Duhai Isteri,
Saya telah menghabiskan masa 3 bulan yang lepas melihat awak menyusukan bayi kita, saya telah belajar banyak perkara baru, namun yang paling ketara ialah lima perkara ini
1. Menyusu badan umpama berlari 10km sehari
Menyusu badan membakar hampir 1,000 kalori sehari. Memang tidak nampak seperti itu tapi, badan ibu menyusu berlari 10km setiap hari.
2. Menyusu badan ialah keajaiban biologi
Susu badan mempunyai banyak kebaikan kesihatan yang menakjubkan, tapi yang paling mengkagumkan ialah bagaimana badan awak menjadi tunjang sistem imunisasi untuk bayi kita.
Jika bayi kita sakit, badan awak dapat mengenal pasti virus itu melalui penyusuan badan dan membina antibodi untuk melawan jangkitan itu dan kemudian menghantar antibodi ini melalui susu badan yang diminum bayi kita untuk melawan sakit itu.
3. Menyusu badan menjimatkan RM3,000 setahun
Serius. Susu formula sangat mahal.
4. Lebih keajaiban biologi
Badan seorang ibu sangat menakjubkan dan mampu mengubah kandungan dan ramuan nutriet susu ibu mengikut keperluan bayi, termasuklah mengubah kandungan air menjadi lebih banyak di hari yang panas kerana bayi memerlukan lebih hidrasi.
5. Ibu menyusu adalah orang yang paling berani dan kuat
15 minit selepas kelahiran Shan, awak berikan dada awak untuk pertama kalinya kepadanya sebagai sumber kehidupan manusia yang lain. Ia sepatutnya sangat menyakitkan, namun mungkin kerana hasil kegembiraan dapat memegang bayi kita di tangan, awak langsung tak menunjukan kesakitan.
Kita bertuah, dia menyusu dengan baik, tapi dia sangat lapar hingga perlu menyusu setiap dua jam.
Beberapa jam kemudian kita dapat pulang ke rumah, dari situlah saya mula faham yang ia akan menjadi sangat sukar. Kita bawa Shan ke biliknya untuk pertama kali, dan kita duduk bersebelahan, kita berpeluk dan melihat sekeliling bilik. Kita bersyukur dengan proses kelahiran yang lancar serta dengan kehidupan baru kita perolehi bersama.
Namun, belum sempat awak menarik nafas lega, Shan mula menangis lapar. Dia menyusu, dan awak berikan segala apa yang awak ada kepada dia, tetapi dia seakan tidak puas.
Awak cuba lagi, menyusukan dia. Dia mula minum. Saya nampak kerutan yang awak cuba sorokan. Kita masih tidak pasti sama ada Shan sudah puas atau belum. Entah macam mana, Shan lebih tenang dan kembali tidur.
Saya boleh nampak bertapa penatnya awak, dan rasa tidak sabar untuk mendapatkan rehat. Memang awak dapat berehat, tapi belum sempat melepaskan lelah, bayi kita bangun semula dan menangis lapar. Awak susukan dia dan berikan segala apa yang awak mampu beri.
Dan untuk setiap dua jam sepanjang hari, awak buat lagi. Hari pertama berlalu seperti kebingungan, hingga ke malam. Tengah malam, 2 pagi, 4 pagi, 6 pagi, 8 pagi, 10 pagi, ulang dan ulang. Apa yang saya boleh lakukan hanyalah beruasaha untuk berjaga dan tanpa dapat berbuat apa-apa melainkan menemani awak.
Keesokan paginya, awak kepenatan, puting awak luka dan sakit. Setiap kali dia menyusu, saya dapat lihat renjatan kesakitan seperti ada yang merotan.
Dia akan menyusu dan menghisap sekejap, dan kemudian dia akan lepaskan dan menangis lagi. Dan kemudian awak cuba memberikan dia susu lagi, walaupun kesakitan yang awak alami setiap kali dia menyusu, tapi dia masih seperti tidak puas.
Entah macam mana, kita tidurkan dia, dan di jarak masa menyusu dia, saya dapat lihat keresahan dan tekaan dari anak mata awak, saya tahu, awak tengah melihat jam dan berfikir, “sudah pukul 4 pagi, adakah dia akan bangun sekarang?”
Kita bernasib baik penjaga kita datang malam itu dan segera sedar yang awak ada saluran tersumbat dan bengkak susu (yang akan menjadi mastitis, ini adalah mimpi ngeri bukan?).
