Rumah tangga suami tinggi isteri rendah akan LEBIH BAHAGIA dan romantik - betul ke?

Betul ke rumah tangga suami tinggi isteri rendah lebih bahagia dan romantik? Kajian mendedahkan jawapan sebenar yang pasti akan mengejutkan anda!

Suami tinggi isteri rendah satu formula kebahagiaan rumah tangga? Biar betul? Tapi percayalah, ini yang dibuktikan kajian sekarang.

Tapi jangan salah faham. Kami tidak menafikan bukan senang nak mencapai perkahwinan yang bahagia. Perlu ada tolak ansur dan hubungan yang sihat, barulah rumah tangga pun aman damai.

Namun, kajian baru-baru ini mendedahkan – perbezaan tinggi antara pasangan mampu memainkan peranan sama ada rumah tangga bahagia atau tidak.

Paling terbukti sekali ialah suami tinggi isteri rendah. Kenapa ya?

Kenapa suami tinggi isteri rendah lebih bahagia?

Kredit: 24H Viral Photo

Bukan senang nak dapat cinta yang betul-betul membahagiakan. Chemistry mungkin memainkan peranan untuk jatuh cinta pada seseorang.

Tapi nampaknya, bukan itu saja ya! Biologi, evolusi dan psikologi juga memainkan peranan. Itulah kenapa suami tinggi isteri rendah lebih bahagia! 

Hal ini kerana, wanita didapati lebih mudah jatuh cinta dan tertarik pada lelaki yang tinggi. 

Apabila keluar dating, lelaki yang tinggi sering dilihat sebagai “lebih menarik” pada pandangan wanita. Malah, dalam platform online pun, lelaki yang tinggi akan dapat lebih ramai peminat. 

Selain menarik perhatian wanita, lelaki tinggi juga akan memiliki gaji yang lebih banyak. Hah, kenapa!

Ini sebabnya mengapa suami tinggi isteri rendah lebih bahagia

Jadi, mungkinlah (secara sedar atau tidak sedar), wanita lebih mudah tertarik pada lelaki tinggi. Namun, penampilan saja mana cukup nak buat rumah tangga bahagia, kan?

Di sinilah anda salah. Kajian membuktikan, lelaki tinggi memiliki status ekonomi dan sosial yang lebih tinggi dalam masyarakat.

Mereka memiliki gaji yang lebih besar dan jawatan yang lebih tinggi. Hal ini kerana persepsi – lelaki tinggi kelihatan lebih berkemampuan dan boleh dipercayai

Jadi, inilah yang membuatkan perkahwinan suami tinggi isteri rendah lebih bahagia!

Suami tinggi isteri rendah akan nampak lebih “sweet” dan seimbang

Satu lagi sebab mengapa suami tinggi sering menjadi pilihan adalah kerana anggapan lelaki ini akan lebih mampu “melindungi” wanita.

Ini bukan bermaksud kita tidak boleh melindungi diri sendiri, tapi sejak zaman pra sejarah lagi, kaum lelaki dianggap sebagai pelindung kepada wanita.

Maka jika semakin tinggi dan kuat seseorang lelaki itu, maka semakin bahagia dan selamat rumah tangga mahupun keluarga tersebut. 

Jadi, mungkinkah perkahwinan suami tinggi isteri rendah akan bahagia selama-lamanya? 

Mungkin, jika hal keselamatan dan kewangan dalam rumah tangga terjamin. Pakar ekonomi dari Korea Selatan, Kitae Sohn berkata

“Isteri mungkin akan lebih bahagia kerana kewangan suaminya stabil. Namun, hal kewangan saja tidak mencukupi. Apa yang lebih penting dalam hubungan ini ialah tarikan. Suami yang tinggi takkan pernah hilang tarikannya, kan? Makin lama lihat, makin seksi!”

Wow! Gitu…. Ha bagaimana? Adakah anda salah satu pasangan yang memiliki ketinggian berbeza? Jom tengok betul ke tidak kajian ini!

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Kredit gambar: Of The Box

Artikel ini pada asalnya ditulis oleh Sabrena Jefri dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga:

https://my.theasianparent.comsuami-isteri-chubby-lebih-bahagia/

Penulis

Ayu Idris