Inilah 6 Sebab Mengapa Orang Berkahwin Kadang Kala Cemburu Dengan Individu Bujang, Untungnya Badan!

Ini beberapa sebab mengapa orang berkahwin selalu cemburu dengan orang bujang. Ops semuanya macam tepat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila tengah bujang mesti sibuk memikirkan bila agaknya akan menamatkan zaman bujang dan rasa seolah-olah diri ini susah dapat jodoh . Kemudian lihat pula kawan-kawan sudah berkahwin dan memiliki anak yang ramai rasa diri kesunyian pula kerana tiada teman di sisi.

Walaubagaimanapun, ada juga yang lebih suka single kerana diri tidak akan mengalami sakit hati ataupun dikecewakan. Sebab itu, mereka lebih suka memilih untuk hidup membujang sampai bila-bila.

Namun begitu ada juga orang yang sudah berkahwin rasa seronoknya jadi orang bujang sebab ada masa untuk diri sendiri yang lebih lama. Selain, dapat enjoy puas-puas terlebih dahulu sebelum memikul pelbagai komitmen yang mendatang.

Jadi, mungkin ini antara sebab mengapa orang yang sudah berkahwin rasa cemburu bila melihat individu yang masih lagi bujang. Ini antara sebab-sebabnya.

Susah dapat jodoh tapi ini 6 perkara mengapa orang berkahwin cemburu dengan si bujang 

#1. Dapat berjimat dalam perbelanjaan

Sebab pertamanya adalah bila bercinta duit belanja tentunya akan susut disebabkan keluar berdating, menonton wayang atau pergi makan bersama-sama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akan tetapi situasi akan jadi berbeza bila anda masih single yang mana duit tidak akan dihabiskan kepada insan lain tetapi hanya kepada diri sendiri sahaja. Jadi, dari situ dapat dilihat bahawa ia akan kelihatan lebih menjimatkan berbanding sudah angau bercinta.

#2. Ada banyak masa untuk diri sendiri

Bila tengah bujang tiada apa yang perlu anda bimbangkan kerana anda boleh membatalkan masa melepak dengan kawan-kawan hanya untuk memenuhi permintaan ibu dan ayah anda.

Tapi berbeza dengan mereka yang sudah ada kekasih, sebelum keluar mesti kena minta izin dahulu kalau tidak jangan haraplah dapat keluar macam orang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Tak perlu bertengkar

Paling best adalah bila bujang tak perlu bertengkar atau salah faham dengan sesiapa dalam hubungan malah anda boleh terus tidur tanpa berfikir masalah yang melibatkan hati dan perasaan pasangan.

Hidup pun rasa lebih tenang dan tak sesak dada!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Bebas melakukan apa sahaja

Sewaktu bujang anda tak perlu risau untuk melakukan apa sahaja dan cukup sekadar meminta izin kepada ibu bapa untuk melakukan sesuatu perkara terlebih dahulu.

Malah apa saja baik buruk perbuatan anda akan ditanggung seorang diri tanpa ada sekatan daripada orang lain. Seterusnya tidak semak fikiran untuk hal tersebut.

#5. Lebih bijak mencintai diri sendiri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Paling penting apabila masih bujang adalah anda dapat mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding diri orang lain.

Jadi apa saja hal yang mendatang, anda dapat mengutamakan diri anda terlebih dahulu tanpa perlu memikirkan untuk menjaga hati dan perasaan orang lain.

Tentunya hal ini akan membuatkan anda rasa lebih seronok.

#6. Lebih memberi fokus kepada kerjaya

Paling best bila masih bujang adalah tiada perkara remeh yang boleh menganggu pemikiran anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi masa yang ada anda boleh fokus kepada perkara yang lebih bermanfaat seperti pelajaran dan kerjaya anda. Itu sekaligus dapat membantu prestasi anda jadi lebih cemerlang berbanding orang lain.

Justeru, inilah sebabnya mengapa orang bujang memilih untuk terus hidup berseorang diri tanpa perlu memikirkan hal lain terlebih dahulu.

Walaupun begitu, tidak kira bujang atau sudah berkahwin, masing-masing ada kelebihan tersendiri dan bahagia ikut rezeki yang telah ditetapkan oleh Maha Esa.

Kelak bagi anda yang masih bujang bila tiba masanya pasti jodoh anda pula akan tiba dan seterusnya dapat mendirikan rumah tangga pula di kemudian hari nanti.

Tapi apapun pilihlah pasangan yang dapat membimbing anda ke jannah dan bahagia melayari bahtera perkahwinan bersama-sama.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : Baitul Jannah 

Baca juga 

Kahwin muda, ini akibatnya jika tidak bersedia dari segi mental