Isu Henti Dua Vaksin Influenza, Ibu Jangan Risau KKM Sahkan Ia SELAMAT Digunakan!

Suntikan influenza mampu mencegah seseorang daripada sebarang jenis penyakit. Berhubung isu baru-baru ini, KKM telah mengesahkan ia boleh diteruskan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Suntikan influenza amat penting bagi mengelakkan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza menyerang pada saluran pernafasan. Ia boleh menyebabkan berlakunya gejala ringan mahupun serius, namun dalam keadaan tertentu virus ini juga berisiko mengancam nyawa seseorang yang telah dijangkiti.

Bagi negara-negara beriklim sederhaan, serangan wabak penyakit sering berlaku pada musim sejuk. Manakala negara tropika yang terletak pada garisan Khatulistiwa seperti Malaysia, ia boleh berlaku sepanjang tahun tanpa ada musim tertentu.

Suntikan influenza dihentikan, adakah ia masih selamat?

credit to sources

Memandangkan telah tular satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan tarikh 28 Oktober 2020 tentang pemberhentian sementara penggunaan dua jenama vaksin influenza iaitu Vaxigrip Tetra dan SKYCellflu Quadrivalent yang dikaitkan dengan kes kematian di Korea Selatan.

Setelah membuat penilaian keselamatan ke atas produk-produk ini, pihak KKM telah merumuskan bahawa penggunaan dua jenis vaksin influenza boleh diteruskan.

KKM melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) menjalankan penilaian risiko terperinci terhadap Vaxigrip Tetra dan SKYCellflu Quadrivalent berdasarkan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Maklumat yang telah diterima daripada Korean Disease Control and Prevention Agency (KDCA)
  • Laporan keselamatan tempatan dan global
  • Maklumat keselamatan bagi kedua-dua jenama vaksin
  • Maklumat diterima daripada pemegang pendaftaran produk terlibat serta badan regulatori antarabangsa yang lain.

Sehingga 31 Oktober 2020, pihak KDCA telah mengesahkan bahawa kebarangkalian adalah sangat rendah untuk mengaitkan vaksin influenza sebagai punca kematian seperti yang telah dilaporkan. 

Berdasarkan laporan siasatan bagi 72 kes daripada 83 kes kematian (11 kes masih dalam siasatan) tersebut menunjukkan bahawa, punca kematian adalah disebabkan oleh penyakit sedia ada yang dihidapi oleh pesakit tersebut atau penyebab lain yang tiada hubung kait dengan suntikan influenza diberikan.

Dalam pada itu, pihak KDCA turut mengesahkan tiada jenama, pengilang mahupun nombor kelompok vaksin tertentu yang boleh dikaitkan dengan kes-kes kematian berlaku.

KKM sentiasa membuat penilaian

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah menilai kualiti produk dan membuat semakan data laporan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) tempatan secara global, meliputi profil keselamatan bagi semua vaksin influenza, termasuklah kedua-dua jenama vaksin berkenaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Sebanyak 1.5 juta dos vaksin influenza telah dibawa masuk ke Malaysia sehingga bulan Oktober 2020. NPRA telah menilai laporan pengujian yang dijalankan oleh pengilang, membuat pemeriksaan rangkaian sejuk dan menjalankan pengujian fizikal menerusi aktiviti Vaccine Lot Release bagi kesemua vaksin ini.

Hasil penilaian mendapati semua vaksin influenza termasuklah kedua-dua jenama vaksin berkenaan MEMATUHI standard kualiti yang ditetapkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semakan lanjut juga menunjukkan tiada sebarang kes kematian dilaporkan susulan pemberian mana-mana vaksin influenza di Malaysia. Kesan advers yang dilaporkan adalah biasa berlaku serta telah didokumentasikan.

Justeru, pihak KKM tidak mengesan sebarang isu keselamatan atau kualiti yang memerlukan tindakan lanjut.

''Kami komited menjalankan pemantauan secara berterusan bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk berdaftar termasuk vaksin yang terdapat di pasaran sentiasa terjamin,''

''Orang awam juga boleh membuat laporan kesan advers susulan imunisasi ini sama ada melalui profesional kesihatan atau melaporkan terus kepada NPRA melalui laman sesawang www.npra.gov.my,'' jelas Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dato' Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah.

Suntikan influenza sekali setahun elak wabak

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengambilan suntikan influenza sekali dalam tempoh setahun mampu mewujudkan 'imuniti kelompok' dalam kalangan masyarakat agar terlindung daripada serangan sesuatu virus.

Menurut Residen Perubatan Klinik As-Salam, Dr. Hanisah Akbar Tajudin, kanak-kanak yang berusia lingkungan 6 bulan hingga 8 tahun digalakkan untuk menerima suntikan vaksin dua kali dalam tempoh satu tahun.

Beliau berkata pengambilan vaksin ini adalah langkah terbaik bagi memastikan penularan wabak influenza tidak berulang pada masa hadapan.

''Jika lebih ramai mengambil suntikan perlindungan, maka ia dapat mewujudkan imuniti kelompok iaitu satu komuniti yang memiliki imuniti dan terlindung daripada sesuatu virus,'' 

''Suntikan vaksin bukan sahaja dapat melindungi diri sendiri tetapi orang lain juga daripada dijangkiti virus influenza dan boleh mengakibatkan komplikasi penyakit lain seperti pneumonia, terutama kepada golongan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak,'' jelasnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Kpkesihatan, Berita Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: