Selalunya ibu bapa akan tulis surat jika anak tak dapat hadir ke sekolah, kan? Kalau surat budak untuk cikgu minta tak nak hadir ke sekolah macam mana pula?
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Surat budak untuk cikgu, pelbagai alasan jujur apabila tidak dapat hadir ke sekolah
- Cara berdepan dengan anak yang tidak berminat atau malas ke sekolah
Ha… hari ini kami akan menunjukkan kepada anda 7 surat jujur budak minta izin cikgu tak mahu hadir ke sekolah. Ia dari anak-anak Sekolah Menengah Atas di Indonesia. Semuanya memang mencuit hati!
Surat budak untuk cikgu, pelbagai alasan jujur apabila tidak dapat hadir ke sekolah
#1 Surat budak untuk cikgu
Harapnya, cikgu maafkanlah adik ini ya?
#2 Surat budak untuk cikgu
Kalau terkunci di rumah, macam mana boleh hantar surat ke sekolah ya? Amboi bijak sungguh budak-budak ini ya!
#3 Surat budak untuk cikgu
Dik, kenapa tak suruh saja jiran sebelah tutupkan?
#4 Surat budak untuk cikgu
Patutnya adik beritahu adik gali ubi sebab tolong ibu bapa atau tengah bermain di ladang orang.
#5 Surat budak untuk cikgu
Ini paling kelakar. Sudahlah jujur, bercinta pula dengan anak cikgu. Agak-agak apa alasan anak cikgu itu tak hadir ke sekolah ya?
#6 Surat budak untuk cikgu
Sakitnya putus cinta, sampai tak boleh ke sekolah.
#7 Surat budak untuk cikgu
Puitis sungguh. Cikgu jangan sampai jatuh cinta dengan ayah Amel pulak ya?
Cara berdepan dengan anak yang tidak berminat atau malas ke sekolah
Bagi anak yang bersekolah sesi pagi, masalah yang biasa dialami mereka adalah sukar untuk bangun awal pagi.
Selain itu, alasan ramai murid malas untuk ke sekolah adalah kerana mereka beranggapan bahawa tempoh persekolahan yang panjang, bosan kerana tiada kawan, kepenatan, mengantuk dan tidak sihat.
Justeru ada beberapa cara untuk ibu ayah mengatasi anak yang tidak berminat atau malas ke sekolah. Antaranya:
#1) Rutin tidur yang lebih awal
Tidak cukup waktu tidur boleh membuatkan anak berasa moody apabila dikejutkan dari tidur, malah mungkin ibu ayah terpaksa berdepan ‘drama air mata’.
Oleh itu, anda hendaklah memastikan si manja masuk tidur lebih awal. Sekurang-kurangnya pada jam 10 malam untuk memastikan mereka mendapat tidur yang cukup antara enam sehingga tujuh jam sehari. Adalah lebih baik sekiranya anda mengehadkan aktiviti anak di malam hari
#2) Kongsi pengalaman zaman sekolah ibu ayah
Salah satu kaedah komunikasi berkesan dengan anak-anak ialah melalui penceritaan. Anda mungkin mempunyai banyak pengalaman menarik semasa zaman sekolah rendah dan menengah.
Misalnya pengalaman terpaksa bangun pagi dan mandi air perigi yang sangat sejuk. Seterusnya ceritakan pengalaman kesusahan ayah menghantar anak ke sekolah dengan menaiki basikal buruk semasa di kampung.
#3) Elak membuatkan anak berasa terlalu selesa ketika di rumah
Pelbagai pengaruh yang membuatkan anak anda rasa selesa di rumah sehingga tidak berminat ke sekolah. Antaranya ialah penggunaan gajet seperti televisyen, permainan konsol, aplikasi permainan telefon pintar dan sebagainya.
Mereka cenderung menggunakan alasan tidak sihat untuk mengelakkan diri daripada ke sekolah. Jika anda mendapati mereka seronok bermain gajet berbanding rehat di rumah setelah diberikan cuti sakit, ini bermakna mereka selesa dengan segala kemudahan yang ada di rumah.
Justeru, wujudkan peraturan larangan penggunaan gajet ketika mereka diberikan cuti rehat kerana sakit.
#4) Ajar anak bangun pada awal pagi
Adalah amat penting untuk ibu ayah melatih si manja bangun sebelum matahari terbit. Misalnya anda boleh kejutkan anak untuk mendirikan solat subuh secara berjemaah.
Adalah normal pada awalnya jika kanak-kanak meragam dan menangis apabila dipaksa oleh ibu bapa untuk bangun pagi. Justeru kami menasihatkan anda untuk melatih mereka seawal yang mungkin sebelum sesi persekolahan bermula.
Anda juga boleh memulakan latihan bangun pagi dengan menggalakkan mereka untuk mengikuti anda bersarapan di restoran kegemaran mereka.
Boleh juga melatih mereka bangun awal pagi dengan mengajak mereka melakukan aktiviti yang menyeronokkan seperti berjalan-jalan ke tempat-tempat menarik.
Penulis asal Fitriyani. Artikel ini telah mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anak Menangis Di Sekolah Bukan Tanda Belum Bersedia, Mereka Perlukan Masa Untuk Terbiasa
Baca juga: Ibu Terharu Kawan Anak Setiap Hari Tolong Angkat Beg Sekolah, Bagus Didikan Parents Dia!
Baca juga: Ibu Dah Meninggal, Kini Ayah Yang Uruskan Anak Sampai Tersalah Beli Saiz Baju Sekolah