteri yang sedia ada, bakal isteri, wali kepada bakal isteri dan mana-mana orang lain untuk memberi keterangan terhadap perkahwinan tersebut.

Terdapat beberapa kes Mahkamah memanggil isteri sedia ada untuk memberi pandangan mereka terhadap permohonan poligami suaminya. Ini sememangnya satu tindakan yang wajar kerana isteri sedia ada sudah bertahun-tahun tinggal bersama suaminya dan dia lebih tahu tentang suaminya daripada orang lain.

Persoalan kemampuan suami untuk berlaku adil antara isteri-isteri adalah penting untuk ditentukan dan tiada siapa yang lebih layak memberi pandangan selain daripada isteri sedia ada.

Di Selangor, seorang suami yang ingin memohon berpoligami perlu mengikuti sesi kaunseling untuk perbincangan, nasihat dan untuk mendapatkan panduan. Kemudian, dia dikehendaki mengisi borang 1B, iaitu borang permohonan berpoligami.

Suami kemudiannya perlu membuat Akuan Bersumpah di hadapan Ketua Pendaftar atau Pendaftar atau Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar bagi kariah masjidnya dengan membawa dua orang saksi lelaki.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seperti yang dinyatakan, walaupun secara teorinya ada peruntukkan undang-undang tentang keizinan isteri sebagai salah satu pertimbangan yang wajar dilihat oleh Mahkamah Syariah dalam memberi kebenaran berpoligami.

Namun realitinya, isteri hanya diminta menandatangani borang permohonan sahaja. Walau bagaimanapun, seksyen 23 (8) Enakmen tersebut menyatakan bahawa jika suami tidak mematuhi prosedur yang ditetapkan, maka suami perlu  dengan serta membayar jumlah mas kahwin dan pemberian kepada isteri yang sedia ada.

Secara kesimpulannya dapat dinyatakan disini bahawa keizinan isteri dalam memberi kebenaran untuk suami berpoligami adalah salah satu prosedur merujuk kepada Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kalau Tak Pandai Berlaku Adil Jangan Mimpi Nak Beristeri Lebih Dari Satu

Penulis

Beto Rahman