Suami Temui Rangka Anak Isteri, Disyaki Meninggal Sebelum Covid & Sempat Tulis Luahan Hati Yang Kecewa

Suami temui rangka anak isteri di dalam sebuah rumah. Mereka disyaki meninggal sejak tahun 2018 dan turut menulis luahan hati di dinding

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang suami menemukan rangka anak dan isteri di dalam rumah selepas bertahun-tahun tinggalkan mereka. Katanya dia hanya datang untuk ambil barang miliknya yang ada di rumah itu.

Difahamkan, lelaki yang bernama Mudjoyo Tjandara pelik kerana rumah didiami oleh anak dan isterinya berkunci seperti tiada orang di dalam.

Dari situ dia meminta bantuan orang kampung untuk memecahkan pintu rumah tersebut dan terus mencari kelibat dua beranak itu di dalam.

Suami Temui Rangka Anak Isteri

Keadaan betukar hiba apabila si suami menemukan isteri, Indah Hayati, 55 tahun dan anak, Elia Imanuel Putra, 24 tahun sudah menjadi rangka di atas katil masing-masing.

Mereka berdua berada di sebuah rumah yang dalam keadaan terbiar. Rumah ungu tempat rangka ditemui itu kelihatan dipenuhi rumpai di luar. Manakala cat pula sudah pudar kerana sudah lama tidak diselenggara, maka keadaannya seperti rumah kosong.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jiran Kata Tidak Pernah Ada Bau Mencurigakan

Kata jiran-jiran terdekat, mereka tak pernah bau yang mencurigakan dari rumah wanita itu kerana mereka menganggap dua beranak itu telah berpindah.

Yang membuatkan mereka yakin mereka tiada lagi di rumah tersebut apabila Indah meletakkan papan tanda rumah untuk dijual, tambahan pula lampu rumah itu tak menyala bila malam.

Jelas Mudjoyo, dia sudah tinggalkan rumah itu sejak 2014 dan kali terakhir berhubung dengan anaknya pada November 2018 namun tidak mengesyaki apa-apa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Susulan itu, pihak polis sedang giat menyiasat sebab dua beranak itu meninggal dan mencari saksi kejadian.

Selain kejadian itu, turut menjadi tumpuan adalah permukaan dinding dalam rumah terbabit penuh dengan tulisan luahan panjang yang ditujukan kepada Mudjoyo.

Tulisan Luahan Di Dinding

Tulisan ditemui di dinding rumah di ruang tamu dan bilik tidur tempat rangka Indah dan Elia ditemui. Tulisan itu mengandungi mesej yang ditujukan kepada Mudjoyo Tjandra, suami Indah atau bapa Elia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tulisan yang didakwa ditulis oleh Indah berbunyi:

‘Kalau awak kahwin lagi, saya harap awak tak sakitkan hati isteri ketiga awak nanti. Saya nampak awak dah melamar isteri baru kan? Orang dari Ciamis yang mengambil gambar dengan anda. Digunakan di FB Hendra Setiawan. Di ruangan komen tertulis anda ingat kerana gagal menjalinkan hubungan dengan isteri pertama, Leony Maria Theressia.

‘Saya minta rumah ini didermakan untuk masjid Tanimulya. Jika Mudjoyo Tjandra tidak menyerahkan masjid untuk dibina di tempat ini, bermakna dia telah menjadi penjenayah kerana merampas hak saya dan penduduk Tanimulya untuk penduduk RT 10. Tuan RT tolong kumpulkan ini. rumah dan ia mesti menjadi masjid untuk kematian saya.’

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disyaki juga Elia turut meninggalkan mesej di dinding ruang tamu.

Elia tulis ‘Saya cuma minta duit sekolah tapi awak memang macam tu. Dia kata, capai impian awak setinggi langit, tapi awak tak dukung saya dengan duit sekolah. Maaf saya tidak boleh menjadi anak yang sempurna kerana tiada manusia yang sempurna. Anda juga meninggalkan isteri anda kerana anda menuntut dia menjadi sempurna. Tetapi ketahuilah, hanya Allah yang sempurna’.

Ketua Polis Daerah Cimahi AKBP Tri Suhartanto berkata, tulisan yang ditemui di dinding rumah itu disyaki perasaan Indah dan Elia sebelum meninggal dunia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan