Susu Ibu Tahan Berapa Lama Selepas Dipam & Sampai Bila Ia Selamat Untuk Digunakan?

undefined

Susu ibu tahan berapa lama sering menjadi tanda tanya terutama bagi ibu muda. Jika salah simpan, ia boleh menjadi rosak dan basi

Pertama kali bergelar ibu, pastinya kalian rasa teruja sangat. Kemudian dengan rasa confident, kalian mengepam susu badan dengan begitu banyak. Alamak, selepas itu terkedu dan tertanya-tanya, susu ibu tahan berapa lama, ya? 

Aduh! Ruginya kalau perah banyak-banyak susu badan, tapi anda tak tahu susu ibu tahan berapa lama. Nanti, sayanglah kalau baby tak dapat minum kerana susu ibu mengandungi banyak khasiat yang bantu sistem imun tubuh bayi.

Okey tak mengapa, masih belum terlambat untuk anda tahu info lengkap berkaitan susu ibu. Orang kata masih peringkat awal, anak pun baru saja dilahirkan. Bertenang ya!

Jom kami perjelaskan tentang susu badan tahan berapa lama supaya anda faham dan lebih teliti akan hal ini.. 

Susu Ibu Tahan Berapa Lama, Ini Cara Penyimpanan Yang Betul 

Ramai yang musykil dan bimbang tentang tempoh susu ibu tahan berapa lama hingga tak sedar susu badan itu sudah melebihi tarikh tamat tempoh.

Jadi amatlah penting untuk anda mengetahui ada beberapa cara simpan susu ibu dengan betul.

1. Sebenarnya, susu ibu tahan berapa lama bergantung pada bagaimana cara simpan susu badan. Kedua-dua ini adalah perkara penting dan ibu perlu tahu. 

susu ibu tahan berapa lama, tempoh susu ibu, tempoh susu ibu bertahan, cara menyimpan susu ibu, berapa lama susu ibu boleh tahan, cara menyimpan susu ibu yang betul cara menyimpan susu, cara menyimpan susu badan, cara menyimpan susu yang dipam, cara menyimpan susu ebm,

2. Biasanya, susu ibu tetap segar pada suhu bilik antara 60 ke 85 darjah Fehrenheit selama tiga hingga empat jam dalam masa sehari

3. Tetapi, susu yang disejukkan (bukan dibeku) boleh bertahan selama enam hingga 8 jam sehari

4. Namun, jika susu ibu disimpan dalam peti sejuk, ia boleh digunakan semula antara tiga hingga lima hari. 

5. Walau bagaimanapun, ketahanan susu ibu yang disimpan dalam sejuk beku (dibekukan) adalah lebih lama.

6. Jika ia disimpan dalam peti sejuk yang mempunyai pintu berasingan, susu ibu beku tahan selama tiga hingga enam bulan. 

7. Susu ibu tahan lama jika disimpan baik dalam peti sejuk dengan suhu bersesuaian.

8. Walau bagaimanapun anda boleh merasa dan mencuba susu badan itu sebelum diberikan pada anak. Jika ia rasa ‘masam’ atau berubah warna, kemungkinan susu ibu itu telah dicemari kuman dan bakteria.

9. Untuk mengelakkan perkara ini, cuci tangan sebelum mengepam susu ibu dan segera simpan dalam peti sejuk.

Susu Ibu Tahan Berapa Lama Selepas Dipam & Sampai Bila Ia Selamat Untuk Digunakan?

Justeru, cara penyimpanan susu ibu yang betul membolehkan ia bertahan lebih lama.

Jika boleh selepas dipam, terus simpan dalam peti sejuk atau sejuk beku bagi mengelakkannya rosak.

Tiga Cara Panaskan Susu Badan Dengan Betul Agar Khasiat Tidak Hilang

Cara pertama: mencairkan susu ibu di dalam peti sejuk

Alihkan susu ibu dari freezer ke peti sejuk. Cairkna susu ibu beku sebelum ianya rosak. Boleh gunakan teknik FIFO (First In, First Out).

Juga labelkan tarikh dan masa pada susu ibu yang disimpan.Ini akan menjadikan urusan simpanan susu ibu menjadi lebih baik.

Letakkan susu ibu beku berhampiran dengan pintu  bagi proses pencairan. Ini kerana suhunya yang lebih hangat.

Cairkan pada waktu malam sebelum diguna pada esok harinya. Susu ibu mengambil masa 8 jam untuk cair sepenuhnya. Buka dan kacau perlahan untuk lihat susu cair sepenuhnya.

