Siapa saja yang tak sedih jika anak dilahirkan lain dari bayi lain seperti sumbing bibir, tetapi jika kita berusaha melihat segala benda daripada sudut positif, segalanya akan menjadi positif.
Sekiranya sesuatu ujian itu dilihat daripada sudut positif, maka mereka yang mengalaminya akan sedaya upaya mencari elemen positif dalam setiap sesuatu yang dihadapi.
Usahawan, penceramah motivasi dan selebriti media sosial, Andika Putera mengakui dia sedih apabila mengetahui anaknya sumbing bibir kerana memikirkan masa depan kanak-kanak itu, namun beliau percaya ketentuan Allah itu lebih hebat.
Sudah tahu sejak 5 bulan dalam kandungan anak sumbing bibir
Katanya, beliau sudah mengetahui bahawa anaknya, Alisha sumbing bibir sejak bayi itu berusia lima bulan dalam kandungan melalui imbasan yang dilakukan.
Isterinya menangis teruk kerana risau memikirkan keadaan bayi itu apabila dia semakin membesar nanti. Katanya bukan malu mahu berkongsi tetapi mahu tunggu anak besar sedikit dan genap 44 hari lelaki ini berkongsi keadaan anaknya.
Anak hebat, anak luarbiasa, anak yang kuat. anak adalah seorang cleft lips (sumbing), kami dah tahu waktu baby masih lagi kndugan umur 5 bulan.
Pada mulanya, kami tahu , kami cek scan , baby ada cleft, pilu sangat hati Tasha. Menangis yang teramat nangis, kesian terhadap Alisha, apa yang akan terjadi when dia dah besar, apa yang akan terjadi dengan rakan-rakan dia nanti. Dika pulak mcm mana? Dika tak berhenti memberi kata-kata positif dekat Tasha. Seminggu jugak lah dia bersedih. Dika tak sedih ke? Gila ke tk sedih
Anggap ini ujian supaya hanya letakkan kebergantungan pada Allah
Tapi tak lama, Alhamdulillah. Dika bahagia di dalam. Nampak kasih sayang Allah di setiap ujian. Disini lah kasih sayang Allah, nak kita bergantung padanya. Nak kita teguh tauhid hati kita. Tak kisah lah, mak ayahnya, Alisha. Mesti ada sebab baik . Mesti ada hikmah yang sangat indah Allah cipta macam ni. Tidak mungkin saja saja sebab Allah adalah Maha Pencipta yang Sempurna, sebaik-baik ciptaanNya.
Dika tak post gmbr Alisha, bukan malu, bukan takut mulut orang, tapi nak tunggu Alisha besar sikit, baru Dika akan post. Harini cukup 44 hari umur Alisha, Dika post. Adakah terfikir banyak nak post? Tak. Sebab Dika bersyukur apa sahaja yang Allah bagi. Dika bersangka baik dengan apa sahaja Allah bagi. Kita ini hamba Allah, kita ikut jalan Allah, bukan Allah ikut apa yang kita nak.
Cabaran ketika menyusu, tapi makin hari makin mudah
Waktu mula-mula lahir, nak minum susu, memang susah, susu takleh nk sedut sebab bibir dia ada lubang, susah sebab pressure tak kuat, jadi loose. Dan apa yang paling sedih , anak kami pra matang.
Sebab kan covid,(ada kisah Dika dah tulis kat bawah), 36 minggu ngam ngam, memang berat lahir 2.02 kg. So memang perlukan susu banyak untuk membesar tambah berat badan. Kalau nak susukan dia, amik masa 2 jam sekali 25 ml, itu pon tak habis.
Alhamdulillah selepas kami belajar, kami pon beli susu puting khas untuk cleft. Dan makin hari, Allah mudahkan segala urusan. Dulu 2.02kg, sekarang 3.8 kg. Besar secara sihat Alhamdulillah. Dika bersyukur ujian ini didik kami, teruma Tasha untuk betul2 bersangka baik kepada Allah.
Anak akan dibedah tiga bulan lagi
Allah sayang Alisha, nak didik Alisha daripada kecik lagi jangan bergantung kepada manusia. Tapi semuanya kepada Allah.
Dika tersenyum manisnya cinta Allah, “aku kena didik anak aku, kenal Allah, cinta Allah, daripada kecik lagi, “tak ada yang lebih boleh motivasikan diri selain anak aku KENAL ALLAH, dia akan redha, bersangka baik kepada Allah, bersyukur 24 jam”.
journey @alisha_puterii , dia akan buat surgery lagi 3 bulan. Harap semua boleh beri sokongan positif kat baby.
Punca anak lahir sumbing
Merokok, kencing manis, dan pengambilan ubat-ubatan ketika hamil adalah faktor utama yang meningkatkan risiko ibu mendapat anak yang sumbing mulut dan lelangit
Menerusi beberapa kajian, ia menunjukkan wanita hamil yang merokok adalah berisiko mendapat bayi yang sumbing jika dibandingkan dengan wanita yang tidak merokok.
Selain itu, wanita yang ada kencing manis sebelum hamil juga mempunyai risiko tinggi mendapat anak yang sumbing jika dibandingkan dengan wanita yang tidak ada kencing manis.
Wanita yang menggunakan ubat sawan atau epilepsi seperti topiramate atau asid valproik pada trimester pertama kehamilan berisiko tinggi mendapat anak sumbing jika dibandingkan dengan mereka yang tidak mengambilnya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit foto: Andika Putera
Baca juga: Panduan lengkap cara menyusu bayi yang sumbing (cleft lip)
Baca juga: Detail Scan Banyak Kelebihannya, Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Kumpul Duit Dan Buat!
Baca juga: Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Lakukan 5 Perkara Ini? Jika Tidak Anak Akan ‘Terkenan’