Cara Turunkan Suhu Demam Bayi Dengan Berkesan Ikut Nasihat Doktor & Petua Orang Dulu-Dulu

undefined

Cara turunkan suhu demam bayi boleh dicuba di rumah sebagai ikhtiar bagi membolehkan si manja cepat sihat dan aktif seperti biasa

Ketika bayi sedang membesar, mereka cenderung mengalami masalah demam, selesema dan batuk. Apabila berdepan situasi ini, kaum ibulah yang akan berasa penat kerana anak ingin menempel sepanjang masa. Justeru kami kongsikan beberapa cara turunkan suhu badan demam pada bayi dengan berkesan sebagai panduan anda.

Tidak dinafikan bahawa perubahan cuaca dan faktor persekitaran hari ini meningkatkan risiko untuk anak kecil jatuh sakit. Paling risau bagi anak yang dihantar ke pusat jagaan atau taska, mereka begitu terdedah dan dijangkiti virus dari kanak-kanak lain yang tidak sihat.

Cara turunkan suhu demam bayi

anak demam panas

Bila anak demam panas, perkara yang paling dirisaukan adalah risiko sawan. Lebih-lebih lagi jika demam ini terjadi  pada waktu tengah malam. Kebanyakan klinik berdekatan pula sudah tutup hingga anda perlu mencuba beberapa cara turunkan suhu demam bayi.

Ketika si kecil jatuh sakit, hal pertama ibu ayah lakukan adalah memantau suhu badan mereka. Bukan itu sahaja, pastikan anak diberikan ubat demam mengikut masa dan dos yang telah ditetapkan.

Menurut portal Myhealth, demam adalah sebahagian daripada pertahanan badan terhadap jangkitan. Walaupun demam bukan penyakit, jika ia melebihi suhu 40 º C (104 º F), boleh menjadi sangat berbahaya.

Walau bagaimanapun bagi kebanyakan demam, tidak ada pilihan selain merawatnya di rumah. Berikut adalah beberapa cara turunkan suhu demam bayi.

1. Mandikan dengan air paip. Pastikan suhu air adalah normal dan tidak terlalu sejuk. Biasanya bayi atau kanak-kanak yang demam tidak kebah, doktor akan nasihatkan ibu untuk kerap mandikan anak kerana air dapat membantu menyejukkan kulit serta dapat menurunkan suhu badan normal.

2. Elak pakaian tebal dan pilihan jenis yang nipis. Pakaian yang tebal boleh memerangkap haba badan, ini sekaligus membuatkan bayi demam lambat pulih. 

3. Lapkan badan menggunakan tuala basah. Jika bayi atau kanak-kanak enggan mandi, ibu boleh rendamkan tuala kecil dalam air dan sapukan ke seluruh badan atau letak kain di bahagian bawah ketiak untuk mengurangkan ketidakselesaan yang disebabkan oleh demam.

4. Cara turunkan suhu demam: Suhu bilik yang bersesuaian. Mengurangkan suhu bilik mungkin boleh membuatkan si manja berasa lebih selesa dan juga membantu menurunkan suhu badan demam.

5. Pastikan bayi demam panas mendapatkan susu atau air yang mencukupi. Cara turunkan suhu demam bayi adalah memastikan tubuh si manja sentiasa terhidrasi. Justeru ibu hendaklah beri anak minum seperti susu ibu atau susu formula.

6. Bayi demam perlu diberikan ubat dengan betul. Ubat demam yang biasa di gunakan di Malaysia ialah Paracetamol atau nama lainnya ialah Acetaminophen. Pastikan anda beri si kecil makan ubat 4 kali dalam tempoh 24 jam (setiap 6 jam sekali). Untuk dos ubat, ibu hendaklah memberitahu berat dan usia bayi kepada ahli farmasi.

7. Cara turunkan suhu demam bayi: Elakkan bunyi bising dan biarkan si kecil berehat lebih lama. Dapatkan banyak rehat. Badan si kecil yang sedang memerangi penyakit memerlukan banyak tenaga untuk pulih dengan sendirinya. 

