2 Jalan Penyelesaian Untuk Kanak-Kanak Yang Kurus Kerana Kurang Selera Makanan

Syarikat Danone Dumex Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan dua produk terbaru yang dapat membantu perkembangan si kecil anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada 22 Februari lalu, Danone Dumex Malaysia telah memperkenalkan dua produk susu Dugro baru dalam rangkaian Dugro®, iaitu Dugro® Complete dan Dugro® Sure bagi memberi sokongan pada kanak-kanak Malaysia dengan pemakanan yang tepat untuk keperluan dan pertumbuhan mereka yang berbeza.

Hal ini kerana, kajian telah menunjukkan banyak kanak-kanak mengalami masalah kurang selera makan sekitar bawah umur lima tahun di Malaysia.

Berdasarkan analisis yang dijalankan, 13.7% kanak-kanak mengalami masalah kurang berat badan, 20.7% lagi mengalami masalah gizi dan 6.4% mengalami lebihan berat badan.

Untuk menangani perkara ini, ibu bapa perlulah memahami terlebih dahulu peringkat pertumbuhan dan pembangunan kanak-kanak supaya dapat menyediakan mereka dengan jumlah makanan yang tepat pada masa ini.

Susu Dugro bantu kanak-kanak mencapai pertumbuhan yang optimum

Menurut Dr Tan Sue Yee, pakar pemakanan yang dijemput khas oleh Danone Dumex Malaysia untuk membincangkan isu kesihatan kanak-kanak ini, seorang kanak-kanak akan melalui pelbagai peringkat pertumbuhan sejak dilahirkan dan sangat penting untuk memberi mereka jumlah pemakanan yang tepat supaya mereka mencapai tahap pertumbuhan yang optimum.

Jika seseorang kanak-kanak itu mempunyai masalah pertumbuhan, ibu bapa disyorkan untuk berunding terus dengan pakar pediatrik atau pakar pemakanan bagi mengetahui nutrien tepat yang diperlukan untuk anak mereka. 

Susu Dugro menawarkan pemakanan yang dapat memenuhi keperluan pertumbuhan yang berbeza

Pengarah Pemakanan Penjagaan Kesihatan Danone Dumex Malaysia berkata, pihaknya komited untuk menyokong keperluan kesihatan dan pemakanan kanak-kanak Malaysia.

Untuk itu, pihak terbabit memperkenalkan dua produk baru Dugro® Complete dan Dugro® Sure.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dua formula susu yang berbeza bagi menyokong keperluan pertumbuhan kanak-kanak supaya berkembang dan berpotensi sepenuhnya.

Perbezaan produk tersebut

Dugro® Complete: 

  • Dirumus khas untuk membantu kanak-kanak dengan pertumbuhan dan perkembangan yang tidak memuaskan.
  • Mengandungi kalori yang tinggi untuk meningkatkan tenaga kepada kanak-kanak daripada masalah kekurangan berat badan dan lain-lain. 
  • Ia juga mengandungi nutrien pertumbuhan seperti protein, kalsium, Vitamin D dan zink. 

Dugro® Sure: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Formula susu yang direka untuk menyokong pertumbuhan fizikal yang optimum yang membolehkan kanak-kanak mencapai semua pencapaian yang sesuai.
  • Mengandungi jumlah nutrient pertumbuhan yang tinggi iaitu protein, kalsium, Vitamin D dan zink.
  • Tahap serat dan DHA yang lebih tinggi bagi pertumbuhan fizikal kanak-kanak yang optimum.

Apa yang lagi best, dua produk susu Dugro yang baru ini tidak mengandungi sukrosa tambahan bagi membantu mengurangkan risiko yang menyebabkan kerosakan gigi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!  

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga 

https://my.theasianparent.comsusu-formula-terbaik/

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan