Surat Untuk Anak Ibu Yang Nanti Keliru Tentang Erti Sebenar Kecantikan

Anak ibu... jangan mudah keliru. Kecantikan adalah minat yang sentiasa membara dalam jiwa. Kecantikan adalah kebebasan menjadi diri sendiri. Kecantikan adalah sifat baik hati dan saling menghormati.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila nak bercakap tentang erti kecantikan di mata dunia sekarang, saya terfikir berita tentang produk penjagaan kulit Tati 5 dalam 1 yang didakwa mengandungi bahan berbahaya dan memudaratkan pengguna

Entah berapa banyak produk penjagaan kulit yang berbahaya di luar sana!

Sebab ingin cantik, ramai yang sanggup berkorban segalanya. Kenapa? Sebab kecantikan sekarang sinonim dengan wajah yang memikat, postur badan yang seksi dan kulit wajah yang mulus bak sang puteri. 

Yang lain daripada kategori ini… mmm.

Oh, dan juga isu tular lagi kontroversi daripada iklan Watsons Legenda Cun Raya yang menyampaikan idea bahawa kulit orang gelap/hitam sebagai buruk.

Kononnya, hanya yang putih dan kulit mulus sahaja dianggap cantik.

Cantik Di Mata Dunia 

Hakikatnya, kecantikan dan keindahan bukan berlandaskan pada fizikal sahaja. Ia lebih daripada itu!

Bagi saya… kecantikan itu adalah semua ciptaan Tuhan. Ya semua. Semua benda yang dicipta oleh-Nya di atas muka Bumi itulah kecantikan. Daripada alam yang terbentang luas, hingga ke ciptaan manusia yang seindah ciptaan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lihat sekeliling anda.

Kecantikan adalah minat yang sentiasa membara dalam jiwa, kebebasan menjadi diri sendiri, sifat baik hati dan saling menghormati.

Keindahan adalah meraikan perbezaan. Seperti Tuhan mencipta kita dengan pelbagai warna kulit, agama dan bangsa! Marilah kita sama-sama mengubah persepsi tentang perihal ini. 

Sebagai seorang ibu, saya mula risau adakah anak saya akan keliru tentang erti sebenar keindahan ini? Adakah dia akan tunduk pada kata-kata dunia? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Atas sebab itu, saya ingin menulis sepucuk surat terbuka untuk anak-anak saya.

Mereka adalah generasi akan datang.  Mereka perlu dididik untuk mengenal dunia. Walaupun selepas kita tiada di atas muka Bumi.

Biar mereka mengerti apa erti kecantikan yang sebenar!

Surat buat anak ibu

Sayang,

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau nanti kau tak mengerti mengapa mereka tak benarkan kau bermain permainan itu,

Datang pada ibu.

Biar ibu sapu lembut air matamu. Usah bersedih, kecilku. 

Kembalikan tawa riang di bibir. Sebab itu erti kecantikan yang sebenar. 

Ketawa riang yang kau ukir setiap masa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun dicakar kucing yang kau berani sentuh diam-diam.

Sayang,

Kalau nanti kau rasa jelek melihat diri sendiri di balik cermin,

Datang pada ibu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biar ibu pelukmu erat dan bisikkan kata kenangan.

Tentang bagaimana kau akan berkongsi dengan kakakmu walaupun terpaksa.

Atau bagaimana kau suka memberi permainan lamamu pada si adik.

Kerna itu erti kecantikan yang sebenar.

 

Sayang,

Kalau nanti kau terluka dengan kata-kata sang lelaki,

Hingga kau fikir dirimu tidak cukup bagus untuk sesiapa,

Datang pada ibu.

Biar ibu dengar segala luahanmu.

Lalu ibu bisikkan kata semangat. 

Kerana kau anak yang berani. Kau takkan jatuh pada mana-mana kata lelaki.

 

Anak ibu yang dicintai,

Jangan penat menghulur tangan membantu insan lain,

Kerana itu sifat mulia yang lahir dari hati.

Dan tiada yang lebih cantik melainkan kecantikan ini.

Kalau nanti kau teruja memakai mekap seperti orang dewasa,

Tunjukkan pada ibu.

Kerana ibu ingin merakam semuanya.

Oh, masa cepat sungguh berlalu, kau sudah semakin besar. 

 

Anak ibu yang dikasihi,

Jangan tunduk pada norma dunia.

Tak mengapa kalau kau tak mahu keluar rumah,

Dengan baju tidur malasmu dan rambut serabut diikat satu.

Kerna itu erti kecantikan sebenar. 

 

Kecantikan itu satu kebebasan.

Kebebasan untuk kau sentiasa menjadi diri sendiri.

Jadilah diri sendiri, anakku.

Kerna kau cukup cantik di mata ibumu.

Semoga anak-anak kita kelak berjaya mengharungi pancaroba dan adat dunia, tanpa penat bangkit selepas jatuh. Bangunlah anak ibu. 

Bangun, walaupun ibu tiada lagi di sisimu!

Penulis

Ayu Idris