Jika masih terdapat ketulan beku, masukkan semula ke dalam peti sejuk dan biarkan ia mencair lengkap atau lalukan di bawah air paip untuk cairkannya.

Sebaiknya guna susu ibu yang telah cair secepat mungkin. Jika tak digunakan boleh terus disimpan dalam peti sejuk sehingga 5 hari (tanpa keluarkan dari peti ais). 

Alihkan atau jauhkan susu tersebut dari pintu peti sejuk. Bagi mendapatkan suhu yang lebih sejuk.

Cara kedua dengan menggunakan teknik alirkan air

Letakkan susu ibu beku dibawah pancuran air yang sejuk. Suhu perlu lebih sejuk sedikit dari suhu bilik. Menggunakan air yang sejuk pada awalnya akan meningkatkan suhu susu ibu secara berperingkat.

Jika terus diletakkan di bawah air panas berkemungkinan akan merosakkan enzim- enzim penting dalam susu ibu. Goyangkan susu ibu untuk lihat susu telah cair dengan lengkap.

Perlahan-lahan naikkan suhu tap air yang sedang mengalir pada susu ibu yang telah cair tadi. Ubah susu dari sejuk ke suhu bilik kemudian pada suhu yang hangat dan akhirnya suhu panas. Ini akan memelihara susu ibu dari rosak.

 Cara ketiga: rendam dalam air suam

Panaskan air di dalam bekas (seperti saucepot). Nyalakan api sederhana. Tutupkan api jika air sudah mula mengeluarkan wap @  sebelum air mula mendidih. Angkat dan alihkan bekas tersebut. Elakkan guna air yang mendidih.

AMARAN : JANGAN TUANGKAN SUSU IBU CAIR DAN PANASKAN TERUS DI ATAS API

Rendamkan terus bekas susu ke dalam air yang telah dipanaskan. Atau jika ragu, pegang bekas susu tanpa jejaknya ke dalam bekas air yang telah dipanaskan.

Boleh terus panaskan susu ibu yang beku atau sejuk menggunakan cara ini. Akhir sekali, goyangkan botol susu perlahan-lahan atau kacau dengan sudu bagi meratakan suhu.

Apa Akan Terjadi Bila Bayi Terminum Susu Badan Yang Sudah Rosak?

Kadang-kadang ketika pam susu ada kemungkinan susu tercemar akibat bakteria, ini terjadi apabila ibu tidak mencuci tangan dengan bersih atau botol pam susu tidak disteril dengan betul dan sebagainya. 

Ada juga insiden di mana si ibu mungkin membiarkan susu yang sudah dipam pada suhu bilik terlalu lama, jadi ia menyebabkan susu rosak serta merta. 

Pernah berlaku di mana susu yang telah dibekukan kemudia dibiar cair pada suhu bilik dan tidak sengaja dibekukan semula. Susu yang telah dicairkan sebaiknya hanya boleh digunakan dalam masa 24 jam sahaja. Kemudian jika ada lebihan ia perlulah dibuang. 

Jadi apa akan berlaku sekiranya anak anda terminum susu yang telah rosak? Kemungkinan besar bayi akan muntah semula susu yang diminum. Bayi selalunya akan menolak susu yang lain rasanya daripada biasa. 

Jadi jika anda nampak bayi seakan tidak mahu minum walaupun mereka sebenarnya lapar, periksa dahulu susu tersebut dengan merasanya, sekiranya ia ada rasa masam dan berbau pelik maka sahlah susu itu telah rosak. Susu ibu normalnya berasa manis dan tiada bau. 

Kurang berlaku di mana bayi akan kena cirit birit atau demam sekiranya terminum susu yang telah rosak. Walau bagaimanapun ia boleh terjadi. 

Makanan Untuk Tambahkan Susu Badan

Sebenarnya banyak juga makanan yang boleh menjadi milk booster tetapi bergantung kepada kesesuaian seseorang.

Ada orang yang makan sekian-sekian makanan, susu jadi melimpah ruah dan ada yang biasa-biasa je susu. Yang penting mesti makan dan jangan bagi perut lapar.

Antara milkbooster yang boleh diamalkan:

  • Kurma
  • Halba- boleh bancuh susu gunakan air rendaman halba
  • Sawi hijau
  • Lobak putih
  • Makanan bersup
  • Air laici
  • Susu
  • Buah longan
  • Milo
  • Soya
  • Coklat
  • Biskut oat

Perlu diingatkan, keberkesanan milbooster ni bergantung pada individu. Yang penting kena lah try dan error ya. Minum air masak secukupnya. Bagi ibu yang bekerja, wajib untuk kerap pam susu di pejabat.

Doa Banyakkan Susu Badan

Selain tu, ikhtiar dari segi rohani pun perlu. Jom saya kongsikan antara doa dan zikir untuk memperbanyakkan susu ibu.

  1. Amalkan ayat dari surah Al-Baqarah, ayat 60 sambil meletakkan tangan pada payudara, diusapkan dan berdoa di dalam hati supaya Allah permudahkan dan menambahkan rezeki anak kita dan kita mampu menghasilkan susu bagi menampung penyusuan bayi kita sekurang-kurangnya selama 2 tahun.

doa banyakkan susu

Maksudnya:

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberikan air kepada kaumnya,maka Kami berfirman :”Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, lalu terpancutlah dari batu itu 12 mata air, sesungguhnya setiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minum masing-masing. (Dan Kami berfirman) : “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.

  1. Amalkan ayat dari surah Ar-ad, ayat 8-9,

doa tambah susu ibu

  1. Berzikir Ya Matin (Maha Sempurna Kekuatannya) sebanyak 70x setiap hari. Waktu yang paling baik adalah pada waktu malam dan subuh. Boleh juga dibacakan zikir tersebut dan ditiupkan ke dalam segelas air lalu diminum oleh ibu.
  2. Berselawat dan berdoa setiap kali sebelum dan selepas menyusukan bayi, dan ucapkan Alhamdulillah setiap kali selepas menyusukan mahupun mengepam susu.
  3. Baca doa untuk para ibu, ” Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, perbanyakkanlah susu untuk anakku, dan permudahkanlah perjalanan penyusuanku mengikut syariat yang telah Engkau tetapkan…”, Amin…

Susu Untuk Ibu Menyusu

Bagi mengekalkan kualiti dan penghasilan susu badan, ibu juga disaran mengambil susu untuk ibu menyusu. Antara yang paling ramai ambil adalah:

  • Susu everyday untuk ibu menyusu
  • Susu kurma farm fresh
  • Susu coklat atau full cream dutch lady
  • Susu fernleaf
  • Anmum lacta
  • Susu kambing

Tips Banyakkan Susu Badan Yang Mudah & Berkesan

#1. Kerap menyusu

Antara salah satu cara banyakkan susu badan adalah dengan kerap menyusukan bayi.

Setiap kali ibu menyusu atau mengepam susu badan, hormon yang mencetuskan payudara anda untuk menghasilkan susu dikeluarkan.

Seperti dinyatakan di dalam Journal of Obstetrics, Gynecologic & Neonatal Nursing (JOGNN) adalah disarankan untuk Mama menyusukan si kecil 8-12 kali sehari bagi tujuan mengekalkan pengeluaran susu.

#2. Segera berikan susu kepada bayi

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, jangan tunggu terlalu lama untuk mula menyusukan bayi kerana tindakan melengahkannya ini boleh menyebabkan kekurangan bekalan susu di dalam badan.

Upayakan untuk segera memeluk bayi dan berikan susu ibu sebaik sahaja dilahirkan. Ia menjadi salah satu cara tambah susu badan dengan berkesan.

#3. Hindari tekanan atau stres

Ia merupakan punca susu berkurangan atau susah dikeluarkan. Selepas bersalin, pasti banyak perkara yang mengganggu pemikiran ibu hingga rasa tertekan.

Ibu menyusu yang stress akan menyebabkan gangguan hormon berlaku. Gangguan hormon sedikit sebanyak telah mengganggu sistem penghasilan susu badan dan menyebabkan susu berkurangan.

Biarkan pemikiran dan emosi dalam keadaan aman dan tenang. Jangan malu untuk meminta bantuan suami atau ahli keluarga bagi menguruskan bayi.

Ibu juga boleh mengambil sedikit coklat atau susu coklat bagi meredakan tekanan yang dialami.

Semoga info ini bermanfaat untuk anda!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Terbaik Menyusu Badan Bayi, Antara Posisi & Perkara Yang Perlu Ibu-Ibu Tahu

Baca juga:  5 Jenama Pam Susu Terbaik Untuk Ibu Menyusu – Mana Yang Anda Pakai?

Baca juga: Hati-hati Ibu, Jika Salah Bersihkan Pam Payudara, Boleh Jadi Punca Penyakit Cronobacter!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!