Bayi perempuan diberi susu ibu campur air
Pada tahun 2015, terdapat satu kisah di mana seorang bayi perempuan, Nevaeh Marie Landell meninggal dunia akibat keracunan apabila minum susu ibu campur air.
Ibu bapa bayi tersebut dituduh membunuhnya dengan mencampur susu badan dengan air.
Herbet George Landell dan Lauren Heather Fristed telah memberi bayi mereka susu badan yang telah dicampur air, menyebabkan susu tersebut kurang nutrien yang sepatutnya.
Mereka juga dituduh enggan mendapatkan rawatan semasa bayi mereka sakit kerana kepercayaan agama mereka.
Apabila mereka akhirnya membawa bayi mereka ke hospital, ia sudah terlambat. Menurut waran, susu ibu campur air menyebabkan tahap elektrolit dan sodium Nevaeh menjadi rendah serta menyebabkan otaknya bengkak.
Kedua ibu bapa Nevaeh telah dipenjara dengan kesalahan kekejaman terhadap kanak-kanak. Mereka serta tidak dibenarkan dijamin.
Sungguh tragis mendengar berita seumpama ini. Namun mengapa bayi di bawah 6 bulan tidak memerlukan air? Adakah mereka cukup terhidrat?
Adakah bayi menyusu memerlukan air?
Pakar laktasi dari organisasi seperti World Health Organisation (WHO) dan La Leche League International (LLLI) setuju yang bayi menyusu badan sepenuhnya tidak memerlukan air.
Ini kerana susu badan itu sendiri adalah 88% terdiri daripada air. Terutamanya ‘fore milk‘ yang hadir setiap waktu menyusu.
Mengapa susu ibu dicampur air tak patut dilakukan pada bayi bawah 6 bulan?
Menurut nasihat dari pakar di World Health Organisation, Academy of Breastfeeding Medicine, American Academy of Pediatrics dan KellyMom.com ini fakta-fakta tentang risiko memberi air pada bayi yang menyusu badan sepenuhnya yang berusia di bawah 6 bulan:
- Memberi air akan mengganggu frekuensi normal penyusuan badan dan menyebabkan kekeliruan puting semasa air diberikan dalam botol.
- Memberi suplemen seperti air, air glukosa pada bayi baru lahir meningkatkan risiko peningkatan bilirubin yang menyebabkan demam kuning.
- Boleh menyebabkan keracunan air. Menurut pakar, bayi di bawah satu tahun yang minum air terlalu banyak boleh menyebabkan tahap sodium menjadi rendah serta menyebabkan sawan, koma, kerosakkan otak dan meninggal dunia.
- Air tidak menyumbang kepada kalori. Ia boleh menyebabkan penurunan berat badan bayi anda.
Bila boleh beri air pada bayi?
Menurut pakar, apabila bayi berusia 6 bulan dan sudah tahu menggunakan cawan, anda boleh memberinya beberapa teguk air. Namun jangan melebihi 2oz di dalam tempoh 24 jam.
Juga apabila bayi anda sudah mula makan makanan pejal, anda boleh mula memberinya beberapa tegur air atau susu yang diperah bagi mengelakkan sembelit.
Penyusuan badan telah memberikan air yang cukup pada bayi anda. Namun begitu, sekiranya mereka kelihatan tidak sihat, dapatkan nasihat dari pegawai perubatan anda.
Sumber: theAsianparent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.combayi-banyak-minum-susu/