Tak dapat dibayangkan bagaimanakah perasaan seorang isteri bila suami tersayang akhirnya pergi dengan terlalu cepat dalam usia yang muda.
Bayangkan pada bulan ini sahaja kita dikejutkan dengan berita pemergian dua selebriti terkenal iaitu Pelawak dari kumpulan Bocey, Allahyarham Abam Bocey dan Ashraf Sinclair.
Namun begitu, di saat pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair, seorang pengguna yang menggunakan nama Susylawati Faizol berkongsi sekeping gambar yang memaparkan keadaan isteri Ashraf iaitu Bunga Citra Lestari yang kelihatan sugul sambil menahan air mata yang tidak henti-henti mengalir.
Suami tersayang pergi buat selamanya, hargai mereka selagi ada
Dalam pada itu, Susylawati meluahkan perasaan bahawa jika situasi sedemikian berlaku kepada kita. Adakah kita sudah bersedia?
Berita pemergian Ashraf itu membuatkan Susylawati berasa insaf kerana dia sering bermasam muka dengan suaminya.
Lantas wanita ini berpesan supaya orang ramai sentiasa menyayangi keluarga dan pasangan masing-masing. Jadikan hari ini ibarat hari terakhir kita dengannya.
Berikut ini perkongsiannya:
Tak boleh bayangkan, pasangan kita tiba-tiba pergi secara mengejut.
Adakah kita bersedia?
Masa baca berita pasal arwah suami BCL pagi tadi terus rasa insaf sebab kerap bermasam muka dengan suami sendiri dalam dua ke tiga hari.
“Cinta dan sayangilah pasangan dan keluarga seperti hari ini hari terakhir mereka”
Suami tersayang, hargai pasangan selagi masih bernyawa
Rata-rata peminat dan netizen mengucapkan takziah dan mendoakan Ashraf Sinclair ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan para solihin di Syurga.
Selain daripada menyayangi pasangan, kita juga digalakkan menghargai keluarga kita sebelum menyesal di kemudian hari tidak kira, abang, kakak, adik, ibu, ayah, saudara mahupun sahabat handai. Hargailah mereka selagi
bernyawa.
Cara menghargai pasangan
#1. Sentiasa memuji pasangan
Sebenarnya pujian ini dapat menggembirakan sesiapa sahaja apabila mendengarnya.
Jadi, sebaik itu jangan pernah kedekut untuk memuji pasangan anda setiap hari tidak kira dari segi makanan yang disediakan, komitmen menjaga anak- anak, rezeki yang dicari dan sebagainya.
Pendek kata, puji sahaja dirinya dengan rasa senang tanpa berpura-pura.
#2. Kerap luahkan kata sayang
Dengan menjalinkan hubungan ini dapat menunjukkan kasih sayang anda pada dirinya. Sedangkan ucapan sayang itu sendiri sepatutnya diungkapkan setiap hari.
Ia sekaligus dapat menunjukkan bahawa dirinya benar-benar dihargai lantas membuatkannya mempercayai anda sampai bila-bila.
#3. Mendengar luahan hatinya
Isteri mungin ada menyimpan banyak perkara mengenai suaminya. Jadi, minta dia beritahu apa yang tidak memberi kepuasan di hatinya supaya anda mengetahui perkara tersebut dan membantu meringankan apa yang tersimpan selama ini.
#4. Elak keganasan dalam rumah tangga
Kita faham sesetengah orang tak mampu mengawal kemarahan sehingga melakukan keganasan dalam rumah tangga.
Bukan itu sahaja, kata-kata kesan itu mampu melukakan hati seseorang jadi elakkan melakukan perkara yang sama dari sudut fizikal, emosi mahupun mental.
#5. Setia terhadap pasangan
Sekiranya melihat si dia sentiasa patuh dan setia dengan anda cubalah lakukan perkara yang sama seperti dirinya.
Paling tidak, cubalah untuk setia kembali kepadanya yang pasti membuatkan dirinya rasa sangat senang dan gembira.
Ini kerana, sikap setia itu tidak boleh daripada sebelah pihak sahaja tapi kedua-duanya perlu menanam sikap ini.
#6. Sentiasa bersyukur
Setiap pagi selepas bangun dari tidur, titipkan dalam hati perasaan bersyukur kerana dikurniakan anak-anak yang sihat, suami yang membahagiakan, isteri yang taat serta keluarga yang bahagia.
Selain itu, sentiasa rasa bersyukur masih ada rumah, makanan, pekerjaan dan tubuh badan yang sihat.
#7. Lihat muka yang tercinta
Setiap pagi juga ambil sekurang-kurangnya 15 minit untuk mengamati muka dan wajah orang dikasihi. Ini kerana dari muka mereka kita akan belajar rasa bersyukur dan menghargai.
#8. Ucapan pagi, petang dan malam
Bangun pagi ucapkan i love you, kemudian petang pula ucapkan terima kasih dan malam ucapkan berehat.
Walaupun tiga ucapan ini nampak mudah tapi ia dinantikan oleh pasangan anda terutama sang isteri.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber : Erin Sakura
Kredit gambar: Instagram
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.comkunci-rumah-tangga-bahagia