Mead Johnson Malaysia Sumbang 1,000 Pek Susu Dewasa Berkhasiat Aktifkan Sistem Imun Badan!

Mead Johnson Nutrition Malaysia bekerjasama dengan Yayasan Food Bank Malaysia menyumbang 1,000 pek susu, PROVITAL Immuna Plus, susu dewasa kaya nutrien.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mead Johnson Nutrition Malaysia bekerjasama dengan Yayasan Food Bank Malaysia menyumbang 1,000 pek susu, PROVITAL Immuna Plus, susu dewasa kaya nutrien kepada golongan memerlukan yang akan menyokong sistem imun mereka agar kekal sihat.

PROVITAL Immuna Plus adalah susu berkhasiat untuk dewasa boleh membantu menyokong dan mengaktifkan sistem imun dengan menyediakan manfaat tiga perlindungan imuniti menerusi nutrien seperti yis beta-glukan, selenium dan vitamin C.

PROVITAL Immuna Plus bertujuan menawarkan kepada golongan dewasa Malaysia sumber nutrisi untuk mengaktifkan dan mengukuhkan benteng pertahanan semula jadi badan mereka.

Provital Immuna Plus susu dewasa untuk perkukuh,aktifkan sistem imun

Menurut, Pengurus Besar Mead Johnson Nutrition Malaysia, Singapura dan Vietnam. Gonzalo Balcazar, usaha mereka adalah sejajar
dengan pandangan 45% responden dalam tinjau selidik syarikat itu baru-baru ini yang menyatakan bahawa pemakanan ialah faktor penting untuk meningkatkan tahap sistem imun badan.

"Di samping itu, 51% daripada individu dewasa Malaysia memilih produk berkhasiat untuk menyokong kesihatan mereka.

"Selepas menamatkan kempen ‘Rakyat Lebih Sihat, Malaysia Kukuh Bersemangat’ syarikat ini dengan memberi penghargaan kepada enam 'wira tempatan baru-baru ini', selepas tiga minggu menerima pencalonan mengenai  insan-insan yang dikagumi di seluruh Malaysia daripada orang ramai.

"Mengambil kira semua faktor ini, kami berhasrat membantu menjaga kesihatan golongan sasar kita supaya mereka boleh memberi tumpuan melaksanakan inisiatif mereka dengan penuh yakin," katanya. 

Beri penghargaan kepada perubahan positif yang dibuat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kempen ‘Rakyat Lebih Sihat, Malaysia Kukuh Bersemangat’ bertujuan meraikan dan memberi penghargaan kepada rakyat Malaysia yang telah membuat perubahan positif kepada masyarakat menerusi usaha murni atau inisiatif yang dilaksanakan oleh mereka.

Wira-wira Tempatan yang diberi penghargaan termasuk daripada Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang ( ekerja amal tempatan yang berusaha gigih menghulurkan bantuan dan pertolongan dalam pelbagai bentuk kepada golongan memerlukan);  Adrian Pereira (Pengarah Eksekutif North-South Initiative yang berusaha memperjuangkan hak asasi manusia dan hak buruh masyarakat yang terpinggir).

Selain itu, Esther Chit (Pakar Binaan di EPIC yang merapatkan jurang bandar dan luar bandar dengan membina rumah untuk masyarakat yang kurang mampu); Aunty Jenny (aktivis haiwan yang telah menyelamatkan haiwan terbiar selama 20 tahun lepas); Har Yin Geong (penyelaras sukarelawan yang membantu warga emas untuk membuat janji temu vaksin) dan Siamy Tan (Tukang masak di rumah yang mengendalikan sepasukan tukang-tukang masak rumah untuk menyediakan makanan bagi golongan yang kurang berkemampuan).

51% individu dewasa Malaysia memilih produk berkhasiat untuk menyokong kesihatan 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Gonzalo, Mead Johnson Nutrition memang sentiasa menyokong usaha menjaga kesihatan badan dan masyarakat.

"Kami kagum dengan kegigihan luar biasa Wira-Wira Tempatan ini yang telah menabur budi kepada masyarakat Malaysia, tanpa mementingkan diri sendiri.

"Oleh yang demikian, sejajar dengan wawasan PROVITAL Immuna Plus untuk memupuk masyarakat Malaysia yang lebih sihat, kami ingin memberi penghargaan kepada wira-wira ini dengan melindungi kesihatan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Kami juga sukacita untuk bekerjasama dengan Yayasan Food Bank Malaysia dengan menyumbang 1,000 pek PROVITAL Immuna Plus yang mengandungi nutrien untuk menyokong kesihatan imun keluarga-keluarga yang memerlukan agar mereka kekal sihat dalam situasi yang mencabar ini,” katanya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Mead Johnson Malaysia Lancar Kempen Aktifkan Imuniti Anda, Aktifkan Kehidupan Anda

Baca juga: 5 Mitos Yang Anda Tidak Tahu Tentang Susu Untuk Anak Anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: 7 Tanda Bayi Anda Mungkin Terlebih Minum Susu (Overfeed) Yang Boleh Beri Tekanan Pada Perutnya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar