Susu badan anda sebenarnya bukan sedikit atau kurang jika...

Susu badan anda sebenarnya bukan sedikit atau kurang jika...

Bukan ingin memperlekehkan kerisauan anda, tapi ada ramai ibu menyusu yang sangka susu badan kurang tapi sebenarnya tidak! Ini sebabnya.

Cabaran ibu susu badan kurang 

Penyusuan ibu sememangnya ada pelbagai cabaran yang menimbulkan kerisauan pada si ibu. Dan kerisauan yang utama ialah, susu badan kurang dan tidak mencukupi buat si kecil. Anda pasti tertanya-tanya adakah susu badan anda mencukupi?

susu badan kurang

Soalan pertama sekali anda harus tanya pada diri anda ialah, betul ke susu badan kurang? Bukan untuk memperlekehkan kerisauan anda, tapi ramai yang merasakan susu badan mereka sedikit sedangkan sebenarnya tidak!

Tapi disebabkan terlalu panik merasakan susu badan kurang, mereka mula beralih ke susu formula. Sebenarnya, risau dan stress adalah penyumpang kepada kurangnya susu badan.

Bukanlah beralih ke susu formula itu salah. Cuma, alasan  terpaksa beralih ke susu formula itu tidak betul. Sebelum membuat keputusan untuk beralih ke susu formula, periksa dengan teliti kerana anda tidak mahu rugi.

Susu badan kurang itu tidak betul jika…

Hanya jika bayi anda kerap menyusu atau terlalu cepat lapar semula, ia tidak bermakna susu badan kurang. Jangan dengar cakap orang lain, jangan bandingkan bayi anda dengan orang lain.

Seperti anda yang makan tidak sama banyak dengan orang lain, begitu juga penyusuan bayi anda.

Sebenarnya cukup jika berat bayi anda naik setiap bulan. Pastikan carta berat badannya menunjukkan pertumbuhan yang normal. Anda tidak perlu risau.

susu badan kurang

Contoh carta pertumbuhan bayi perempuan dari WHO

Hanya jika payudara anda tidak lagi basah, ia bukan bermakna susu anda sudah berkurang. Memang ada sesetengah ibu ‘bocor’. Tapi semakin lama, otot di bahagian tersebut semakin kuat, jadi ‘bocor’ akan berkurangan.

Hanya jika payudara rasa lebih lembut dari sebelum ini tidak bermakna susu badan kurang. Sebelum ini, badan anda masih hendak membiasakan dengan kuantiti susu serta bengkak akibat saluran darah dan limfa yang membengkak.

Jangan lupa semasa bayi anda menyusu, susu juga dikeluarkan. Saluran darah dan limfa juga berkurang kerana pertumbuhan tisu payudara semakin perlahan. Payudara yang tidak terasa penuh bukanlah bermaksud susu sedikit.

Payudara yang lebih kosong bermakna lebih ruang untuk susu dikeluarkan. Konsep susu ibu bukanlah hanya keluarkan apabila payudara anda terasa penuh. Tidak, sebaliknya, jika payudara penuh, pengeluaran susu berkurang.

Hanya jika payudara anda kecil berbanding orang lain, tidak bermakna susu badan anda sedikit. Saiz payudara ialah kombinasi antara tisu lemak dan tisu glandular. Ia tentu sekali bukan penentu kuantiti susu anda!

Hanya jika bayi anda menyusu dalam jangka masa yang lebih pendek, ia tak bermaksud susu anda sudah habis. Untuk menyusu, bayi menggunakan otot mulut dan lidahnya. Sama seperti bersenam, ia boleh jadi memenatkan untuk mereka, mereka perlukan rehat.

Susu badan kurang dan tanggapan yang salah

susu badan kurang

Kuantiti susu yang dipam bukanlah penentu susu anda sedikit buat bayi anda

Susu badan kurang juga tak bermaksud apabila anda tidak rasa aliran susu yang kuat seperti awal-awal penyusuan. Ia memang bukan sesuatu yang akan kekal, memang normal untuk rasa itu hilang. Namun ia tidak bermakna susu anda sedikit.

Susu badan anda tak kurang hanya kerana anda tidak mengepam susu dengan banyak. Tidak semua pam susu boleh membantu mengosongkan payudara anda.

Cara bayi menghisap puting anda sangat berbeza dengan pam susu, jadi jika bayi anda masih kenyang selepas menyusu, jangan risau tentang pam susu untuk disimpan di dalam peti sejuk.

Jadi ibu-ibu, jangan terlalu risau jika bayi anda masih membesar dengan sihat. Dapatkan nasihat pakar terlebih dulu sebelum membuat kesimpulan. Dan anda tidak keseorangan, ramai ibu-ibu di luar sana seperti anda.

 

 

Sumber: emmapickettbreastfeedingsupport

Kredit gambar: The Bump

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca jaga:

Jangan bersedih dan kecewa jika anda kurang susu ibu kerana 5 sebab ini

Domperidone: Sejauh Mana Anda Sanggup Buat Untuk Tingkatkan Bekalan Susu Ibu?

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Aqma

app info
get app banner