Wow, hensemnya lelaki itu! Mata coklat, baju berkolar, berseluar jeans biru. perghh memang hati perempuan boleh cair. Tapi…alamak ada isteri dah la, seorang anak pulak tu. Melepas! Persoalannya betul ke suami orang ini
lebih kacak dan menarik jika dibandingkan dengan lelaki bujang?
Perbualan ini sedikit sebanyak menggambarkan bahawa suami orang nampak lebih berkarisma dan menarik berbanding lelaki yang belum berkahwin.
Sebab itu, rata-rata anak dara sukar nak cam sama ada seseorang lelaki itu masih bujang atau sudah berkahwin.
Disebabkan tak dapat nak kesan dengan betul sampailah mereka tersalah pilih suami orang sebagai suami sendiri. Ini yang buat para isteri takut jika suami dirampas orang ketiga.
Suami orang lebih berseri selepas berkahwin?
Berdasarkan kajian yang dikeluarkan oleh Journal Of Experimental Social Psychology, mendapati 90% wanita bujang lebih berminat kepada lelaki yang mereka percaya sudah berkahwin! haish biar betul ni.
Malahan, seri selepas berkahwin ini merupakan kepercayaan yang mungkin ada kebenarannya.
Hal ini kerana, kita sering mendengar berita tular tentang gosip seorang wanita bujang yang mempunyai hubungan sulit dengan suami orang.
Maksud berseri itu sebenarnya bukan dari sudut paras rupanya sahaja tapi dari segi wang, pangkat dan juga kekayaannya.
Kenapa kami mengatakan sebegitu sebabnya, lelaki yang dalam usia umur sekitar 30an dan 40 an kebiasannya sudah pun berkahwin dan mempunyai kewangan yang lebih kukuh untuk menampung kehidupannya sendiri dan
pasangannya.
Bukan dalam drama saja suka lelaki orang, realiti pun ada juga!
Rampas suami orang ini biasanya kita tengok dalam drama televisyen dan internet sahaja tapi sebenarnya ia berlaku juga di alam realiti ini.
Sebab itu banyak sangat kes tular di Facebook yang membabitkan suami orang dengan perempuan bujang. Maksudnya, lelaki sudah berkahwin ini lebih menariklah, kan?
Apapun, perempuan bijang yang berani mati inginkan suami orang ini memang betul-betul bersedia menghadapi apa saja cabaran yang bakal dilalui dengan isteri lelaki terbabit.
Manusia dilahirkan untuk berpasangan
Jika diikutkan, semua spesies yang ada di atas muka bumi ini adalah diciptakan untuk memiliki pasangan.
Walaubagaimanapun, bagi haiwan proses biologi ini mungkin tidak memberikan kesan yang mendalam tapi biasanya mereka akan bergaduh untuk merebut pasangan yang merupakan aspek dalam kehidupan haiwan.
Namun, ia berbeza dengan manusia yang mempunyai peradaban paling sempurna di muka bumi ini.
Ini kerana kita diberikan akal dan perasaan untuk memiliki pasangan bukan untuk memenuhi nafsu semata-mata tapi untuk meluahkan rasa cinta dan kasih sayang.
Sebab itu, istilah rampas merampas ini sepatutnya tidak wujud namun ia masih berlaku bila perkara sedemikian di luar kawalan manusia.
Disebabkan itulah, ada sesetengah wanita tidak dapat mengawal kehendaknya dengan memilih dan tertarik dengan lelaki yang sudah berkahwin.
Walaubagaimanapun, isteri tidaklah perlu nak mengongkong suami 24 jam kerana takut mereka dibayangi rasa cinta dengan wanita lain.
Tapi cukuplah sekadar memenuhi keperluan suami dan buatkan dirinya rasa bahagia dengan isteri setiap hari.
Apa yang boleh dilakukan seperti menyediakan makanan kegemarannya, melawa di hadapan suami, pandai menjaga anak, bijak ambil hati dan sebagainya.
Ha..pada para suami pula, walaupun anda nampak berseri dan kacak melebihi lelaki bujang tapi AWAS ya jangan jadikan itu sebagai senjata untuk menaruh perasaan pada perempuan lain.
Tips suami isteri bahagia
– Selalu melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
– Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
– Jaga mulut dan badan supaya tidak berbau untuk suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
– Menukar gaya penampilan untuk mengelakkan pasangan jemu dengan anda.
– Mencipta suasana harmoni dalam rumah tangga.
– Jika bergaduh ingat kembali saat perkenalan kalian dahulu contohnya bagaimana bibit percintaan bermula.
Semoga bermanfaat!
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Free Malaysia Today
Gambar: Astro Gempak
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga