Isteri dikutuk netizen, Izzue Islam dan Awal Ashaari tak malu tampil backup isteri

2 contoh suami pertahankan isteri yang dilakukan Izzue Islam dan Awal Ashaari ini wajar dicontohi oleh semua suami di luar sana. Backuplah isteri anda itu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terjebak dalam bidang hiburan atau berkahwin dengan artis terkenal Malaysia akan membuatkan anda “tidak boleh lari” dari kritikan dan kutukan masyarakat. Ada saja yang tidak kena di mata masyarakat.

Sebab itu, ramai isteri yang mendambakan suami pertahankan isteri dalam beberapa perkara.

Perkara inilah yang terjadi baru-baru ini apabila isteri Izzue Islam dan isteri Awal Ashaari – Scha Al Yahya dikecam teruk oleh netizen sehingga kedua-dua suami ini tampil mempertahankan isteri masing-masing.

Suami pertahankan isteri – Kisah Izzue Islam

Sememangnya, perbuatan suami pertahankan isteri yang dilakukan Izzue Islam dan Awal Ashaari ini wajar dicontohi oleh para suami di luar sana. Lagipun, bukankah tugas suami untuk melindungi isterinya?

Penyanyi Izzue Islam amat terkilan apabila isterinya, Awin Nurin menjadi mangsa fitnah laman sosial baru-baru ini.

Sampai hati masyarakat melemparkan tuduhan Awin mengamalkan ilmu hitam untuk “mengikat” suaminya! Semuanya kerana Awin dikatakan “tidaklah cantik mana” dan tidak sesuai dengan Izzue Islam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Izzue Islam yang berang dengan tohmahan tersebut tidak mendiamkan diri. Sebaliknya, dia yang berang telah memuatnaik sebuah video di akaun IG peribadinya.

https://www.instagram.com/p/BkKnBhWhriR/?utm_source=ig_embed

Video tersebut datang dengan kapsyen 

“Video ini khas buat netizen yang suka mengutuk dan mencaci ciptaan Allah. Muka macam berok inilah baru lawa dan kacak, bukan? Syurga untuk kalian!”

Menerusi video tersebut, isteri Izzue Islam didapati memakai topeng monyet dan berjalan dengannya di sebuah mall. 

Win sungguh cara suami pertahankan isteri ini! 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Suami pertahankan isteri – Kisah Awal Ashaari

Lain pula kisahnya dalam isu suami pertahankan isteri buat Awal Ashaari ini. Beliau naik berang selepas netizen mula menghina stail baru rambut isterinya, Scha Alyahya.

Pelakon dan pengacara Scha Alyahya memang antara ikon terkenal yang menjadi idola dalam bab berfesyen. Namun, fesyen rambut baru Scha untuk Hari Raya tempoh hari tiba-tiba menjadi tumpuan ramai!

Bermacam-macam kutukan dilemparkan kepadanya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akan tetapi, Awal Ashaari tidak mendiamkan diri. Sebaliknya, beliau bangun mempertahankan isterinya itu. 

Di dalam komen IG yang sama, Awal telah membalas komen-komen netizen dengan cara yang “paling makan dalam”.

Awal mengatakan terpulanglah pada isterinya itu ingin menggayakan rambut yang disukainya. Lagipun, Scha sudah bosan berambut panjang. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wah, ha padan muka siapa asyik kutuk-kutuk itu!

Bagusnya apabila suami pertahankan isteri

Tindakan kedua-dua artis terbabit wajar dicontohi. Apa salahnya jika suami pertahankan isteri?

Lebih-lebih lagi dari kutukan dan kritikan yang tidak sewajarnya! Masyarakat sekarang suka memberi kutukan dan hukuman seolah-olah mereka tahu cerita sebenar dan kisah di sebalik sesuatu perkara.

Jadi suami, jadikanlah tindakan kedua-dua artis ini sebagai contoh yang wajar anda ikut. Barulah isteri anda boleh rasa tenang dan selamat jika dia tahu ada insan yang akan mempertahannya.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comsuami-bela-isteri-hadapan-mertua/

 

Penulis

Ayu Idris