Susu Dumex Mamil Gold disahkan mengandungi bakteria bahaya pada bayi!

Adakah anda pengguna susu formula Dumex Mamil Gold ini? Jika ya, sila semak no pendaftaran berikut. Susu ini dikesan mempunyai bakteria bahaya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pihak Berkuasa Agri-Makanan dan Veterinar Singapura telah mengeluarkan amaran berkenaan susu formula Dumex jenis Dumex Mamil Gold infant milk formula, Stage 1, 850g, pada Isnin, 20 Ogos baru-baru ini.

Menurut laporan Channel News Asia, amaran berjaga-jaga telah dikeluarkan dari pihak berkuasa berikutan pengesanan bakteria Cronobacter sakazakii dalam dua sampel tin susu formula ini.

Bakteria ini boleh menyebabkan sepsis (jangkitan darah) dan meningitis (jangkitan pada otat dan tulang belakang) pada bayi.

“Bayi yang berusia dua bulan dan ke bawah lebih berisiko unntuk mendapat meningitis jika mereka sakit disebabkan oleh Cronobacter,” kata Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Amaran tentang susu formula Dumex: Apa yang anda perlu tahu?

Menurut AVA dan pernyataan dari Dumex sendiri:

  • Nombor kumpulan produk yang dicemari ini adalah 09117R1.
  • Anda boleh periksa nombor kumpulan ini di bawah tin susu formula Dumex.
  • Tarikh lupuk produk yang terkesan ini adalah pada 11 September 2019.
  • Produk yang terkesan ini dibuat di Malaysia.

Pengimport susu formula Dumex ke Singapura, Danone Dumex, telah diarahkan oleh AVA untuk mengambil semula produk yang tercemar ini dengan serta merta.

Menurut laporan, pengambilan semula produ ini telah lengkap.

Apa yang perlu anda buat jika anda beli produk susu formula Dumex yang tercemar ini?

  • AVA menasihatkan anda untuk tidak memberikan susu yang tercemar ini kepada bayi anda.
  • Anda juga boleh telefon Dumex di talian 1800 265 3188 untuk mendapatkan semula wang anda.

AVA juga mencadangkan anda untuk berjumpa dengan pakar kanak-kanak dengan segera jika bayi menunjukkan apa-apa tanda sakit.

Sementara itu, Dr Leong Choon Kit, pengamal am di Klinik Perubatan Mission berkata kepada The Straits Times:

“Tinjauan ini menunjukkan protokol pengawasan dan program yang sedia ada adalah mantap – keyakinan orang ramai terhadap pihak berkuasa tidak patut terkesan. “Ibu bapa perlu memeriksa dan berhenti  menggunakan produk dari kumpulan yang disebutkan. Jika ragu-ragu, adalah lebih baik jika anda elak dari menggunakannya.”

Susu formula Dumex: Fakta ringkas tentang bakteria Cronobacter Sakazakii 

  • Cronobacter sakazakii, atau sebelum ini dikenali sebagai Enterobacter sakazakii adalah bakteria yang biasanya ditemui di mana-mana persekitaran. Ini termasuk saluran usus manusia dan haiwan yang sihat.
  • Bakteria ini boleh hidup dalam keadaan kering seperti susu tepung dan makanan kering lain.
  • Jangkitan Cronobacter jarang berlaku. Makan makanan yang tercemar dengan bakteria ini tak semestinya akan membuatkan orang dewasa jatuh sakit.
  • Tapi, jika diberikan pada bayi baru lahir, bayi pramatang atau bayi, ia boleh mengganggu sistem imunisasi. jangkitan Cronobacter boleh menyebabkan sepsis atau meningitis. Serta boleh membawa maut.
  • Walaupun bakteria ini dijumpai dalam makanan lain, hanya susu tepung bayi yang pernah dikaitkan dengan wabak penyakit.
  • Menurut Jabatan Kesihatan Awam Illinois, “bagaimana susu formula bayi boleh tercemar dengan bakteria ini masih belum difahami.”

Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) memberi amaran:

” Tanda PERTAMA jangkitan Cronobacter pada bayi adalah demam disertai dengan kurang selera, menangis atau kurang bertenaga.”

Jika anda lihat sebarang tanda ini pada bayi anda, bawa mereka berjumpa doktor dengan segera. Penting untuk anda merawat jangkitan ini sebelum mereka mendapat sepsis atau meningitis.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernyataan dari Dumex tentang susu formula Dumex yang tercemar ini

theAsianparent Singapore telah menghubungi Dumex Singapura untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang susu formula yang tercemar ini.

Mereka meyakinkan kami yang mereka sedang bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Agri-Makanan dan Veterinar Singapura untuk menyiasat perkara ini.

INI ADALAH PERNYATAAN RASMI DUMEX SINGAPORE BERKAITAN DENGAN PERINGATAN BERJAGA-JAGA OLEH SATU KUMPULAN SPESIFIK MAMIL GOLD INFANT FORMULA STAGE 1 850G (yang telah diterjemah):

Dumex telah bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Agri-Makanan dan Veterinar Singapura (AVA) dari hari kami diberitahu tentang pengesanan bakteria pada kumpulan spesifik  Mamil Gold Infant Formula Stage 1 850gm (Batch No: 09117R1 Luput: 11 September 2019). Kami telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan segera untuk mengambil semula kumpulan susu formula spesifik yang tercemar ini dari rak dan mengesahkan yang semua produk ini telah dikeluarkan sepenuhnya. Tak ada produk atau variasi saiz lain yang terkesan dengan pencemaran ini. Penyiasatan isu ini adalah keutamaan terpenting kami sekarang. Kami telah menjalankan proses dan ujian yang ketat bertaraf antarabangsa. Ini termasuk menjalankan ujian sebelum produk dihantar keluar dari kilang ke Singapura. Kami masih belum menerima aduan dari mana-mana pelanggan berkaitan isu ini. Pelanggan yang telah membeli susu formula Dumex dar produk yang tercemar ini dinasihatkan untuk tak memberikannya kepada anak dan digalakkan untuk menghubungi talian care line 1800-265-3188 untuk pertukaran.

4 cara untuk melindungi anak dari jangkitan Cronobacter

1. Susu ibu: Beri anak anda susu ibu secara eksklusif sekama 6 bulan. Teruskan penyusuan selama mungkin. Ini adalah cara terbaik untuk melindungi anak anda dari pelbagai jangkitan termasuk Cronobacter.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Bersih dan simpan peralatan penyusuan dan pemakanan mereka dengan betul. Ini termasuk botol dan semua bahagiannya, semua peralatan pemakanan, dan pam susu. 

3. Sediakan susu formula bayi dengan betul dan selamat:

  • Ikut arahan dari paket/tin
  • Panaskan air sehingga 70°C sebelum menyediakan formula.
  • Pastikan sudu susu dalam keadaan bersih.
  • Gunakan susu yang dibuat dalam masa dua jam.
  • Susu yang dah dibuat dan tak diminum perlu disimpan terus dalam peti sejuk dan diminum dalam masa 24 jam.
  • Jangan berikan susu yang tak habis pada bayi anda.

4. Amalkan kebersihan yang baik semasa menyediakan makanan dan minuman untuk bayi anda. Basuh tangan dengan air dan sabun:

  • Sebelum menyediakan makanan dan minuman untuk bayi
  • Selepas menggunakan tandas atau menukar lampin
  • Sebelum menyentuk tangan atau muka bayi
  • Sebelum menyentuh apa-apa barang yang masuk dalam mulut seperti puting bayi

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Sumber asal ditulis oleh Nalika Unantenne dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga: 

6 tips berguna bagi memilih susu formula terbaik untuk si kecil anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nadia Ghafar