Selalu bukan kita dengar nasihat yang diberikan kepada perokok, jika mereka menyimpan duit membeli merokok, mereka boleh membeli kereta, rumah dan sebagainya? Ianya bukan hanya kata-kata dan boleh menjadi kenyataan.
Suami ini telah menggunakan duit membeli rokok untuk mengubah suai ruang tamu rumahnya menjadi ‘pasaraya mini’ buat isterinya yang sedang mengidam.
Lee Jong-Chu, 30 telah mendapat idea secara tiba-tiba apabila isterinya, Lee Yoo-Jung, 26 mulai mengidam kerana hamil. Jong-Chu faham yang keinginan wanita hamil tidak dapat ditangguh.
Idea ‘pasaraya mini’ ini dibuat demi memenuhi keinginan isteri tercintanya. Jong-Chu risau jika masa isterinya ingin makan makanan kegemarannya tetapi kedai sudah tutup, dia sedang bekerja atau sudah lewat malam.
Baginya, adalah lebih baik jika dia menyediakan segalanya dirumah jika dibandingkan dia perlu ke kedai seawal jam 3 pagi. Malah, dia akan berasa lebih tenang, jika semua keinginan isterinya cukuo dirumah semasa dia ke pejabat.
Jadi, Jong-Chu fikir, lebih baik dia mengubah ruang tamunya menjadi ‘pasaraya mini’ dan Yoo-Jung hanya perlu ke ruang tamu untuk mengambil apa yang dia mahu.
Yoo-Jung risau bertapa banyak duit yang dihabiskan suaminya untuk ‘pasaraya mini’ itu. Namun, Jong-Chu menyatakan dia menggunakan duit yang diketepikan untuk membeli rokok untuk ‘pasaraya mini’ isterinya itu.
Jong-Chu merupakan bekas perokok dan membuat keputusan untuk berhenti demi kesihatan isteri dan anaknya yang bakal lahir nanti. Dia juga ingin menjadi contoh yang baik untuk orang-orang dia sayangi.
Berapa agaknya jumah duit yang sepatutnya digunakan untuk membeli rokok dikumpul? Apakah dorongan yang sesuai untuk mereka yang merokok untuk berhenti merokok?
Berikut adalah beberapa tips yang mungkin boleh membantu orang yang anda ambil berat berhenti merokok:
- Pertimbangkan penggunakan terapi penggantian nikotin. Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan. Sama ada gula-gula getah khas, pelekat nikotin malah terdapat minyak pati (essential oil) yang boleh membantu mengurangkan keinginan untuk merokok.
- Buangkan semua benda berkaitan rokok. Tempat abu rokok, pemetik api, malah perhiasan berkenaan rokok, boleh menyebabkan keinginan merokok kembali. Buangkan dan bersihkan rumah anda dari bau atau bekas rokok untuk permulaan yang lebih sihat.
- Mula bersenam. Bersenam boleh membantu anda menyahkan toksin nikotin yang ada di dalam badan. Amalan gaya hidup sihat akan memudahkan lagi niat untuk berhenti merokok.
- Elakan tempat penuh perokok. Bersama dengan perokok atau berada di tempat yang penuh perokok boleh menyebabkan anda ingin kembali merokok. Elakkan!
- Fikirkan orang tersayang dan perkara yang positif. Kerap mengingati orang yang tersayang dan mengapa anda ingin berhenti merokok. Serta sentiasa berfikiran positif.
Berhenti merokok bukanlah sesuatu yang mudah, ia memerlukan keazaman yang tinggi dan kuat. Serta sokongan dari orang sekeliling. Jangan memperlekehkan niat mereka untuk berhenti dan berikan sokongan sepenuhnya.