Petua hilangkan demam panas anak secara tradisional

Petua hilangkan demam panas anak

Bukan itu sahaja, ibu ayah juga boleh cuba beberapa petua hilangkan demam panas anak yang diamalkan oleh zaman nenek moyang kita dahulu.

Ramai yang kata menjadi dan anda tidak perlu ke klinik sebab demam anak semakin baik.

1. Bunga raya

Jika suhu badan masih belum turun, ibu boleh ikhtiar dengan beberapa helai daun bunga raya. Basuh dan rendamkan selama 30 minit. Kemudian potong kecil daun, tapis dan ambil lendirnya.

Lendir dari daun bunga raya dapat mengurangkan suhu demam kanak kanak apabila disapu pada badan si manja.

2. Gel lidah buaya (aloe vera)

Bila anak demam panas, ibu boleh ambil satu keping lidah buaya segar. Patahkannya dan ambil lendir.

Sapu pada dahi anak dan sebaiknya seluruh badan. Jika susah nak dapatkan lidah buaya ini, anda boleh beli terus di farmasi.

3. Kismis

Ramai tidak tahu bahawa kismis dapat bertindak sebagai antibakteria dan antioksidan. Selain itu, ia membantu menentang jangkitan dan juga meredakan suhu badan demam.

Petua hilangkan demam panas anak yang boleh anda lakukan ialah berikan air rendaman kismis semalam (air nabeez). Ia sangat baik untuk kanak-kanak atau bayi demam.

Anda juga boleh masukkan buah kismis ketika menyediakan sup untuk si kecil.

4. Rendaman air asam jawa

Air asam jawa dapat membantu mengurangkan suhu bayi demam dengan cepat. Caranya begitu mudah.

Ibu hanya perlu kisar asam jawa bersama air suam. Kemudian basahkan tuala kecil dengan air ini dan sapukan pada ubun-ubun seluruh kepala.

Seterusnya jelum atau sapukannya ke seluruh badan anak.

5. Air rendaman beras

Cara hilangkan demam anak yang seterusnya ialah dengan air beras. Kaedah ini sudah lama sebenarnya wujud. Namun mungkin kebanyakan ibu ayah moden tidak mengetahuinya.

Rendaman beras ini paling mudah untuk dicuba bagi anda yang sukar mendapatkan daun bunga raya atau lendir aloe vera kerana tinggal di kawasan bandar.

Suhu normal bayi 

Walaupun demam gred rendah boleh dikawal di rumah dengan memberi ubat paracetamol dan mengelap badan anak, ibu bapa perlu tahu bila untuk membawa anak berjumpa doktor.

Terutamanya apabila suhu normal bayi meningkat mendadak dan telah demam melebihi empat hari.

Julat suhu normal bayi apabila disukat melalui rektum, adalah di antara 36.6 – 37 °C. Suhu demam pula adalah suhu yang melebihi 38 °C.

Suhu badan demam pada bayi

suhu badan demam pada bayi

Demam pada bayi biasanya dimulai dari suhu 38 °C hingga 40 °C, sedangkan suhu badan normal bayi adalah 36 °C. Jika suhu badan bayi Anda melebihi 38 °C, itu dapat dianggap sebagai demam. Penting untuk memantau suhu badan bayi yang demam setiap jam sekali untuk mengetahui perubahan suhu dari waktu ke waktu. Jika suhu badan tidak menurun atau meningkat, atau mencapai suhu yang sangat tinggi, sebaiknya berkonsultasi dengan dokter atau ahli kesehatan yang kompeten untuk mendapatkan penanganan yang tepat.

Tanda-tanda anak demam panas

Demam bayi ini terbahagi kepada dua kategori. Pertama suhu demam bayi yang tidak terlalu panas dan boleh dikawal dengan makan ubat demam.

Keduanya, suhu demam bayi yang tinggi, kemudian disusuli dengan:

  1. Muntah
  2. Batuk berkahak 
  3. Selesema teruk 
  4. Hilang selera makan 
  5. Lesu dan tidak mahu bermain 
  6. Hanya mampu terbaring 
  7. Timbul ruam/bintik-bintik merah 
  8. Sukar bernafas atau nafas berbunyi 
  9. Mulut kering kerana kekurangan air 

Jika ibu ayah menyedari bayi ada salah satu dari simptom ini, segera bawanya ke hospital untuk dirawat. Anda perlu tahu, tubuh bayi tidak seperti orang dewasa. Mereka memerlukan sedikit masa untuk sembuh kerana sistem imun dan antibodi belum kuat sepenuhnya. 

Cara periksa suhu demam kanak kanak dan bayi

  • Suhu demam kanak kanak atau bayi boleh diambil menggunakan termometer (boleh beli di farmasi). Tempat untuk check suhu bayi boleh dinilai melalui mulut, ketiak, telinga atau dahi.
  • Pastikan termometer yang digunakan bersih dari kotoran. Kalau boleh cuci guna sabun dan bilas dengan air bersih terlebih dulu sebelum guna. 
  • Posisi yang selesa untuk ambil suhu demam bayi adalah ketika si kecil sedang baring. 
  • Jika menggunakan termometer digital, anda perlu tahan selama seminit ke dua minit sebelum bunyi notifikasi keluar. Ia menandakan bacaan sudah dinilai. Tapi kalau termometer yang lagi canggih macam di hospital dan klinik swasta, anda tak perlu tunggu, letak sekejap di telinga bacaan akan keluar kemudiannya. 

Punca anak demam on off tapi aktif

Anak demam off biasanya berlaku pada kanak-kanak bawah usia lima tahun. Demam berulang yang berlaku dalam satu tempoh masa akan mengakibatkan peningkatan suhu demam untuk beberapa hari.

Kemudian ia akan hilang buat seketika. Untuk makluman anda, anak demam on off boleh dikaitkan dengan beberapa penyebab, antaranya ialah:

  1. Demam influenza – disebabkan virus influenza yang sukar untuk ditangani dan menyebabkan demam panjang
  2. Demam denggi, malaria, kencing tikus
  3. Penyakit berkaitan keradangan seperti penyakit radang usus, radang hati
  4. Penyakit berkaitan sel darah putih seperti leukemia
    Perkara yang perlu dititikberatkan adalah:

Justeru dalam mengatasi masalah anak demam on off tapi aktif, ibu hendaklah:

  • Galakkan anak minum air yang banyak. Boleh menggunakan air yang mengandungi elektrolit dan glukosa yang diperlukan. Pilihan lain yang anda juga boleh gunakan adalah banyakkan memakan makanan seperti sup ayam, dan minuman rehidrasi lain yang terdapat di kedai runcit atau kedai farmasi.
  • Seorang kanak-kanak perlu membuang air kecil yang berwarna jernih sekurang-kurangnya setiap empat jam jika terhidrat dengan baik.

Anak demam on off, bila perlu berjumpa doktor?

  1. Jika cirit-birit atau muntah menghalang anak-anak daripada penghidratan yang baik, dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
  2. Jika anak enggan minum atau mempunyai perubahan terhadap berat badan atau selera makan, sila dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.

Anak demam panas kaki sejuk

suhu badan demam pada bayi jangan dibiarkan

Anak demam panas kaki sejuk dan pucat boleh menjadi tanda-tanda risiko sawan. Selain itu si kecil anda juga akan mengalami:

  • Bibir menjadi kebiru-biruan
  • Badan tidak berpeluh
  • Badan dan kepala panas
  • Kaki dan tangan sejuk
  • Merengek sebab badan tidak selesa

Kalau anak sudah mula demam panas, balut badan anak dengan kain basah. Mandikan dia dengan air sejuk. Mula siramkan kaki dahulu, kemudian baru badan dan diikuti dengan kepala.

Kalau suhu badan anak masih tidak turun dan ibu berasa tidak sedap hati, segera bawa anak ke klinik bagi mendapatkan rawatan yang berkesan.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ini Suhu Normal Bayi & Cara Betul Menyukat Suhu Badan Mereka

Baca juga: Cara Bagi Anak Makan Ubat Yang Betul, Ibu Elakkan Guna Syringe Sama & Konsisten Ikut Masa

Baca juga:  Anak Demam On Off Dekat 2 Minggu, Tiba-Tiba Sawan Walaupun Badannya Tidak Panas

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!