Suntikan HCG atau human chorionic gonadotropin merupakan kaedah suntik hormon untuk kehamilan untuk membantu dalam wanita dalam proses TTC. Namun bagaimana pula jika ia dilakukan ketika wanita sedang hamil?
Dalam sesetengah kes dimana seorang wanita mempunyai risiko keguguran kerana masalah hormon, doktor mungkin akan memberikan ubat yang membantu ‘membentuk’ hormon. Salah satu caranya adalah dengan suntikan HCG.
Guna Kaedah Suntik Hormon Untuk Kehamilan Untuk Mencegah Keguguran
Apakah itu suntikan HCG?
Human Chorionic Gonadotropin @ HCG adalah hormon semulajadi yang dihasilkan oleh plasenta. Ia menyokong corpus luteum selepas persenyawaan ovum dan juga membantu mengekalkan pengeluaran progesteron sepanjang kehamilan.
Bekalan hormon ini didatangkan dalam bentuk suntikan yang diberikan kepada otot di bawah kulit. FDA meluluskan suntikan HCG untuk merawat kes selektif kemandulan wanita jadi ia selamat diberi di bawah kelolaan doktor yang bertauliah.
Dalam sesetengah keadaan misalnya keguguran yang berulang (RPL) yang mungkin disebabkan oleh implan embrio yang tidak berjaya ke dinding rahim, suntikan HCG mungkin akan diberi.
Ini kerana apabila unit plasenta janin boleh mengeluarkan hormon HCG yang tidak mencukupi, ia boleh mengakibatkan pengeluaran progesteron tidak cukup untuk mempertahankan embrio. Jadi di sinilah pentingnya HCG tambahan lagi mengekalkan kehamilan tersebut.
Cara Suntikan Human Chorionic Gonadotropin Bertindak Semasa Kehamilan
Umum sedia maklum yang suntikan HCG merupakan suntik hormon untuk kehamilan di mana sebelum kehamilan berlaku, hormon HCG bertindak dengan mencetus pengeluaran hormon steroid gonad dengan merangsang korpus luteum ovari untuk menghasilkan progesteron.
Selain itu, disebabkan HCG sama dengan hormon luteinizing pituitari (LH), jadi suplemen HCG boleh menjadi pengganti hormon LH dalam mencetuskan ovulasim serta perkembangan dan kematangan folikel ovari.
Dalam keadaan kehamilan pula, suplemen HCG akan ‘meniru’ proses semulajadi dan membantu dalam mengekalkan korpus luteum dan menyokong pengeluaran estrogen dan progesteron bagi menguatkan embrio dalam kandungan.
Tidak Sesuai Untuk Semua Kehamilan
Walaupun suntikan HCG diberi dalam sesetengah kes, harus diingatkan yang ia tidak sesuai untuk semua kehamilan ya.
Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) mengklasifikasikan suntikan HCG ini di bawah ‘kategori kehamilan C’, yang bermaksud kajian terhadap haiwan menunjukkan kesan buruk pada janin, malah tiada ujian terkawal dilakukan terhadap manusia.
Walaupun suntikan HCG boleh membantu semasa ovulasi dan implantasi, tidak ada bukti kukuh untuk menunjukkan bahawa ia boleh mencegah keguguran.
Tambahan lagi, suntik hormon untuk kehamilan semasa ada janin sudah ada dalam rahim boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan, antaranya reaksi alahan seperti:
- Ruam
- Kesukaran bernafas
- Bengkak muka, bibir, lidah, atau tekak
- Sakit, kehangatan atau sensasi kesemutan di lengan atau kaki
- Kekeliruan
- Pening kepala
- Sakit kepala yang teruk
Ada juga yang mungkin mengalami sindrom hiperstimulasi ovari (OHSS) selepas melalui kitaran pertama dan timbul beberapa keadaan seperti:
- Sakit pelvik yang teruk
- Bengkak tangan dan kaki
- Sakitan perut dan pembengkakan
- Naik berat badan
- Cirit-birit
- Mual atau muntah
- Kurang pengeluaran air kencing
- Sesak nafas
Kalau anda ada sebarang tanda kesan sampingan yang disebutkan di atas, tolong dapatkan nasihat perubatan profesional terlebih dahulu sebelum meneruskan rawatan yang seterusnya ya. Sebaik-baiknya tanya tentang rawatan alternatif cegah keguguran yang lebih selamat untuk tubuh supaya tidak mengganggu kehamilan anda.
Keguguran janin boleh berlaku kerana pelbagai sebab yang berbeza. Pastikan doktor mencari tahu dan menjelaskan sebab terlebih dahulu sebelum memberikan penyelesaian melalui suntikan ini atau ibu boleh dapatkan pandangan kedua dari doktor lain sebelum menjalankan sebarang rawatan.
Semoga bermanfaat.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: momjunction
Baca juga: