Selamatkah Minum Susu Kambing Untuk Ibu Mengandung? 4 Tanda Anda Tak Sesuai Meminumnya!

Memang ramai yang berkongsi, minum susu kambing untuk ibu mengandung memang amat berkhasiat. Namun ada juga ibu hamil yang tidak sesuai meminumnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Susu kambing memang antara minuman yang disyorkan kepada ibu mengandung. Khasiat susu kambing untuk ibu mengandung memang tiada tandingannya. 

Susu kambing sememangnya kaya dengan 1001 kebaikan dan sesuai untuk dimalkan oleh semua lapisan umur, terutamanya bagi ibu yang sedang mengandung. Namun ada juga ibu mengandung yang tidak sesuai minum susu kambing.

Kebaikan minum susu kambing untuk ibu mengandung

Kredit: istock

Jika anda memilih untuk mengamalkan susu kambing sepanjang tempoh mengandung, pastinya anda ingin tahu dengan lebih lanjut tentang kebaikan susu kambing untuk ibu mengandung.

Antara kebaikan susu kambing termasuklah:

#1. Ibu jarang jatuh sakit

Ia mempunyai kelebihan meningkatkan sistem imuniti tubuh badan. Apabila sistem imuniti meningkat, anda tidak akan mudah untuk dijangkiti penyakit. Adalah sangat penting bagi memastikan anda sentiasa sihat sepanjang tempoh kehamilan agar tidak menjejaskan kandungan.

Ibu yang sering jatuh sakit dan kerap makan ubat sepanjang tempoh kehamilan boleh menjejaskan tumbesaran bayi didalam kandungan. Oleh itu, jika anda kerap berasa tidak sihat, apa salahnya kalau berikhtiar dengan mengamalkan susu kambing demi kebaikan anda dan bayi dalam kandungan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Kurangkan risiko pedih ulu hati

Ibu mengandung memang sering dikaitkan dengan mengalami pedih ulu hati keadaan kedudukan bayi yang kadang kala semakin membesar akan menekan di bahagian ulu hati.

Jadi kebaikan susu kambing adalah ia bersifat alkali, oleh itu ia tidak akan menyebabkan perut anda berasid. Ada kalanya, bagi mereka yang tidak tahan, bila anda makan makanan yang berasid seperti asam dan jeruk, anda akan berasa sakit perut.

Ini berlaku kerana asid dalam makanan tadi akan bertindak balas dengan asid dalam perut anda lalu menyebabkan berlakunya ketidakselesaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Tingkatkan daya penumpuan

Anda sedia maklum bahawa ibu mengandung selalu penat, tidak dapat memberikan tumpuan dengan baik, dan menjadi seorang yang pelupa.

Anda akan menjadi seorang yang sangat tak terurus kadang kala. Jangan salahkan diri sendiri, ia berlaku kerana ketidakseimbangan hormon yang sedang berlaku dalam tubuh badan anda.

#4. Elak sembelit

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Susu kambing membantu memperbaiki sistem penghadaman, jadi sudah pasti ia membantu mengelakkan sembelit yang sering dialami oleh ibu hamil terutama apabila kandungan semakin membesar.

Semakin besar kandungan anda, sistem penghadaman akan semakin terjejas dan tidak dapat berfungsi pada tahap optimum. Ini berlaku kerana kandungan yang semakin besar akan menghimpit sistem pencernaan dan usus anda lalu menyebabkan pergerakan usu menjadi semakin perlahan.

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan susu kambing semasa mengandung membantu membaiki fungsi sistem penghadaman anda.

#5. Menguatkan tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf

Susu kambing mengandungi kalsium yang sangat tinggi. Kalsium yang terdapat dalam susu kambing membantu menguatkan tulang, otot, sendi, kulit dan saraf ibu mengandung.

Ia membantu meningkatkan kesihatan tulang dan gigi agar tidak reput. Selain itu, kalsium dalam susu kambing juga membantu pembentukan tulang dan gigi bayi dengan sempurna.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Kurangkan alahan semasa hamil

Tahukah anda bahawa terdapat satu bahan dalam susu lembu yang boleh menyebabkan ibu mengandung mengalami alahan atau morning sickness.

Bahan tersebut iaitu protein kompleks Alpha-casein & Beta-casein Protein tidak terdapat dalam susu kambing. Oleh itu, amalan minum susu kambing semasa mengandung mengurangkan risiko anda mengalami alahan semasa mengandung.

#7. Stabilkan tekanan darah ibu mengandung

Susu kambing mengandungi potassium dan kalsium yang tinggi serta kandungan sodium yang rendah menjadikan ianya sebagai alternatif terbaik untuk menstabilkan tekanan darah sepanjang tempoh anda mengandung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4 tanda anda tidak sesuai minum susu kambing

Ada juga mereka yang tidak sesuai minum susu kambing walaupun majoritinya ramai yang sesuai. Jadi jika selepas beberapa minum susu kambing anda alami perkara di bawah kemungkinan besar anda tidak sesuai dengannya.

  1. Cirit-birit
  2. Kejang perut
  3. Mual dan muntah-muntah
  4. Perut kembung dan bergas

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Susu Kambing Sesuai Sebagai Pengganti Susu Ibu. Mitos Atau Fakta?

Baca juga: Bayi Yang Minum Susu Kambing Boleh Dapat Penyakit Berbahaya!

Baca juga: Elak Susu Kambing Untuk Bayi Kuning, Si Manja HANYA Perlukan Susu Ibu Yang Mencukupi!