Guru Besar Tadika Sengaja Sumbat Mulut & Ikat Kanak-Kanak Kerana Bising

Sumbat mulut dan ikat kanak-kanak kerana nakal, adakah ia tindakan bernas? Ikuti luahan ibu ini selepas seorang guru besar melakukan sesuatu pada anaknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hukuman sumbat mulut dan ikat kanak-kanak nakal

Kuala Lumpur: Gara-gara bermain permainan role-playing, seorang ibu telah membongkarkan hukuman yang dikenakan ke atas anaknya selama ini.

Ibu itu terkejut apabila melihat anak perempuannya yang berusia 5 tahun telah menyumbat mulut adiknya sebagai hukuman kerana adiknya itu nakal. 

Puan Teng Aai Hong, 36 tahun berkata - anak perempuannya bukan saja menyumbat mulut adiknya itu, malah dia juga mengikat adiknya dengan kain di rumah mereka. 

Tersentak dengan perbuatan itu, Aai Hong terus memarahi anaknya dan bertanya di mana dia belajar perbuatan tersebut.

Bayi yang sengaja dihukum dengan diikat dan sumbat mulut Kredit: heroviral.com (gambar sekadar hiasan)

"Alangkah terkejutnya saya apabila anak mengatakan yang cikgu dia pernah buat begini padanya apabila dia nakal di tadika."

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Guru besar tadika didakwa sumbat mulut dan ikat kanak-kanak yang nakal

Selepas mendengar penjelasan anaknya itu, Aai Hong terus pergi berjumpa dengan guru besar tadika tersebut. 

Menurut Aai Hong, guru besar itu mengaku dia mengikat anak perempuan Aai Hong kerana dia terlalu bising. 

Namun, guru besar itu menolak dakwaan dia melakukan sesuatu yang salah kerana teknik mengikat dan menyumbat mulut kanak-kanak itu adalah "kaedah disiplin" untuk mendidik murid-murid.

Malah, guru besar tadika itu juga menunjukkan bagaimana dia akan mengikat murid-murid yang nakal. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berang dengan tindakan guru besar itu yang mungkin akan membahayakan anaknya, Aai Hong telah mengeluarkan anaknya dari tadika terbabit, malah melaporkan kejadian itu pada pihak polis.

Tindakan Aai Hong untuk melaporkan bentuk hukuman itu pada pihak polis adalah berdasarkan bahaya yang boleh tercetus.

Perbuatan sumbat mulut kanak-kanak mampu membuatkan mereka lemas. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sepatutnya, guru besar tadika itu mencuba kaedah disiplin yang berbeza agar tidak mendatangkan bahaya pada kanak-kanak di bawah jagaannya. 

Apabila pihak media menghubungi polis, jurucakap polis mengatakan kes ini masih dalam siasatan.

Hukuman vs kaedah disiplin. Yang mana lebih elok untuk anak?

Tahukah anda yang hukuman dan kaedah disiplin yang efektif adalah 2 benda berbeza?

Kanak-kanak memang perlu dididik tentang apa yang salah dan apa yang betul. Mereka perlu faham sesetengah tindakan mereka mendatangkan kesan tertentu.

Tapi, bagaimana kita nak ajar perkara itu tanpa mendatangkan bahaya pada kanak-kanak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut pakar keibubapaan, Elain Wilson, ada beza antara hukuman dan kaedah disiplin dalam mendidik anak-anak.

Hukuman berlandaskan kuasa atau kawalan untuk menggunakan kesakitan bagi memberhentikan sesuatu perbuatan. 

Contohnya tindakan guru besar tadika ini yang mengambil tindakan "sumbat mulut dan ikat kanak-kanak" sebagai hukuman kerana mereka nakal atau bising.

Kredit: dailymail.co.uk

Tapi, hukuman hanya boleh memberhentikan perbuatan itu dalam jangka masa pendek saja. Kanak-kanak mungkin akan mengulangi perbuatan tersebut! 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hukuman menyebabkan mereka lebih takut, tapi menimbulkan rasa untuk "curi-curi buat sesuatu".

Hukuman ini akan menyebabkan mereka lebih menolak dan merosakkan keyakinan diri mereka sendiri.

Namun, ia berbeza dengan teknik disiplin yang patut ibu bapa guna untuk mendidik anak. Disiplin mengajar anak tentang bagaimana ingin mengawal diri dan perbuatan.

Anda boleh mendidik anak dengan cara disiplin, di mana anda boleh menggunakan pujian, galakan, dan tanggungjawab untuk mendidik mereka.

Jadi, perbuatan menghukum seperti guru besar tadika ini mungkin tidak sihat dan amat berbahaya untuk anak-anak.

Sama-sama kita belajar untuk mengajar anak-anak tentang disiplin melalui cara yang betul. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Sumber rujukan: The Straits Times, Melbourne Child Psychology

Gambar sekadar hiasan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Penulis

Ayu Idris