Terlanjur Dengan Ipar Sendiri, Pasangan Curang Ini Nekad Buang Bayi Hasil Hubungan Haram

Seorang lelaki yang berusia 24 tahun ini curang dengan adik iparnya yang berusia 17 tahun. Dari mana si lelaki ini mendapat idea gila ini tidak tahulah. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sudahlah berlaku curang dengan adik ipar sendiri, suami terlanjur dengan perempuan lain sampai mengandung, dah bersalin dibuangnya pula bayi itu. Aduh! Manalah pergi sifat kemanusiaan orang zaman ini?

Hubungan terlarang

Cerita suami main kayu tiga itu memang selalulah terjadi, tapi curang dengan melakukan hubungan haram tu jarang-jaranglah berlaku. Malah suami terlanjur dengan perempuan lain itu sudah cukup hebat tamparannya. Namun itulah yang terjadi di Indonesia baru-baru ini. 

Seorang lelaki yang berusia 24 tahun ini curang dengan adik iparnya yang berusia 17 tahun. Dari mana si lelaki ini mendapat idea gila ini tidak tahulah. 

Hancur hati isteri apabila mengetahui suami yang dipercayainya telah bermain kayu tiga dengan adik kandungnya sendiri. Sungguh tak berhati perut adiknya itu!

Buang bayi akibat, suami terlanjur dengan perempuan lain

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pasangan ini telah pun ditangkap kerana dipercayai telah membuang bayi mereka di sekitar kawasan perumahan mereka. Jiran-jiran di kawasan perumahan itu mendengar tangisan bayi itu ketika sedang berjalan di kawasan tempat bayi itu dibuang. Dah hasil siatan mendapat ianya adalah hasil daripada perbuatan sumbang pasangan tersebut.

5 perubahan selepas pasangan curang

#1. Berjuang untuk percaya pasangan anda sepenuhnya (semula)

Kembali mempercayai pasangan adalah benda utama yang anda perlu lakukan. Ya, memang susah kerana anda akan ingat semula apa yang pasangan lakukan dan bagaimana dia mengkhianati kepercayaan anda dulu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Psikologi Today mencadangkan agar anda mengutarakan perasaan anda.

Anda ada hak untuk bertanya soalan dan memberitahu tentang perasaan anda. Berkomunikasi dan menjadi lebih terbuka adalah penting untuk memulakan semula hubungan yang telah rosak.

Pasangan yang telah curang pula perlu membuktikan perlahan-lahan yang anda ingin mengubah diri anda dan menjadikan hubungan anda lebih baik dari sebelumnya.

Mengembalikan kepercayaan merupakan proses yang panjang dan memakan waktu. Tapi seperti masalah lain, untuk menyelesaikannya anda perlu melaluinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Rasa rendah diri

Selepas dikhianati oleh orang yang kita cintai, sudah tentu kita akan mepersoalkan diri sendiri. Adakah saya tidak menarik lagi? Atau tak cantik? Kenapa dia curang?

Pertanyaan seperti ini boleh menimbulkan rasa rendah diri kerana risau pasangan curang kerana kesalahan kita sendiri.

Salah satu cara terbaik untuk mengembalikan kepercayaan diri adalah dengan memberikan waktu untuk diri anda. Jauhkan diri dengan pasangan buat seketika.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara ini boleh mengembalikan keintiman anda dan pasangan serta memperbaiki komunikasi yang mula renggang.

Selain itu, ia memberi anda masa untuk berfikir sama ada perkahwinan anda layak diselamatkan atau tidak.

#3. Libido (nafsu seks) tidak menentu

Selepas pasangan curang, anda sebagai pasangan yang dikhianati perlu berusaha keras untuk menghidupkan kembali kehidupan seksual anda.

Ya, mungkin hasrat seksual pada pasangan tetap ada, tapi ia boleh dikalahkan dan dikuasai oleh emosi lain. Rasa kecewa, sedih, marah, tidak percaya, atau emosi lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada pula yang melihat pasangan menjadi lebih menarik dan timbul rasa rindu untuk bersama semula. Bagi beberapa pasangan, hubungan intim menjadi cara untuk mereka mula berkomunikasi semula.

Bagaimanapun, membaiki kembali perhubungan intim juga mengambil masa, jadi anda tak perlu terburu-buru.

#4. Membalas dendam

Salah satu perasaan semula jadi yang boleh dirasakan oleh orang yang dikhianati ialah keinginan untuk membalas dendam. Anda ingin pasangan anda merasa sakit yang anda rasai.

Tapi, jangan diikutkan perasaan anda. Membalas dendam bukan cara yang terbaik untuk memperbaiki hubungan anda.

Jika anda bergaduh, jangan ungkit kecurangan yang pasangan anda lakukan kerana ia akan menyakitkan anda dan pasangan anda dan hanya akan meretakkan lagi hubungan anda.

#5. Tertekan

Sudah tentu anda akan merasa tertekan apabila mengetahui yang pasangan anda curang. Tapi perasaan ini boleh digantikan dengan memikirkan benda-benda yang baru.

Seperti, belajar mencintai diri anda sendiri atau kembali mengejar cita-cita yang tertangguh.

Tina B, seorang terapi psikologi berkata, kadang-kadang curang boleh menyelamatkan sesebuah perkahwinan kerana selepas curang, anda boleh memberi komitmen yang lebih terhadap rumah tangga kerana tidak ada perkahwinan yang boleh menjamin anda selamat dari orang ketiga.

Oleh kerana itu, jika anda berjaya menyelamatkan perkahwinan anda selepas pasangan curang, perkahwinan anda akan lebih kuat dari sebelumnya!

Sumber: Kisah Dunia, Tribun News

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcurang-dalam-perkahwinan-tips