Bapa dan suami orang dipenjara melanggan sugar baby yang baru berusia 15 tahun!

Gara-gara melanggan seorang sugar baby Malaysia yang baru berusia 15 tahun, seorang bapa dan suami orang ini ditahan dan dipenjara selama 2 tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru-baru ini, seorang lelaki dan bapa kepada anak yang berusia 7 tahun telah ditahan dan dipenjara selama 2 tahun gara-gara “melanggan” dan berhubungan seksual dengan sugar baby Malaysia yang baru berusia 15 tahun di Singapura!

Melanggan sugar baby Malaysia yang bawah umur

Menurut Yahoo News Singapore, lelaki bernama Adrian Tan Lee Guan yang berusia 45 tahun itu telah menemui sugar baby Malaysia yang baru berusia 15 tahun itu pada November 2016. Mereka berkenalan menerusi laman web ‘Seeking Arrangement‘.

Selepas bertukar-tukar nombor telefon, Adrian bersetuju untuk membayar sejumlah S$1,600 (RM 4,746) setiap bulan pada sugar baby Malaysia terbabit. 

Adrian bekerja sebagai pengarah pembangunan perniagaan dan mempunyai gaji lebih kurang S$10,000 (RM29,658) sebulan! Sebagai balasan, sugar baby terbabit harus menemani dan melayan nafsu seksnya.

Adrian tahu yang gadis itu baru saja berusia 15 tahun! Mereka meluangkan masa bersama selama 3 hari. Sepanjang 3 hari itu, Adrian rakus meratah kanak-kanak terbabit. 

Kredit: wallpaperbetter.com

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kes ini terbongkar apabila sugar baby yang baru berusia 15 tahun itu mengadu pada pihak sekolahnya. Kemudian, laporan polis dibuat. 

Isteri Adrian kini telah meminta cerai, Adrian kehilangan kerja dan sekarang cuba mencari rezeki dengan menjadi pemandu Uber. 

Hukuman penjara kerana melanggan sugar baby Malaysia

Cuba bayangkan bagaimana gadis yang berusia 15 tahun boleh terlepas mendaftarkan diri mereka dalam laman web sugar dating?!! Jurucakap bagi pihak laman web Seeking Arrangement mengakui yang syarikat mereka “tidak menghubungkan lelaki dengan kanak-kanak.”

Namun dalam kes ini, pihak pengurusan laman web mungkin terlepas pandang. Apabila sugar baby Malaysia didapati masih di bawah umur, akaun mereka akan disekat sehingga mereka berjaya membuktikan yang mereka bawah umur. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka juga akan diharamkan dari menyertai laman web itu lagi. 

Sugar baby Malaysia website

Kredit: Worldstarhiphop

Selain Seeking Arrangement, antara sugar baby Malaysia website yang terkenal sekarang adalah TheSugarBook. Malah laman itu baru-baru ini melancarkan kempen untuk mengajak pelajar universiti menyertai kancah sugar dating ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tagline yang digunakan adalah “Terokai cara moden untuk mengelak anda terpaksa meminjam duit (buat loan) untuk belajar”.

Laman-laman web seperti ini mensasarkan remaja dan anak-anak muda yang dalam lingkungan 20-an. Sasaran mereka lebih kepada pelajar universiti dan kolej. 

Ini mungkin kerana gadis-gadis terbabit lebih mudah didera dan dieksploitasi. Buat sesiapa yang tidak tahu, sugar dating adalah satu proses yang melibatkan tawaran sebagai peneman kepada individu yang berwang. 

Sebelum ini, kami pernah mendedahkan seorang sugar baby Malaysia yang berbangsa Melayu bernama Sufia. Sufia menceritakan bagaimana rupa kancah ini. 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Sumber rujukan: Shin Min Daily News, Yahoo News Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Pengakuan jujur dari sugar baby di Malaysia tentang hidup ditaja sugar daddy!

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ayu Idris