"Sedihnya! Orang Lain Hamil, Tapi Saya Belum... Adakah 11 Benda Ini Puncanya?"

Sudahkah anda meneliti penyebab susah hamil padahal haid lancar setiap bulan? Pastinya ia menjadi 1001 tanda tanya walaupun tubuh badan anda sihat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga berpuluh tahun, namun masih menantikan cahaya mata dan sering kali memikirkan sebab susah hamil padahal haid lancar pada setiap bulan.

Kehadiran cahaya mata dianggap penyeri dalam kehidupan rumah tangga. Namun, dianggarkan 10 hingga 15% pasangan berkahwin mempunyai masalah untuk hamil.

Meskipun waktu datang bulan anda lancar, beberapa aktiviti seharian boleh memberikan kesan kepada peluang anda untuk memperoleh anak.

Penyebab susah hamil padahal haid lancar

#1. Terlalu kerap atau terlalu kurang melakukan  seks

Sumber: Sporteluxe

Seks adalah keperluan manusia yang paling asas untuk kepuasan diri dan meneruskan legasi keluarga.

Bagi sesetengah pasangan, terlalu banyak melakukan aktiviti persetubuhan boleh meningkatkan peluang untuk hamil.

Tetapi ini tidak semestinya tepat kerana seks yang kerap mengurangkan kekuatan sperma lelaki serta masalah kesihatan seperti keletihan, pening, lutut yang lemah dan kerap kencing.

Bagi anda yang kurang melakukan seks kerana kesibukan kerja, waktu bersama suami sudah tentu menjadi terhad.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya anda melakukan hubungan seks sekalipun tidak berjaya membuatkan anda mengandung kerana anda mungkin terlepas fasa subur.

#2. Sering tertekan

Sumber: Mum central

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tekanan yang melampau akan mengganggu kesihatan fizikal dan mental anda. Hal ini cukup bahaya kerana ia menjejaskan keupayaan anda untuk hamil.

Gangguan emosi lain seperti kemurungan dan kebimbangan mengurangkan tahap kesuburan anda. Anda harus tenang dan dalam keadaan seimbang apabila dalam ikhtiar untuk hamil.

Hidup dalam tekanan memberi kesan kepada kitaran haid yang menyebabkannya tidak teratur.

#3. Masalah lelaki

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Salah satu sebab ketidaksuburan adalah jumlah sperma yang rendah dan kualiti sperma yang lemah. Faktor ini menyumbang 30 hingga 40% masalah kemandulan dalam pasangan.

Dalam hal ini, suami perlu menurunkan ego untuk berjumpa serta mendapatkan rawatan dari pakar kesuburan. Ketidaksuburan bukan hanya datang kerana wanita sahaja ya!

#4. Terus ke bilik mandi selepas melakukan seks

Setelah bersama, elakkan diri anda untuk terus bangun menuju ke bilik mandi.

Kesilapan ini nampak kecil, tapi anda perlu sedar bahawa anda telah membiarkan graviti merosakkkan sperma apabila membersihkan kemaluan.

Perkara yang penting adalah tetap berbaring di atas katil untuk memastikan proses persenyawaan berlaku dengan baik, sekaligus meningkatkan peluang untuk mengandung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Pakaian dalam terlalu ketat

Anda perlu memilih pakaian dalam mengikut saiz dan bentuk tubuh anda. Pakaian dalam yang terlalu ketat akan menghalang fungsi organ pembiakan.

Kesannya kepada suami pula ialah menyebabkan penghasilan sperma semakin berkurang.

Bagi bakal ibu, peredaran udara di sekitar kemaluan menjadi terhad sekaligus memberikan ketidakselesaan atau jangkitan kuman pada bahagian vagina.

#6. Tidak cukup tidur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi menyiapkan kerja rumah dan tugasan pejabat, anda semestinya akan tidur pada waktu lewat malam bahkan terpaksa berjaga sehingga pagi.

Sebenarnya, kekurangan tidur boleh menjejaskan fungsi sistem imunisasi badan.

Anda kerap berasa tertekan, sakit kepala dan tidak boleh mengawal emosi? Sila semak berapa lama tempoh anda tidur.

Orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 6 jam bagi memperoleh tidur yang berkualiti.

#7. Berat badan berlebihan

Sumber: Medical News Today

Terlalu kurus atau terlalu gemuk turut menjejaskan peluang anda untuk hamil.

Jika anda kurang mendapat nutrisi, kitaran haid mungkin tidak begitu baik.

Namun sekiranya anda memiliki berat badan yang berlebihan, ia akan menghalang kesuburan anda.

Berat badan yang ideal akan memudahkan anda memperoleh anak. Sekiranya anda terlebih BMI yang ideal, ia akan menjadi penyebab susah hamil padahal haid lancar.

#8. Penggunaan gel pelincir

Kajian mendapati penggunaan pelincir vagina dengan kuantiti yang banyak memberikan kesan negatif terhadap kebolehan sperma untuk disenyawakan.

Hal ini kerana, kadar pH vagina yang dihasilkan sebelum ovulasi adalah sesuai mengikut keperluan sperma.

Penggunaan pelincir mempunyai pH berasid akan  membunuh sperma. Pergerakan sperma juga terhalang kerana kandungan air dan ketebalan pelincir.

#9. Gaya hidup yang tidak sihat

Gaya hidup anda yang terbiasa dengan mengambil rokok berlebihan, meminum arak, terlibat dengan dadah dan pengambilan kafein setiap hari akan menjejaskan kesuburan anda.

#10. Pencemaran alam sekitar

Pendedahan kepada pencemar seperti bahan kimia, racun perosak, asap rokok, pembungkusan makanan, dan produk penjagaan diri (sabun, syampu, dan kosmetik) turut menjejaskan kesuburan.

Kajian mengatakan bahawa pencemaran berupaya menurunkan keupayaan pasangan untuk hamil sebanyak 29%.

#11. Gangguan kesihatan

Endometriosis adalah gangguan kronik terhadap sistem pembiakan di mana sel-sel endometrium berada pada luar rahim.

Ia menyekat tiub falopio dan menghalang telur disenyawakan dalam tiub berkenaan dan turut menyebabkan persekitaran yang tidak sihat di sekitar telur.

Kualiti dan kuantiti telur mula menurun setelah anda mencecah umur 30 tahun.

Wanita dilahirkan dengan kira-kira 1 juta telur semasa kelahiran dan secara beransur-ansur ia berkurangan hingga 300, 000 telur setelah akil baligh.

Kemudian kira-kira 300 telur yang matang akan dilepaskan sewaktu anda datang bulan dan menghampiri sahaja menopause, anda mempunyai sedikit sahaja telur yang tinggal.

Berdasarkan kes ketidaksuburan yang dicatatkan, sebanyak 25% disahkan sebagai ketidaksuburan yang tidak dapat dijelaskan kerana kegagalan mencari punca sebenar walaupun selepas menjalani ujian dan penilaian.

Sumber: Momjunction

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

https://my.theasianparent.comperiod-tapi-mengandung