Dengan pad panas dan terapi urutan dan jeritan, melalui lebih kesakitan dari yang saya pernah lihat awak lalui, penjaga kita tolong lancarkan saluran tersumbat di dada awak dan berjaya buatkan susu awak mengalir lancar. Sekurang-kurangnya Shan lebih puas selepas menyusu, tapi sakit menyusukan masih belum hilang.
Seminggu berlalu, menyusu badan menjadi keutamaan, dan segala yang lain hanya mengisi ruang kosong yang ada. Awak buat segala yang awak mampu untuk memastikan bekalan susu mencukupi – oatmeal, bayam, salmon, halba, minyak kelapa dan badam.
Awak tidak kisah sama ada awak tidak suka semua itu, awak tetap makan. Dan kemudian datang masalah yang bertentangan, lepas seminggu, awak mempunyai bekalan yang berlebihan sehingga awak terlalu bengkak hingga tidak selesa dan tidak dapat tidur. Tapi awak tetap menyusukan dan mengepam, membuatkan puting awak makin terluka.
Ddan kemudian minggu seterusnya datang. Perkara-perkara yang baru telah berlalu dan perlahan-lahan kita menemui rutin kita. Kesedaran dan penerimaan yang inilah kehidupan baru kita – dan perjalanan kita masih jauh.
Sekali menyusu setiap tiga jam. Menyusu, lampin, tidur. Menyus, lampin, tidur. Lebih kesakitan, bengkak susu, puting luka, dan masih suami yang tidak berguna di sebelah.
Dalam dua minggu lagi, kita akan sama-sama harus mula bekerja. Awak terpaksa mula berlari dan juga saya. Saya akan mula ke pejabat dan awak bekerja dari rumah. Kurang seorang untuk membantu menjaga Shan. Apa yang sudah dilalui membuatkan saya sedar bertapa banyak stress yang awak kena hadapi. Saya minta maaf tidak dapat bersama awak di rumah lebih lama.
Selepas dua minggu
Dan awak mula masuk ke pejabat awak juga, sekurang-kurangnya untuk separuh hari. Saya dapat lihat pergelutan yang awak lalui, separuh hari menjaga sesuatu yang awak cintai dan kemudian terpaksa merelakan berpisah dengannya.
Namun cita-cita dan impian dan sasaran tidak akan tunggu, sebagai ibu dan diri sendiri, yang terbaik awak boleh lakukan ialah melihat lebih jauh dan cuba membuatkan anak kita bangga.
Ada hari, awak terpaksa menghadiri mesyuarat di antara waktu makan, dan terpaksa memendekan mesyuarat itu bila awak bocor dan baju awak basah. Lebih banyak menyusu, dan lebih banyak kesakitan.
Dan selepas itu saya sakit. Macamlah awak belum cukup banyak perkara untuk diuruskan. Paket ais dan pil dan tambahan air. Panggilan persidangan, menyusu lagi, dan lebih banyak kesakitan.
Itulah seorang ibu, CEO dan isteri yang umpama askar.
Usaha dalam setiap penyususan. Godaan untuk menggunakan susu formula yang asyik muncul – ia sentiasa ada di situ, apa yang awak perlu buat hanya buka tin tersebut dan segala kesengsaraan awak akan berlalu pergi.
Setiap hari, setiap tiga jam, awak diberikan pilihan itu, tetapi setiap kali, awak memilih kesakitan, tidak tidur malam dan pengorbanan kerana ia perkara terbaik yang awak dapat berika kepadanya. Dia mungkin tidak akan faham, tidak sehingga dia sendiri menjadi ibu, bertahun yang akan datang, tapi awak tidak perlu untuk dia faham, sekarang.
Dan kemudian, satu hari, awak mula perasan, dia tidur lebih lama di waktu malam, dan dia tiba-tiba tidur sepanjang malam. Dan bekalan susu awak semakin normal, dan rutin berjaya diperoleh. Awak menjadi kuat, awak berjaya menyelesaikannya, awak menjadi semula jadi dengan ia.
Awak boleh memegangnya satu tangan, dan susukan dia sambil membuat panggilan persidangan, dan menulis senarai barang keperluan untuk saya pada masa yang sama. Awak sedar yang awak semakin bagus dengan ini, lebih dari apa yang awak fikir, yang awak hampir putus asa tetapi awak berjaya melepasinya dan awak menjadi lebih hebat dari awak yang sebelum ini.
Sayang,
Suamimu, Darius